Peminat Tomyam

May 28, 2012

Jaga ‘Standard’di Hadapan Manusia – Kenapa Tidak Kerana Allah?

Hai. Kali ni aku nak share artikel yang pernah aku tulis dan hantar ke iluvislam.. Tapi malangnya artikel ni tak disiarkan pon..T_T wuuuuu...sadis.tapi takpala..tak mematahkan semangat aku pon..i'll try more!! aku mna reti sangat nak tulis-tulis artikel nie..huhuhu..


Takpalah aku share kat blog aku sudahlah nooo...peace^^
___________________________________________________________________________________


Biarlah saya menggunakan perkataan ‘standard’ untuk membawa maksud taraf diri. Ini kerana kebiasaannya kita menggunakannya ketika bercakap tetapi saya rasa lebih terkesan menggunakan perkataan tersebut kepada pembaca tentang apa yang nak saya kongsi melalui penulisan artikel ini. 

Sudah menjadi lumrah apabila manusia sentiasa hendak dilihat menarik dan menjaga adab mereka walau di mana mereka berada di hadapan orang sekeliling. Kalau boleh semuanya ingin nampak sempurna dan terbaik. Dari segala aspek hidup, manusia akan menjaga tingkah laku sebaik-baiknya demi menjaga nama baik dan maruah seperti di majlis keramaian, di pejabat, majlis berbentuk protokol. 

Manusia mengaplikasikan peraturan yang dicipta manusia sendiri, tetapi malangnya manusia lalai dalam mengaplikasikan peraturan yang hakiki yang dicipta oleh Yang Hakiki iaitu Allah SWT. Manusia lupa bahawa mematuhi peraturan sebenarnya yang akan dihitung, ditimbang dan dinilai di akhirat kelak berdasarkan amalan dan tingkah laku sehari-hari adalah ‘standard’ yang perlu dijaga sebaik-baiknya. 

Menjaga ‘standard’ di pejabat

Kebanyakan pekerja sememangnya menjaga nama baik, sama ada nama baik diri, kumpulan mahupun jabatan. Waktu rehat pejabat secara umumnya adalah pada pukul 1 petang hingga 2 petang bagi pekerja awam dan swasta. Kebanyakan pekerja yang sentiasa mengikut peraturan akan keluar rehat pada pukul 1 tepat untuk melepak bersama kawan-kawan dan berborak sehingga hampir pukul 2 petang. Selepas itu, masuk semula ke pejabat pada pukul 2 petang, pekerja tersebut belum lagi solat walaupun waktu solat Zuhur sudah masuk.

 ‘Eh..dah pukul 2 la. Aku naik pejabat dululah, tunjuk muka dulu, nanti turun ke surau untuk solat’. 

Sampai begitu sekali kah kita menjaga ‘standard’ di hadapan manusia? Sehinggakan kita mengabaikan tahap ‘standard’ yang sepatutnya kita jaga di hadapan Allah. 

Abdullah bin Mas'ud telah bertanya kepada Rasulullah SAW:
"Apakah amalan yg paling disukai Allah SWT?" Sabda Rasulullah SAW: "Solat dengan menjaga waktunya." [Riwayat Bukhari, al-Jaami al-Sahih #2782].

Astaghfirullahala’zim..

Kita sanggup melewat-lewatkan solat hanya kerana tidak sanggup mendengar orang mengata kita. Kita sanggup mengabaikan ‘pertemuan dengan Kekasih’ kita. 

Menjaga ‘standard’ di majlis keramaian

‘Nanti aku nak beli baju baru berwarna merah dan hitam sebab konsep tema Makan Malam Tahunan kolej kita adalah warna hitam dan merah kan..”

‘Alah..pakai sahaja baju yang kau ada, makan malam tu sekejap sahaja, jangan membazir..’

‘Mana boleh, nanti orang akan pandang aku pelik dan mesti orang akan mengutuk aku sebab aku tak ikut tema’.

Betulkah fenomena seperti di atas selalu sahaja terjadi kepada kita?

Astaghfirullahala’zim..

Selalu sahaja kita nak mengejar peraturan yang dicipta manusia sendiri, sebaik-baiknya kita hendak dilihat mengikut keseragaman dan sempurna di mata manusia. Tetapi kita lupa dan lalai bahawa Allah sudah menetapkan peraturan berpakaian yang sepatutnya bagi kaum Hawa dan Adam. Kita berlebih-lebihan, tidak menutup aurat dan menunjuk-nunjuk. 

Tidak salah hendak mengikut tema majlis itu sekalipun, tetapi kita lupa peraturan hakiki yang sebenar-benarnya. Dek kerana mahu menjaga ‘standard’ di hadapan manusia lain, kita lupa untuk menutup aurat sebaik-baiknya. Kita berlumba-lumba untuk kelihatan anggun dan cantik di hadapan manusia. Tetapi kita selekeh dan comot sekali di hadapan Allah. Tidak sedarkah kita?

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan : “Aku pernah bertanya : Ya rasulullah , bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”. Baginda menjawab :”Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi :” Ya rasulullah , bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat? ” Baginda menjawab : “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: ” Ya rasulullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab : ” Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”.

 (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud)

Sesungguhnya kita hendak sahaja mengelakkan orang berprasangka buruk kepada kita, sebab itu kalau boleh daripada segala aspek kita hendak menjaga ‘standard’ di hadapan manusia, tetapi kita langsung tidak takut kalau Allah SWT berprasangka buruk dengan kita. Saya juga menasihati diri sendiri dalam perkara ini.  Semoga kita sentiasa muhasabah diri dan menjadi yang terbaik di hadapan Allah.

‘Menjaga ‘Standard’ di hadapan Allah sebagai langkah ke Syurga’. InsyaAllah.

**mungkin sebab artikel aku ni pendek sangat kot? atau memang tak berkualiti?

Apa-apa pon aku alu-alukan komen dr kome-kome semua yer..

Sekian,^^

No comments: