Peminat Tomyam

January 13, 2011

Belajar Survive Hidup

Wacha..!! Kembali lagi setelah seminggu menyepi..
huhu..bukan sebab bz pon..sebab tak ada idea yang nak dileterkan kat sinie..
Hyee olls..sehat semuanya?
hopefully sehat2 n demok2 la kan..hee~
Alhamdulillah kita maseh diberi kesempatan utk bernafas di saat ini..

Ceq pasti antara follower blog ceq n bloggers kat cnie ramai student IPT kan?
So..how about ur life when studying far away from ur sweet home?
Kalau yang dah biasa dok asrama masa sekolah tu..,
Mungkin tak da masalah sangat kan nak survive hidup..
Bagi yang pes time ka..anak manja ka..ada susah2 sikit la kan..
hik3~

Tapi bagi ceq, ceq bukan lah pes time berjauhan ngan family..
Bukanlah pes time dok hostel..
Bukanlah pes time berseorangan (ceq dok dalam flatlet = bilik seorang)
Tapi ceq suka keadaan mcm nie semua
Sebab nie semualah yang ajaq ceq erti kesusahan
Cara nak survive hidup..huhu..
(ayat menyentuh kalbu x?) =P

Sejak masuk sem baru hari tu..
Sampailah sekarang nie..
encik JPA lak tak masuk lagi..
Maka lagilah ceq tabah dan cekal (kononnya) belajar survive hidup..
(jgn gelak pada ayat yang sengaja dicipta khas utk menggamit perasaan menyentuh hati)
hahaha

curik kat google.xda kaitan.abaikan.

akibat kesempitan kesimplean hidup ini, 
Ceq dah mula pandai belajar memasak
(Konon nak jimat)
So..ceq trylah masak apa yang mampu dan patut dengan bajet yang betoi2 minimum..
hahahha..
Macam2 gaklah resepi ceq buat spt tomyam, cucuq bilis, sup sayur, bihun goreng,nasi goreng, tak lupa gak kat megi goreng (wajib nie!)..huhu..
jom masak megi..^_^

dan terbaru..
char kue teow..
tapi..ceq xdan nak ambek pic..sebb nset prob..leh record video ja..
kalau tak malu..tengoklah video bawah nie..
Tak nak tengok pon tak pa..aiman tak kesah..huu T_T


Dan ceq juga belajar jadi businesswoman..puhh mcam gempak kan..
huhu..membe2 ada ajak p jalan2..
Tapi ceq terpaksa hampakan harapan depa..sebab ceq hanya ada duet belanja mkan ja..
Kata membe ' aik..ckp wat bisnes..duet masuk..lagi kering ka?'
amboi3..dia ingt kita tokey judi untung berjuta2 ka..huhu
Business ceq nie pon baru nak bertumbuh..
Kata orang baru setahun jagung..huhu..
So..untung leh untuk belanja mkn n peribadi saja..
Xda peruntukan utk berfoya2 ok..ngee~
Bayangkan lah kan..
kalau ceq xwat business..
agak2katna ceq nak merempat jadi peminta sedekah eh?
pikir2kanlah..
ka ada sapa2 nak bg ceq kerja part time yang paling senang di dunia? huhu

don't give up Nani!!

Alhamdulillah thanxx GOD bagi ceq rezeki yang murah..=)

p/s : encik JPA masuklah cepat..miss u so much..hohoho =p

January 5, 2011

Hidup Korang Berkualiti?

 (bagi yg bergelar student..selamat p dengaq kuliah..hee)

kelas minggu ke 3 start seperti biasa
hari isnin ada kelas Kependudukan dan Kualiti Hidup
getaq ckit masuk kelas nie..
sebab lec akan tanya balik apa yg diajaq minggu lepas..huhu
siap panggil nama n kena cakap depan2 kelas lagi..
 hohohoho

dan seperti yang diagak..utk minggu nie
nama ceq dipanggil
wahhh semakin getaq la ceq..org 1st plak tu..huhu
soalan yang ceq kena jawab..
1. apa beza kualiti hidup dengan kesejahteraan hidup
2. apa beza kualiti hidup dimensi objektif dgn dimensi subjektif
3. kaitan kependudukan dgn kualiti hidup
4. apa yang kamu paham ttg kualiti hidup
huhu..soalan mencabar gak kan.?
So..ceq jawab la sekadar yg ceq paham n mampu..
ceq wat2 yakin ja..even ceq goreng pon xbetol..huhu
penilaian dr lec ceq pon xtaw cmna..huhu
tapi lec cakap masih xcukup lengkap jawapan tu..
uuuuu~~ 

 *curik dr pakcik google..

apa eh yang dimaksudkan dengan kualiti hidup?
sejauhmana korang rasa yang hidup korang berkualiti?
ada kereta, rumah, leppy, henset saja dh berkualiti ke idup korang?
kalau dipandang daripada aspek material saja hidup nie xcukup berkualiti lagi..
perlu diseimbangkan dengan aspek kesejahteraan fizikal, sosial, emosi, rohani, nilai peribadi dsb.

