Peminat Tomyam

January 5, 2011

Hidup Korang Berkualiti?

 (bagi yg bergelar student..selamat p dengaq kuliah..hee)

kelas minggu ke 3 start seperti biasa
hari isnin ada kelas Kependudukan dan Kualiti Hidup
getaq ckit masuk kelas nie..
sebab lec akan tanya balik apa yg diajaq minggu lepas..huhu
siap panggil nama n kena cakap depan2 kelas lagi..
 hohohoho

dan seperti yang diagak..utk minggu nie
nama ceq dipanggil
wahhh semakin getaq la ceq..org 1st plak tu..huhu
soalan yang ceq kena jawab..
1. apa beza kualiti hidup dengan kesejahteraan hidup
2. apa beza kualiti hidup dimensi objektif dgn dimensi subjektif
3. kaitan kependudukan dgn kualiti hidup
4. apa yang kamu paham ttg kualiti hidup
huhu..soalan mencabar gak kan.?
So..ceq jawab la sekadar yg ceq paham n mampu..
ceq wat2 yakin ja..even ceq goreng pon xbetol..huhu
penilaian dr lec ceq pon xtaw cmna..huhu
tapi lec cakap masih xcukup lengkap jawapan tu..
uuuuu~~ 

 *curik dr pakcik google..

apa eh yang dimaksudkan dengan kualiti hidup?
sejauhmana korang rasa yang hidup korang berkualiti?
ada kereta, rumah, leppy, henset saja dh berkualiti ke idup korang?
kalau dipandang daripada aspek material saja hidup nie xcukup berkualiti lagi..
perlu diseimbangkan dengan aspek kesejahteraan fizikal, sosial, emosi, rohani, nilai peribadi dsb.

Jom kita tengok apa kata mereka ttg kualiti hidup ni:
Kualiti hidup merupakan satu jangka deskriptif yang merujuk kepada emosi manusia, sosial dan fizikal yang sihat dan keupayaan mereka untuk berfungsi dengan tugas biasa dalam kehidupan ( Leplege & Hunt 1997)

Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperolehi pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat (Unit Perancang Ekonomi: 2002).

antara elemen-elemen kualiti hidup:
So..dapat dilihat kat sini yang Kualiti hidup nie tak semestinya kita ni kaya, cantik, ada jawatan besar, kereta besar dan bini besar..tapi kalau sakit wat apa, kalau tak sembahyang pon xguna gak kan? betoi tak..heheh

So..korang dah dapat ukur belum kualiti hidup korang?
Rasa-rasa leh tak capai kualiti hidup yang lebih baik..?
fikir-fikirkanlah ya..

p/s: hidup nie lebih berkualiti kalau dapat keberkatan daripadaNya..kann? insyaAllah..;)

No comments: