Peminat Tomyam

March 17, 2010

Ish3..Maksiat Macam Sampah..

Assalamualaikum...Hye hye blogger2 sekalian..Dah baca paper arini? Semakin hari semakin banyak kes2 yang mengejutkan sebab xmasuk akal..
Kadang2 terkejut dengan masyarakat kita yang semakin teruk dr hari ke hari..
Kalau ye pon dunia dah akhir zaman..tapi janganlah ikut orientasi dunia lak..Macam2 jadi..tiap2 ari ceq terkejut bila baca kes2 kat akhbar...naseb xda sakit jantung kalau x..innalillah..huhu..

sekarang ni..susah nak cari manusia yang betul2 jadi manusia..semuanya nak jadi setan..

Hari ni, ceq tertarik dengan satu kes yang agak 'dahsyat' la..mungkin anda semua pon ada baca dan dengar kes ni kan..jom..kita baca lagi petikan berita di bawah ni:

Pesta khatan berkepit pondan

KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.
Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.

Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama.

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.

Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malamKUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.
Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.
Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.

Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama.

Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.

Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malam.

“Saya hairan bagaimana pesta tari menari itu boleh diadakan di kampung ini. Setakat mendengar muzik tradisional tidak mengapa, tapi sehingga menjemput mak nyah berjoget bersama...ini sangat memalukan. “Sekurang-kurangnya 10 mak nyah berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal disediakan sepanjang pesta berlangsung,” katanya.

Kumpulan pondan terbabit, katanya, dilihat galak menari dengan aksi ‘gedik’ dan mengghairahkan ketika melayan pelanggan menari sehingga ada aksi yang dipertontonkan kadangkala agak keterlaluan.

“Aksi pondan kabaret berjoget sambil berpelukan dengan lelaki terbabit saja sudah menjijikkan. Ini ditambah ‘wayang’ golongan terbabit dengan pasangan dalam gelap.

“Ini kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan ini. Pondan terbabit didatangkan khas untuk memeriahkan pesta berkenaan dan mereka akan bertindak sebagai perempuan joget,” katanya yang malu dengan tindakan penduduk terbabit mengadakan pesta berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, berkata pihaknya memandang serius perbuatan itu kerana difahamkan ia kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa Jaik akan membuat siasatan dan pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

“Kami tidak memperoleh maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia tidak diadakan kerap kerana mereka bimbang kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.

“Jaik mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan selain berkelakuan kurang sopan di kawasan umum.

“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah kerana berkelakuan tidak sopan,” katanya ketika dihubungi, semalam.


ish3..
yang tua pon 2 x 5 ja..kubur kata mari pon masih xsedar diri...
yang maknyah..sudahlah maknyah..xabeh2 mengumpul dosa...
so..amacam? cam hampeh ja kan kes cm nie..apa komen saudara/i??

2 comments:

ibnu sabrie said...

khatankan je maknyah tue2.. hahaha..

kedahgurlz said...

ahahha rsa2nya tu lah langkah efektif..huhu..^^