Jom hayati kisah ini..
"Dua minggu cuti yang diambil sepenuh masa digunakannya untuk menemani suami tersayang. Foto perkahwinan di dinding bilik mereka direnung lama. Wajah suaminya yang segak berbaju Melayu di dalam foto itu diperhatikan. Dia tersenyum. Tersenyum mengenangkan pelbagai tanggapan dibuat terhadap suaminya, serta karenahnya bersama Hakimi kini berlegar dalam ingatannya. CLiza, rakan baiknya adalah pendengar setia mengenai cerita rumahtangga mereka.
"Aku tak tahu nak cakap macam mana. Dia tu berjiwa ustaz sangat. Kadang-kadang naik rimas aku."
"Kata dia tu manager syarikat.. tapi jadi ustaz pulak ke?" Liza sengaja buat-buat tak faham.
"Maksud aku.. gaya dia tu macam gaya ustaz skema. Aku tengok family dia tu biasa je. Mungkin dia ni bekas sekolah agama agaknya. Sampai aku asyik kena berdas-das 'peluru berpandu' kat rumah"
"Maksudnya macam mana tu?"
"Dah lah, malas nak cakap ngan kau tau. Asyik tak faham je." Liza tersengih melihat gelagat Maria yang memang takkan habis rajuknya.
Lelaki itu sangat baik padanya. Entah kenapa dia dulu tidak boleh mencintai Hakimi sebagaimana dia mencintai Adam, bekas kekasihnya suatu ketika dulu. Pada masa itu, dia asyik memikirkan perkara yang sama. Salahkah langkahnya kerana tidak meminta untuk melalui zaman percintaan bersama Hakimi sebelum melangsungkan pernikahan? Tetapi perkahwinan ini juga permintaan Hakimi.
Kami adakan sesi kenal-mengenal antara keluarga dan kemudiannya bertunang dan seterusnya berkahwin. Namun, semakin hari dia sedar Hakimi cuba mendekatinya. Semakin Hakimi mendekatinya, entah kenapa dia semakin kurang selesa. Perlukah dia ambil tahu semua tentang aku? Itulah persoalannya.
Setiap hari, kadang-kadang hatinya sakit bukan kepalang. Bukannya sakit kerana apa, Hakimi akan gelakkan apa sahaja tindakbalasnya kepada Hakimi. Kelakar sangat ke? Entahlah. Tapi, ceramah 'peluru berpandu' Hakimi memang betul-betul mengena dan lagi menyakitkan hati! Terutama setiap waktu pagi!
"Maria..bangun Maria. Kita jemaah sama-sama jom," kedengaran Hakimi memanggil namanya. Dia sedar setiap pagi, Hakimi akan cuba macam mana cara pun untuk membangunkan dia dari tidur.
"Hakimi... kau ni dah kira melampau. Masa aku tidur pun nak kacau..Tau la orang suka bangun lambat." rungutnya di dalam hati.
"Maria, bangun sayang...."
"Abang, nanti orang bangunlah... semalam orang balik lambat tau. Orang on call semalam.. abang bukan tak tahu. Eeiiiii..." Dia memekup mukanya dengan Beaver. Jam tangannya dikerling. Baru pukul 6.00pagi. Mamat ni bukannya nak cuba faham orang. Dia itu cukup tidur , tak apalah!
"Kejap saja kan kalau kita solat..Tak lama pun. nanti kalau tiba-tiba mati dalam tidur, camne?" sempat suami 'kesayangannya' itu mengusik.
"Ye la...ye la orang bangun ni.Kejam betul la pak ustaz ni.," Beaver kesayangan yang dipeluknya dibaling ke muka Hakimi. Tergelak kecil Hakimi melihat telatah isterinya yang persis kanak-kanak. Mungkin sebab itu jugalah Hakimi suka mengusiknya. Dia faham isterinya masih lagi dalam tempoh housemanship dan bakal bergelar doktor tidak lama lagi.
Oleh sebab itu, dia membiasakan untuk membuat kerja rumah dengan sendiri tanpa ditemani isteri. Dia faham isterinya kepenatan bertugas di hospital.Tiada pergaduhan yang serius antara mereka, dan yang ada hanyalah usikan manja yang memang 'menyakitkan hati' bagi Maria tapi membahagiakan buat dirinya! Maria sedar, pada mulanya dia kurang senang apabila diajak berjemaah, ditambah pula dengan sesi usrah lepas solat sekiranya Hakimi tidak ke masjid. Itulah paling yang dibencinya dahulu.
Namun ajakan Hakimi secara lembut itu menyebabkan dia kalah.. dan akhirnya dikorbankan juga masa yang selalunya dahulu digunakan untuk 'menelaah' televisyen.
"Abang, can we just end it earlier...please..I wanna watch Hannah Montana The Movie, or else.." Dia terdiam. Tak tahu nak cakap apa lagi.
"Or else... you gonna die because of tak dapat tengok citer tu? Kan ada ulangan yang tu. Kita pun jarang jumpa kan.. malam you kadang-kadang ada syif malam, and siang pula kita kerja. Masa ni biar kita manfaatkan untuk kita rapatkan hubungan, dan sama-sama juga kita kenal Pencipta kita. Kan tu lebih baik kan?,"Akhirnya dia tewas di tangan Hakimi, dan hatinya yang ingin memberontak juga kalah apabila berhadapan insan bernama Syed Ahmad Hakimi.
Seolah-olah bersama Hakimi, semakin hari semakin dia menjadi tenangang Pencipta! Bersama Hakimi, dia kenali erti redha terhadap ketentuanNya. Bersama Hakim..kerana Hakimilah yang mengajarnya erti ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar dari seori juga dia menjadi seorang yang lebih matang dan dewasa dalam meghadapi liku hidup di dunia. Hari-hari bersama Hakimi terus bermain di ingatan rindunya.... isk!isk! Dia cuba menahan tangisnya.
-PETIKAN DIAMBIL DR SIRI CERPEN ILUV IS'LAM..-
petikan ni memang menarik hati ceq utk membaca...ceq tertarik sebb ada kaitan ngan kisah reality masyarakat kita...bila baca petikan nie.kita leh agak y suami Maria memang very good husband,caring, lovely n d most interesting dia ada ciri2 keISLAMikan..ni y penting...n ceq rsa kaum hawa y len pon rsa sama cam y ceq rsa... right?? ciri2 suami y cam ni y kaum hawa cari..selemah2 n sebodoh2 kaum hawa...sebenarnya kaum hawa perlukan suami y dpt bimbing dia ke akhirat..bukan mengahncurkan...tp betol ke org cakap laki cm 2 susah nak cari pd zaman serba canggih nie?? wallahua'lam...
apa2 pown...mcm dalam al-Quran de sebut " perempuan y baik utk laki y baik dan sebaliknya"
maka sama2lah jd y terbaik jika kita mhu jugak y terbaik utk kita...
pengajaran: wlaupun Maria bukanlah wanita y baik pd awalnya..namun..Hakimi boleh jdkan Maria isteri y terbaik...
d point here is... BERSABAR..DAN REDHA dgn KETENTUANNYA ~
p/s : sahabat2 boleh baca full stOry petikan ni di cni..
TITIPAN UJIAN YANG BERERTI p/s : sahabat2 boleh baca full stOry petikan ni di cni..
4 comments:
suke...suke...suke....suke...nk ustad...tp...hda xlayak...huhu...
ehehehhehehe
napa ckp cm 2 lak??
xsemestinya y bertudung labuh utk y berkopiah/ berlebai...
y penting hati kita bersih..
bnyak2 berdoa spya haida dpt y terbaik..
bling3..6_~
ye..yg penting hati kene bersih..tp hati bersih x ckp lg..kne jgk penuhi piawaian islam zahir dan batin.papepun selamat berpuasa
:)
dlm surah an-nur ada menyebut
"laki2 yg baek untuk perempuan2 yg baek,dan perempuan2 yg baek untuk laki2 yg baek pula"
waalhua'lam..
yes..btol 2..
thanxx syahbandar...=)
Post a Comment