Peminat Tomyam

August 12, 2011

Fasa Pengampunan : Tunggu Apa Lagi?

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al- Mubarak..!! haha..walaupun agak terlambat nak buat ucapan sampai dah masuk fasa ke-2 dah pun iaitu Fasa Pengampunan, tapi tak da masalah kan? tak berdosa kan? HAHA..

Berbicara mengenai dosa, adoii berapa banyak dosa yang telah kita lakukan selama kita hidup kat muka bumi ini? Ada ka yang dok kira dosa dia, dok sukat atau dok timbang? Kalau ada la manusia yang buat kerja-kerja mengira dosa sendiri ni, wa tabik sama lu.! Maknanya lu memang manusia yang sentiasa berhati-hati dalam buat apa sahaja sampai takut nak buat dosa.

Bagi manusia yang sentiasa dok kumpul dosa sampai tak sedaq-sedaq diri pun ada kan..Jadi, apa tunggu lagi???

Bila dah masuk Fasa Pengampunan nie, jomlah kita sama-sama memohon ampun dari Allah yang Maha Esa atas dosa-dosa kecil dan besaq yang pernah kita lakukan. Rebutlah peluang yang tersedia ini untuk sama-sama kita mohon maghfirah dariNya.. Kalau rajin, boleh juga buat solat sunat taubat. Nanti dah terlepas baru menyesal...hehh..^^

Antara doa yang boleh kita panjatkan kepada Allah :

“Ya Allah, ampunkanlah bagiku amalan yang telah kukerjakan dan apa yang akan kukerjakan, sesuatu yang aku sembunyikan dan sesuatu yang aku nyatakan, sesuatu yang tidak sengaja kulakukan dan sesuatu yang Engkau lebih mengetahuinya daripadaku. Engkaulah yang terawal dan Engkau yang terakhir, tiada Tuhan selain Engkau.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada azab api neraka dan azab kubur dan fitnah kehidupan dan kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal.”

“Ya Allah, aku pohon perlindungan daripada dosa dan hutang.”

“Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri dengan kezaliman yang besar dan tidaklah dapat mengampunkan aku melainkan Engkau, maka ampunilah aku dengan keampunan daripada-Mu dan rahmatilah aku, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Semoga beroleh manfaat ^^


No comments: