Sementelah PM umum kenaikan kos sara hidup..tetiba semua orang rasa tertekan..termasuklah aku yang sebelum ni pon selalu berjimat cermat..tetap rasa tertekan. Aku baru nak rasa ada kereta sendirian berhad, tetiba PM umum harga tol naik...whatthecekelathacks? Aku baru nak merasa makan air tangan sendiri, tetiba PM umum harga ayam pon naik...whatthecekelathacksperisahalia? terus tak enjoy hidup sekarang. Tapi takpa aku bersyukur ada diri yang mengamalkan sikap berjimat cermat (sangatttt...)
Tahun 2014 adalah tahun berjimat cermat. Itu tagline yang aku rasa sesuai untuk menyambut kedatangan tahun baru ni. Aku dapat rasakan bila aku yang kerja gomen ni yang jaga latihan tengok peruntukan untuk latihan sikit ja dari tahun sebelum ni.. Ehh aku rasa Malaysia ni dah bankrupt ka apa? Huhuhu
Lepas tu aku baca suratkhabar lak..PM ada umum 11 langkah penjimatan Kerajaan..haaa baguihhh...lagi banyak lagi baguihh..masa aku kerja kontrak tu aku rasa banyak benda tak perlu buat dan ada dalam perkhidmatan awam nie...rupanya PM baru sedaq kena berjimat cermat..adehhhh~
Jadi, aku nak bagi sikit tips langkah penjimatan belanja diri sendiri. Kalau nak jadikan panduan dan pedoman marilah kita amalkan..Dimulakan dengan bismillah..
1. Belanja Makan
- Niat makan untuk dapatkan tenaga cukup sekadar makan agar tidak kebuluran. Jadi, makanlah dengan menu yang ala kadar..Bila menu ala kadar, harga pon ala kadar. Tak perlulah makan fastfood atau restoran yang mahal setiap bulan. Belajarlah mensyukuri makan makanan apa yang ada. Lagi bagus kalau masak sendiri dan bawak bekal ke sekolah/pejabat..
2. Tol, Minyak
- Kalau nak jimat tol, gunalah jalan biasa (rujuk: LINK) Ngeh3..
- Kalau nak jimat minyak, usahlah naik kenderaan, sila jalan kaki...kalau pandai bawak motor lagi bagus..nak pergi dekat2 naik motor je lah..jadi, disarankan kepada yang tak reti bawak motor, sila belajar dan ambil lesen motor..hik3..~ Kalau nak naik kereta jugak, carpool saja.
3. Pakaian
- Untuk tahun 2014, tak payah nak beli pakaian baru setiap bulan, pakai apa yang sedia ada.. just mix & match supaya tidak bosan dan kelihatan unik..
4. Simpanan bulanan
- Kalau baru dapat gaji atau duit pinjaman/biasiswa tu ini jadikan perkara pertama, terus pergi ATM, keluarkan seberapa jumlah duit yang mungkin dan pergi simpan ke mana-mana atau ASB berdekatan. Lepas tu baru garu kepala apa nak dibelanja..hehe~
5. Hutang
- Jangan sesekali berhutang. Pleasee tlg jangan ada pinjam meminjam.. Sebab tu sangat perlu kita ada simpan wang kecemasan.
6. Aktiviti Hujung Minggu
- Hadkan aktiviti hujung minggu yang berbayar spt tengok wayang, main bowling, karaoke, shopping dan lain2.
7. Sewa Rumah
- Kalau rasa tak mampu nak bayar sewa mahal, sila rekrut teman sebilik/serumah untuk mengurangkan beban, menghulur bantuan,
8. Kad Kredit
- Dah tak perlu aktifkan penggunaan kot..Tak perlu dah, semua bayaq cash je supaya nampak banyak mana duit mengalir dan rasa seriau sebab selalu membazir bila ada kad kredit.
9. Recycle
- Selalu amalkan langkah 'guna semula'...untuk apa2 bahan yang dirasakan sesuai.
10. Ajar orang sekeliling berjimat
- Langkah pernjimatan tak kan berjaya kalau ahli keluarga, teman serumah, kawan sepejabat tetap memboros. Jadi, pengaruhi mereka dan ajar mereka berjimat. Ingatkan mereka bahawa tahun 2014 adalah tahun berjimat cermat. hehe
Sekian..^^
No comments:
Post a Comment