Jom kita tengok apa kata mereka ttg kualiti hidup ni:
Kualiti hidup merupakan satu jangka deskriptif yang merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan mereka untuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan ( Leplege & Hunt 1997)

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002).

antara elemen-elemen kualiti hidup:
So..dapat dilihat kat sini yang Kualiti hidup nie tak semestinya kita ni kaya, cantik, ada jawatan besar, kereta besar dan bini besar..tapi kalau sakit wat apa, kalau tak sembahyang pon xguna gak kan? betoi tak..heheh

So..korang dah dapat ukur belum kualiti hidup korang?
Rasa-rasa leh tak capai kualiti hidup yang lebih baik..?
fikir-fikirkanlah ya..

p/s: hidup nie lebih berkualiti kalau dapat keberkatan daripadaNya..kann? insyaAllah..;)

January 2, 2011

2.0.1.1

hari ni 02012011..
tapi ceq baru nak wat entry pasai tahun baru masihi 2011 nie..huh.
seriusly..ceq xsemangat langsung nak celebrate or wish 'happy new year', 'selamat tahun baru baru'
dan seumpama dengannya..

 kenapa eh..org suka sangat n menunggu nak sambut tahun masihi..
tapi orang xpernah ingat atau lupa..atau wat2 lupa 
nak sambut tahun hijrah..
ceq xrasa nak sambut tahun masihi sebab ceq dh sambut tahun hijrah
cukuplah kita bersyukur kepadaNya yg bagi kita peluang utk bernafas sehingga saat nie 
kan..

kalau cakap pasai tahun baru ja mesti nak ada azamnya..
kompom punya awai2 semangat list downkan azam2 yang nak dicapai..
tapi last2 tahun hampeh..ada gak tengah2 tahun dh lemah2 n lupa azam tersebut..
ceq xda azam tahunan..yepp..sangat serius..
tapi ceq selalu berazam hari-hari..
hee~
bangun tidoq ja..
macam2 berazam hari tu..
umu nya..nak jadi lebih baik dari hari hari sebelumnya..
nak wat semua benda yg terbaik..
even gosok gg pon nak cara terbaik..
'berjuang' dlm toilet pon mesti nak yg terbaek..
ahahahha =P

apa2 pon..azam ceq dr dlu smpai matii
ceq nak jd hambaNya yg bertaqwa..dan mati dalam iman..aminn~~

hamba yang bertaqwa tu cukup membawa banyak istilah dan banyak benda nak kena wat dan ambil kira..
kan....?
cukuplah kita wat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang olehNya..
setiap benda yang kita wat..
walaupun dalam tidoq..

so azam ceq hari2 n selamanya..
'BE THE BEST'

.noktah.

 ini tak patut disambut
inilah yang sepatutnya kan ^_^

Takziah pada arwah Faizal Yusof

ceq agak ketinggalan wat entry pasai nie..tapi xkesahla..nak wat gak..heheh
semua dh taw pasai berita pemergian arwah faizal yusof, pelakon muda yg hebat nie kan..
bukan sahaja hebat tapi ensem juga..
ceq memang suka tengok lakonan dia..ceq kenai dia masa dia berlakon drama apa tah ceq memang lupa n malas nak ingat..masa tu dia jadi polis..puhh memang nsem..*pengsan*ahahaha..
(nsem lagi encik hasben- semata2 menyedapkan ati beliau kalau beliau baca entry nie..ngee~)


peminat2 arwah terkejut dengan pemergian beliau..
mana taknya muda lagi kan..tengah aktif berlakon..tutp..tup..dengaq dah meninggal..
bak kata encik hasben..'arwah dulu baek orangnya'..hahaa
difahamkan arwah meninggal sebab sakit jantung..

so..takziah kepada keluarga beliau dan bekas isteri beliau..ct nordiyana..
semoga roh arwah dicucuri rahmat..hendakNya..
al-fatihah

pengajaran bagi ceq n kita semua..:
 => idup jangan terlalu enjoy..ingat2lah mati..mati tu xkenal usia kan..
'beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati pada esoknya..bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya"