Hahaha...jarang entry aku bermula dengan gelak..
Tetapi hari ini, aku mulakannya dengan 'Hahaha'.
Nak taw sebab apa? sebab aku tengah dok godek-godek folder lama dalam leptop aku nie..Aku pon terjumpa la dokumen dalam bentuk Mic. Word bertajuk 'Sedikit Tentang Diri Saya'..dan aku teringat aku tulis pasal tu masa lec aku mintak aku tulis profile diri..untuk dimasukkan dalam buku yang beliau bakal tulis..dan aku difahamkan dia mintak profile aku sebab aku adalah salah satu 'bahan' kajian beliau..kiranya beliau akan temuduga aku untuk dapakan maklumat bagi buku yang beliau akan hasilkan tu..lebih kurang tajuk dia 'Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang di Universiti' hahahaha..
** 'cemerlang sangattttt (tangan ke bahu'..) Aku bukan pelajar cemerlang pon,aku nak tolong lec aku tu ja..-.-
Ok..jadi, aku nak kongsi sikit la penulisan bertajuk 'Sedikit Tentang Diri Saya'..kalau korang nak baca,,bacalah..manalah tahu korang boleh lebih kenal aku..dan dapatkan sedikit tips untuk jadi pelajar cemerlang..hahaha..
Sedikit Tentang Saya
Seorang anak gadis kelahiran negeri Jelapang Padi yang
sangat ringkas penampilannya, pergaulannya dan tutur katanya. Lahirnya saya di
muka bumi ini dengan diberi nama Khairani binti Abdul Aziz. Datangnya dari
keluarga yang sederhana. Dahulu, sebelum
saya memasuki alam universiti, saya merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Kedah
dalam aliran Sains Hayat. Walaupun, PNGK saya di Kolej Matrikulasi boleh
dikatakan membanggakan, namun saya sendiri memilih menyambung pengajian di
universiti dalam aliran sastera atau lebih khusus lagi sains sosial. Sejak di
Tingkatan 3, saya sangat ingin belajar dalam bidang Psikologi dan kursus ini
telah menjadi pilihan pertama saya ketika mengisi borang UPU. Namun, rezeki
tidak menyebelahi saya, saya mendapat tawaran dalam kursus Pembangunan Manusia
di UKM iaitu pilihan ke-3. Namun, saya mendapat maklumat kursus ini adalah di
bawah Pusat Pengajian yang sama dengan kursus Psikologi. Jadi, saya dah rasa
cukup bertuah sebab dapat menyambung pengajian dalam kursus ini.
Sebelum saya memasuki alam universiti, saya ada terbaca
kisah-kisah kejayaan senior- senior di IPT yang mendapat anugerah dekan di
universiti mereka. Oleh itu, saya bersemangat untuk meletakkan matlamat saya
mendapat anugerah Dekan pada setiap semester. Namun, ketika di universiti, saya
tidak bernasib baik pada dua semester awal iaitu pada tahun 1 pengajian saya.
Hal ini mungkin saya perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan
pelajaran dan persekitaran di universiti. Namun bagi saya, saya tetap bertekad
ingin menjadi pelajar yang terbaik di antara yang terbaik. Saya belajar melalui
kesilapan, saya mencari setiap punca kegagalan saya dalam tersenarai dalam
pelajar dekan.
Saya dapati, banyak yang perlu saya baiki terutamanya
dari segi gaya pembelajaran saya. Apabila di universiti, fokus pembelajaran
adalah kepada tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Sebelum ini, saya banyak
lalai dan tidak faham apa yang perkara yang perlu wujud dalam penulisan
tugasan. Kebanyakan pensyarah saya pada tahun 1 hanya menyuruh kami melakukan
tugasan dalam bentuk esei dan pembentangan tanpa memberi tahu kriteria-kriteria
yang perlu diberi perhatian untuk mendapat markah terbaik. Jadi, kami hanya
membuat tugasan esei tanpa mencari rujukan yang secukupnya di samping tidak
faham dengan gaya penulisan ilmiah yang betul. Oleh itu, kami hanya melakukan
‘copy paste’ maklumat yang diambil dari internet tanpa langsung membetulkan
perkataan dan ayatnya. Hal ini mungkin menyebabkan markah yang kami dapat
adalah sedikit dan menyumbang kepada gred keputusan akhir sesuatu subjek.
Di sini, saya senaraikan beberapa kriteria yang saya
fokuskan untuk dipertingkatkan ketika si semester 3 dan seterusnya:
1. Lebih telus, jujur dan ikhlas ketika menyiapkan
tugasan yang diberikan.
2. Saya bertindak dahulu dalam membahagikan tajuk tugasan
kepada ahli kumpulan, mengatur pertemuan perbincangan, menentukan tarikh/ hari
untuk mereka menghantar bahagian tugasan mereka kepada saya untuk saya
kumpulkan.
3. Menulis perancangan sebelum memulakan sebarang kerja/
tugasan. Sebab saya jenis yang teliti di mana saya mesti membuat perancangan
secara strategik sebab saya takut terlupa atau terlepas perkara yang remeh.
4. Apabila, tidak faham akan sesuatu tajuk tugasan yang
diberi, saya akan merujuk kepada pensyarah.
5. Menguruskan masa dengan sebaik-baiknya. Apabila ada
masa terluang, saya akan menyiapkan tugasan contohnya ketika tiada waktu kelas
kerana terdapat banyak waktu di malam hari, saya ada meeting persatuan.
6. Belajar ketika ada mood. Tidak memaksa diri untuk
belajar.
7. Fokus pada kehendak pensyarah, contohnya soala-soalan
yang perlu ditekankan dalam peperiksaan dan juga kriteria-kriteria mendapat
markah terbaik dalam tugasan esei. Ikut semua arahan/ panduan yang diberikan oleh pensyarah.
8. Memilih subjek wajib universiti ( U2,U3) dan subjek
pilihan bebas ( PB) dengan menitikberatkan tugasan yang tidak terlalu berat
atau d iluar jangkaan.
9. Memahami setiap tajuk tugasan yang diberikan, kemudian
cari maklumat dan tulis sendiri esei. Bukannya dengan plagiat daripada
mana-mana sumber.
10. Ketika study, kumpul semua maklumat dan bahan
rujukan kemudian buat nota. Sekurang-kurangnya ulang bacaan nota sebanyak 3
kali sebelum masuk peperiksaan.
11. Buat study group masa studyweek. Refleks semula apa
yang di baca atau kongsi apa yang tak faham. (ahli kumpulan adalah orang yang
sama setiap sem dan sudah serasi). Saya pastikan yang saya yang banyak cakap
sebab apabila saya berkongsi dengan orang lain, saya akan lebih mengingatinya.
Itu sahaja, nasihat saya kepada kawan-kawan lain yang
sedang meneruskan pengajian di universiti, ikutilah panduan yang diberikan
pensyarah. Belajarlah daripada kesilapan kerana gagal sekali tidak bermakna
gagal selama-lamanya. Apa yang penting dalam belajar ini, elemen seperti
kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan adalah gabungan untuk kita mencapai
kejayaan. Ilmu yang diperolehi apabila disuburkan akan menjadi pengetahuan.
Pengetahuan yang membezakan kita dengan orang lain.
Hahahaha skema tak? skema tak?
Last-last, aku tanya lec tu camna dengan perkembangan penulisan buku beliau..beliau jawab dengan kecewa tak dapatkan teruskan penulisan, sebab tak dapat bajet..diorang kedekut..hermm sedeyh gak r..lau x leh jadi pemes..hahahaha (ngokngek).
No comments:
Post a Comment