Peminat Tomyam

August 13, 2011

10 Jenis Tempahan Yang Selalu Dibuat Ketika Ramadhan

Berikut adalah 10 jenis tempahan yang selalu dibuat menjelang atau ketika bulan Ramadhan:

1. Tempatan Baju Raya
Tempahan baju raya bukanlah suatu kewajiban, tapi tak salah berbuat demikian asalkan tidak melanggar batas-batas yang sepatutnya, terutamanya yang melibatkan pembaziran. Bagi yang berkeluarga, semestinya awal-awal lagi akan membeli kain untuk dibuat baju, sama ada baju Melayu untuk lelaki atau baju kurung/kebaya untuk perempuan. Selalunya 2-3 minggu sebelum puasa, orang dah sibuk membuat tempahan baju raya ni. kan? tema baju raya korang kaler apa?

2. Tempahan tapak gerai/Bazaar Ramadhan
Bazaar Ramadhan adalah antara tempat yang akan menjadi tumpuan ketika bulan Ramadhan. Macam jenis makanan dan minuman dijual, boleh juga kumpul duit raya. Tapi sebelum dapat berniaga di bazaar tu, peniaga perlu juga membuat tempahan untuk mendapatkan lot atau tapak gerai di kawasan Bazaar. 

3. Tempahan Kurma
Kurma pun laku bulan posa nie.. Tak kiralah kurma basah atau kurma kering. Yusoff taiyobbb..haaha.

4. Tempahan Bunga Api dan Mercun
Ini wajib la kan kalau malam nak masuk Ramadhan lagi dah ada yang main mercun. hampeh wat terkejut aku ja..semputt!

5. Tempahan Iklan untuk Promosi sempena Ramadhan
Tempahan iklan juga selalu dibuat oleh penyedia perkhidmatan, contohnya khidmat katering atau promosi Buka Puasa Buffet sempena bulan Ramdhan ni. 

6. Tempahan Jamuan Moreh
Kebanyakan surau atau masjid selalunya akan mengadakan jamuan moreh selepas sembahyang sunat Tarawih. Buat ala kadar saja yang penting niat ikhlas untuk sedekah kan?

7. Tempahan Biskut Raya
Macam2 jenis biskut ada, almond london. biskut kacang. semperit, cornflakes dan macam2 lg lah..smpaikan bnyak rupa dan warna tapi rasa sama ja..hehe

8. Tempahan Buka Puasa Buffet atau khidmat katering
sellaunya di hotel la kan..1 kepala boleh mencecah rm15o sorang..gilak mak hang..!! Aku rasa rm5 pun dah kenyang kot..makan ke melantak hoii?

9. Menempah Buluh dan Daun Kelapa Muda
Orang selalu menempah buluh dan daun (pucuk) kelapa yang masih muda. Tujuannya untuk buat lemang dan ketupat.Aku tak suka sgt ketupat daun palas.sebb tak suka pulut.hehe

10. Menempah Maut
Akhir sekali menempah maut. Tempahan jenis ni mungkin jarang kita dengar tapi ada juga orang buat. Biasanya ada beberapa cara untuk menempah maut sama ada untuk jangka masa pendek atau panjang, antaranya:
- Memandu kenderaan secara membabi buta dan tidak mengikuti peraturan jalan raya;
- Meminjam banyak duit daripada Ah Long untuk persiapan raya dan tidak membayar balik;
- Merompak rumah orang lain untuk dapatkan duit raya;
- Minum air ketum untuk berbuka puasa;
_Terjun sungai sebab dahaga yang teramat.
- dan banyak lagi yang difikirkan bersesuaian.

HAHAHAHA... hangpa nak tempah yang mana satu?
Just for fun and sharing..^^


No comments: