Aku dah lama nak tulis pasal nie, sebab aku tengok semakin ramai yang nak berkecimpung dalam arena pembracesan nie..Huh, kaum aku lak tu, sungguh tak dak keja depa nie. Aku yang jongang nie pun tak hingin nak pakai breasts Braces neei..(haipp..susah toi nak eja. Aku nie daq lepasan PMR ja mana reti nak eja omputih tu semua). Orang kata pakai Braces nie sakit..toi ke idok wallua'lam.. Cuma aku yang lepasan PMR ni walaupun apa saja perbuatan aku nak buat, aku mesti nak tengok dalam korset konteks agama, adakah dibenarkan syarak atau tidak? Adakah Haram atau Halal?
Jadi, aku pun tanyalah pakcik google tentang hukum pakai Braces nie, nak tanya ustaz mahupun ustazah, tak da pulak aku jumpa sekarang nie. So, aku nak kongsi ngan hangpa semua la nooohh.. Aku kupas dan cerita secara ringkas yang aku paham dari SINI.
.Hukum Pakai Braces.
Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah S.A.W. sebagaimana disebut oleh hadis;
Maksudnya :
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”.
(Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
Aku masih ingat lagi yang hadis nie aku belajar masa sekolah menengah dulu. Masa tu nak jugak cantikkan gigi sebab gigi aku jongang. Tapi tak palah, jongang itu pun dah syukur kan..-.-
TETAPI....!!
Hangpa boleh pakai Braces nie jika hangpa mengalami situasi2 cam nie :
Gigi Hangpa cacat, makna kata kecacatan hangpa tu betul2 mengaibkan hangpa sampaikan malu gila orang dok ejek-ejek kat diri hangpa sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut.
Di dalam buku al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”
Hukum bagi situasi ini adalah HARUS.
DAN
Bukanlah pakai Braces tu dengan tujuan CANTIK SEMATA-MATA, ini memang HARAM.
Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata.
FAHAM?
Nak lebihkan penjelasan tanyalah ustaz sendiri. Wallahua'lam.
Sekadar berkongsi..^^
Ringkasan dari artikel asal di SINI.