Peminat Tomyam

March 17, 2010

Ish3..Maksiat Macam Sampah..

Assalamualaikum...Hye hye blogger2 sekalian..Dah baca paper arini? Semakin hari semakin banyak kes2 yang mengejutkan sebab xmasuk akal..
Kadang2 terkejut dengan masyarakat kita yang semakin teruk dr hari ke hari..
Kalau ye pon dunia dah akhir zaman..tapi janganlah ikut orientasi dunia lak..Macam2 jadi..tiap2 ari ceq terkejut bila baca kes2 kat akhbar...naseb xda sakit jantung kalau x..innalillah..huhu..

sekarang ni..susah nak cari manusia yang betul2 jadi manusia..semuanya nak jadi setan..

Hari ni, ceq tertarik dengan satu kes yang agak 'dahsyat' la..mungkin anda semua pon ada baca dan dengar kes ni kan..jom..kita baca lagi petikan berita di bawah ni:

Pesta khatan berkepit pondan

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.
Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.

Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama.

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.

Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malamKUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.
Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.

Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama.

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.

Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malam.

“Saya hairan bagaimana pesta tari menari itu boleh diadakan di kampung ini. Setakat mendengar muzik tradisional tidak mengapa, tapi sehingga menjemput mak nyah berjoget bersama...ini sangat memalukan. “Sekurang-kurangnya 10 mak nyah berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal disediakan sepanjang pesta berlangsung,” katanya.

Kumpulan pondan terbabit, katanya, dilihat galak menari dengan aksi ‘gedik’ dan mengghairahkan ketika melayan pelanggan menari sehingga ada aksi yang dipertontonkan kadangkala agak keterlaluan.

“Aksi pondan kabaret berjoget sambil berpelukan dengan lelaki terbabit saja sudah menjijikkan. Ini ditambah ‘wayang’ golongan terbabit dengan pasangan dalam gelap.

“Ini kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan ini. Pondan terbabit didatangkan khas untuk memeriahkan pesta berkenaan dan mereka akan bertindak sebagai perempuan joget,” katanya yang malu dengan tindakan penduduk terbabit mengadakan pesta berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, berkata pihaknya memandang serius perbuatan itu kerana difahamkan ia kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa Jaik akan membuat siasatan dan pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Kami tidak memperoleh maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia tidak diadakan kerap kerana mereka bimbang kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

“Jaik mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan selain berkelakuan kurang sopan di kawasan umum.

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah kerana berkelakuan tidak sopan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


ish3..
yang tua pon 2 x 5 ja..kubur kata mari pon masih xsedar diri...
yang maknyah..sudahlah maknyah..xabeh2 mengumpul dosa...
so..amacam? cam hampeh ja kan kes cm nie..apa komen saudara/i??

March 11, 2010

Benda Paling Ceq Takut...

Assalamualaikum....Salam semanis kurma dan kismis jugak..=)

Nama diberi Naniey (bukan nama sebenar)...Sejak menjak ni ceq ada satu kefobiaan yang melanda diri ceq..
I'm in d bad mood....=( going underground...ehh cilap lak..undercontrol...act..i'm not in da mood..
S.T.R.E.S...ahahha stress ni kalau positif ceq memang suka..but aura negatifnya banyak sgt...

huh..y r...happened like that?.huh
sememangnya...bila sampai hujung sem..kelambakan assingment menjadi2..aiyooo...
presentation + assingment + kerja2 membaik pulih nota ........
ahhh...so many things want to do!!

ditambah pula assingment y baru dpt..then assingment yang sengaja dilewatkan oleh lec...
dislike all of thats..ceq memang xsuka kerja2 lambat2 cm siput sedut..(camla ceq  bagus sgt kan..)
so..bila kekalutan dan kebengangan sebegini terjadi..
maka, kadar kelaparan semakin tinggi menyebabkan kebuncitan semakin terserlah ( hipotesis 1)
kadar keterjagaan di waktu malam juga tinggi menyebabkan kadar kelembaman mata semakin meningkat ( hipotesis 2)

ditambah pula dgn hal ehwal rumahtangga yang ada ckit2 konflik (ahahha dikatakan asam garam umah tangga la kononnya)

maka..hipotesis yang terakhir dapt ceq simpulkan ceq punya unconcious mind ada problem..huh..
sebab apa?
sebabnyaa...
 ceq mimpi semua yang buruk2 n negatif...pembunuhan, hukuman,kemalangan, kesedihan, kerugian dan...kematian...
ha..? kematian?? adeiiii ngeri...

ya..paling ceq takut adalah M.A.T.I
disebabkan minda ceq mempunyai imaginasi yang tinggi (kononnya),
maka ceq terbayang akan cara kematian ceq sendiri 
adakah dgn mati lemas?mati terbakar?mati excident?mati kena bunuh?
wahhh ngeri2...
unconcious mind dah terukkkk...

kadang2 tulah yang membuatkan ceq jd down..
ohh...iman dan amalan ku masih sedikit..
dapatkah aku hadapi saat2 kematianku..
mintak2lah ceq mati dalam keadaan husnulkhatimah...
amin..

KEMATIAN ITU PASTI...BERAMALLAH ANDA SEBELUM TERLAMBAT...
ORG YG MENGINGATI MATI ADALAH ORG YG BIJAK

p:s seperti kata encik hamka dalam blog keretamayat beliau, semua org akan menjadi mayat..maka bersiap sedialah nak naek kereta mayat itu..!!

SO.._StResseD OUt_thanxx all..^_^

March 6, 2010

Sy Sudah Jatuh Cinta^^

Salam semua...dan tak lupa salam semanis kurma..=)
" Sy sudah Jatuh Cinta" (entry yang bakal menimbulkan gosip nie..ahahhaha)

memang sy jatuh cinta..sy jatuh cinta kat sebuah lagu ni..sekali dengar cam best...dua kali dengar memang best..3 kali dengar best sangat..!! wuhuu~~
soo..dh berkali-kalilah ceq dengaq lagu nie...wowowowo...

Nak taw Ka Lagu apa?

'sATU cINta -Star Five'

Jom..kita hayati lirik lagu ni..

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia
dan tak lupa jugaaa....

link video lagu nie...jom kita usya2 ckit..^^


p/s: semoga kita semakin bertambah cinta kepadaNya..

March 5, 2010

Alamak..Tipah Tak Kan Tertipu Lagi...

Assalamualaikum dan salam semanis kurma dan kismis juga ( trademark baru tuuu) ;) kepada semua bloggers mahupun invisible man/woman y terjah2 kat blog ceq y xseberapa ni..diharapkan sehat walepatliat hendakNya..

Ku tidak mahu merepek malam ni..tp juz mau berkongsi dgn semua...
Ceq sebenarnya dalam pembikinan album..haishhh tersyasyul lak..pembikinan hobi yang mula membahang akan kehangatannya..sebenaqnyaa hobi ni dh mula sejak beberapa dekad y lalu..tapi sejak menjak ni bahangnya semakin hangat pulakk... adeishhh...erm2 tp kan..ceq enjoy dgn hobi ituu...^_^

nak taw x hobi y semakin hangat tu hapa?
ish2...nak habaq pon cm xsuspen ja..sebb rasanya hobi ni memang slalu kot blogger2 laen wat..
hobi tersebut ialah...MEMBACA....(ahahaha membaca adalah hobi budak sek rendah mahupun tadika kemas lagi)
adeisshhh MEMBACA BLOG laa..
masalahnya tipahhh ( bukan nama sebenaq) ceq ni bila dh mula membaca blog orang..maka bermulalah..
sesi ketidakpedulian terhadap assingment2 yang berlambak2 ituu..huhu maka kemalasan juga bersarang dalam diri..akibat asyik dan khusyuk bertambah tawaduknya ceq membaca blog2 tersebut...

adeiiihhh hangat..hangat...
sejak menjak ni gak laa ceq jumpa blog2 y 'hangat2' and top top seperti sabun jenama TOP tu...maka sesi kehangatan membaca blog org semakin membahang ( walaupun blog ceq xlah top seperti itu =(..)

ermm jom kita terjah blog2 yang memang menjadi tempat wajib ceq terjah2 ni...
1. Blog Kereta Mayat (lau xbca entry encik hamka ni..memang xsah idup ceq)
2. Blog Capt ( banyak manfaatt tawwww)
3. Blog Ustaz Amin ( uishhh best....ilmiahh)
4. Blog Abg Feroz ( pemes ni )
5. Blog Org Muo ( bawu kenai..tp blog dia bestt..)
6. Blog Shamel ( suka blog dia sebb da butterfly..^^)
7. Blog Jebon ( blog ni dh lma xhupdate...tp suka bc entry2 lma diaa)

ermm awat semua blog laki nieh? huishhh..jgn salah phamm,..sebenaqnya ada ja blog wanita/ pompuan y best..masalahnya xingt lak link dia...haishhh..( ilang ingatan sat)
nnti dh jumpa ceq kasi kat cni yaa..(harap xda y tersentuh hati...=))

maka, sy sudah mempomot blog2 y tersenarai di atas..harap2..kome2 semua rajin nak terjah2 ye..utk kemanfaatan bersama gak...weee!!~

tipahh oo tipah..jgn tertipu lagiii...dan xkan tertipu lagi..

++ apa kaitan entry ni dgn tipah? pada y nma tipah jgn perasan..sesungguhnya..tajuk blog ni dipilih atas dasar kemerepekan yang tinggi y terjadi pada penulis blog..ahahahahaha...

abaikan pop-up yang xberguna...arigatoss..........

berjumpa lagii....

March 1, 2010

Kem Motivasi di Kuala Selangor

Assalamualaikum...pagi ni sungguh ceria..nak taw nape? sebb sy yang ceriakan pagi ini..hehehehe...mendengar alunan lagu2 yang membuatkan diri ini lagi semangat nak wat kerja..(kononnya). Pagi ni ceq nak cerita sikit pasai kem motivasi yang baru sahaja ceq join yang berlangsung pada 26 dan 27 Februari yang lalu. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn lancar dan tersusun =).. Program itu adalah anjuran Kelab Psikologi dan Pembangunan Manusia ( Psyclub, UKM) yang bertempat di SMK Pengkalan Permatang. Seramai 20 org fasi yang join prog tu termasuklah ceq sendiri..Kem motivasi ini yang paling best pernah ceq join sebabnya banyak sesi LDK berbanding ceramah motivasi. Satu ja ceramah motivasi yang disisipkan dalam prog ni..yang disampaika oleh pensyarah kami En Nasir.. 

Paling best, sy suka babak malam itu..malam 26.2 di mana ada babak suspen. Pihak urusetia dan fasi membuat gimik dgn mewujudkan suasana stress yang terlampau kpd pelajar2 smpai ada yang bengang..ahahahha kijam..tapi last2 sebenarnya itu adalah gimik utuk 'birthday surprise' pelajar yang lahir bulan 2 dan 3,..huhuhu...memang best..smpai ada yang nangis..dan lepas tu ada lagi babak sedih di mana seorg fasi membuat drama berkenaan mak n ayah..siap pasang video lagi..maka banjirlah dewan dgn limpahan air mata pelajar-pelajar (padahal fasi pun menangis sama..huhu)

ok..di bawah ni ada gambar2 di hari kejadian..selamat menonton..^_^



jumpa lagi adik2...syang kamu semua..kami doakan berjaya dalam SPM dan STPM tahun ni...chaiyok2..!!