Assalamualaikum..
Perghh..sudah bersawang dan berhabuk blog CT akibat ketidaksempatan menulis entry. Tapi takpa lah, tu semua duniawi ja..hehe..Berbalik pada topik, CT nak berkongsi pasal tabiat makan yang mana kita buat hari-hari, bagi yang mampu. Sebenarnya CT teringat yang CT pernah menerbitkan artikel mengenai tabiat makan dalam konteks kesihatan. Boleh tengok dan baca di SINI.
Jadi, CT nak buat sedikit ulasan sebab artikel tu panjang bebeno. Sahih punya hangpa malas atau baloq liat nak baca kan?
Hangpa pilihla nak makanan yang macam mana : Sihat atau sedap? Sedap tetapi tak sihat Sihat tetapi tak sedap? atau kedua-duanya sihat dan sedap?
Kalau CT, CT mestilah pilih makanan yang sedap dan sihat. Eh...ada ka? Hahaha..mestilah tomyam..sebab sedap dan ada banyak sayur-sayuran..sihat le tu..
Tapi, makanan yang baik untuk kesihatan yang berkekalan adalah makanan tak sedap. Contohnya, ulam-ulaman. Pahit kan? Berapa ramai yang tak suka makan sayur-sayuran? Bukan sahaja budak-budak tak suka makan sayur, tetapi orang yang tua bangka pun tak suka. Betol..! Depa bagi alasan, TAK SEDAP..! Eh..depa tak taw kot yang tak sedap tu lah sihat taw.!!
Berbanding dengan makanan segera..macam kat KFC, McD, Carl's JR, apa kejadah lagi tu..weei..memang sedap taw..kalau boleh hari-hari nak p makan kat sana kan? Betol tak? Tapi adakah mereka-mereka (makanan) itu sihat? Oh, tak mungkin..mereka-mereka menyumbang kepada KEGEMUKAN..!! macam budak kat bawah ni..
sedap weeii makanan segera ni..tapi tak sihat..!
Kesimpulannya, yang teramat ringkas lagi padat, Silalah bertaubat untuk kesihatan anda..! ngee~~
p/s : entry macam mengarut tapi ada isi... tak caya sudah..!
untuk tips badan slim sila klik SINI
No comments:
Post a Comment