Peminat Tomyam

December 31, 2009

Permintaan Terakhir Nenek..

Al- kisahnya...pada tahun 2005
seorang gadis yang agak berisi
berjalan menuju ke rumah tok nek ( nenek) - mak kepada tok nya
y berada dekat je ngan umah dia..
orang cakap kentut pwon leh dengar..
betapa dekat ja..
huhhuhhhuhuhuh..

seperti biasa gadis tersebut akan membuat "sapaan gempakz"
kepada tok nek nya yang berada dalam umah itu..
maka,, terkezut beruklah tok neknya..
"oppopopopopopoooopppp"
( bunyi melatah nenek)
xlama kemudian, nenek pown tersengih... =D
ya..sangatlah nakal gadis tersebut..
ngan orang tua tu pown dia leh maen sergah je..
salam pown xbg..
naseb lah orang tua tsebut tak da penyakit jantung..
naseb lah tok nek dah xleh berjalan lagi..
lau x..melambung dia bersilat...
wakakakkakakaka
tok nek dh tua..dah berusia 100 tahun lebeyh..
mata tok nek dh xnmpak..
jalan pown dh xleh lagi..
tapi tok nek xnyanyuk...
sembahyang tetap wajib dia lakukan tibanya waktu..

apa ya rahsia org2 tua dlu2? xnyanyuk..
xsempat lak tnya tok nek...
huhuuhuhuh
Tok nek sangat3 baek..
tok nek suka bercerita...
cerita zaman dlu
cerita keadaan dia dan keluarga dia msa zaman jepun dlu..
bila dengar cerita tok nek..
semua terlopong..
dahsyat!!

berbalik kepada citer gadis tersebut di rumah tok nek..
" Nani..hang ada keja dak? Tok nek nak mintak tlong ni.." kata tok nek
" apa dia tok nek? habaq mai..boleh ja.." kata gadis itu
" ni...hang tolong jahit kain selimut toknek nie...dh koyak rabak dah..lma dah tok nek nak sruh hampa jahit..jahit bg katup sket dahlaa..xnyamukk" sambung tok nek lagi
"owhh bisa diatur toknek..." jawab gadis itu..sambil menyambut selimut yang diberi oleh tokneknya..

"aikk...ni dah koyak teruk dah ni toknek, dh leh buang nieh..beli ja yang baru.." sambung gadis tu.
( maklumlah kain selimut y ala2 kain tuala mandi tu..lau dh koyak rabak nak jahit cmna lagi kan...?)
"xpalah..leh guna lagi tu..hang jahit ja..bg katup" balas tok nek
" ok...i try..." jawab gadis tu..
( pandai lak speaking budak pompuan ni)
=O

dah siap menjahit...
tok nek pown bg upah RM2 kat gadis tu
" ehh..xpayahla toknek..jahit biasa ja..nani ikhlas..xmaulahhh"
" ambek ja lah..wat p sekolah..ambik..ambik.."
beriya-iya tok nek bg upah kat gadis tu...
Tulah toknek..
apa ja orang tlong dia..semua nak bg upah..
segan lak dibuatnya..
timbul rsa sebak di hati gadis tu...
sensitif katakan..
" terima kasih tok nek"

" ermm tok nek..teringin nak makan kacang rebus nie.." sambung tok nek lagi..
" kacang rebus kat pasaq malam ada lahh..tggu rabu minggu depan ada laa"
kata gadis tu.
"ermm xpalah..minggu depan lau hampa p pasaq malam beli lah sebungkuih kat tok nek.,..
tegha2 teringin nie...sok2 xda nnti..kempunan lak.."
ok..insyaAllah..

seminggu berlalu..
nak jadikan cerita gadis tersebut terlupa nak belikan kacang rebus kat tok nek dia yang teringin sgt nak makan kacang rebus..
dah dua hari
tok nek dia demam..
demam biasa ja...
tapi sebenarnya..ajal toknek dah dekat..
30 hb ogos 2005
pukul 5 pagi..
tok nek telah kembali ke rahmatullah..
innalillahiwainnailahirajiunn..

"NEK TEH"
( bukan nama sebenar)
ntah...ceq pown xtaw nama sebenar tok nek ceq apa..
PUTEH kot..huhuhu
ermmm dah 5 tahun arwah pergi meninggalkan kami semua..
walaupun dah 5 tahun..
tapi tok nek masih segar di ingatanku..
gadis yang berisi bernama nani tulah ceq..
demi Allah..saban hari tok nek msih segar di ingatan ceq..
mungkin ceq cicit yang paling rapat dengan tok nek

ceq terkejut ketika kematiannya..
xsangka..
tok nek meninggal hanya demam biasa ja
muka jenazah tok nek jernih..
masa terdengar berita kematian tok nek..
ceq xnanes pown..ntah..xtahu..
malam tu.. dah selesai semua upacra uruskan jenazah..
dah selamat kebumi..

ceq teringat peristiwa seminggu yang lalu..
ceq tlong tok nek jahit kain selimut tok nek y sebenaq memang dh xleh jahit lagi..
tok nek cakap..teringin nak makan kacang rebus..
tp ceq betoi2 terlupaa
ceq xsangka..tu permintaan terakhir tok nek..
kalaulah ceq tahu..ceq xkan terlupaa
tapi ceq xsengaja...
ceq meraung malam tu...
menangis smpai demam..
baru ceq terasa kehilangannya...
ceq syang nenek sangat2..

sekrang dh 5tahun..
tapi peristiwa tu tetap segar di ingatn
wajah tok nek..gelagat tok nek melatah
masih terbayang...
ceq selalu teringat toknek..
sampai bermimpi2..
kadang2 seolah2 toknek berada di cc ceq...

toknek..cmna toknek kat sana?
mesti bahagia kan?
tok nek orang baek..
semoga toknek di tempatkan bersama orang y soleh..
aminn....
al-FATIHAH utk toknek..

*** nani rindu toknek...ingin sekali menatap wajahmu tok nek yang ku syang..

by:
naniey

December 30, 2009

Ada Apa dengan Citer Seram..?


Sapa yang minat tengok muvie seram? Sila angkat kaki...huhuhuhu
Kenapa ya dalam banyak- banyak tayangan muvie di wayang orang memilih citer seram?
Walaupun citer seram tu xdalah seram..tapi orang suka gak tengok...
pelik..memang pelik...
tapi saya pun suka tengok citer seram..
sebab saya pun pelik kot! @@##
huhuhuhuhu...
Hari jumaat yang lepas, saya ngan mmbe2 dalam 8 orang jugaklah..kluar menontong wayang citer seram taw...
citer"Santau"..
Memang seram daa...naek bulu roma dan segala bulu yang ada..
ahaks...
ermm seperti banyak citer2 seram yang lain..jalan citer dia lebih kurang ja..
seperti yang berlaku secara realiti dalam masyarakat kita..
orang santau melalui makanan...
dan orang yang "terkena" tu..kenalah kaco...
kena rasuk..nampak hantu dsb
4 me dat's is very simple thing..
so..apa yang menyebabkan cerita tu cerita seram?
cerita seram lagi seram bila ada babak suspen. dan music yang mendebarkan..
bila tengok cita santau ni,..banyak babak- babak yang suspen..
babak yang membuatkan penonton keliru dan tertanya2..
sapa yang pembuat santau tu?
orang A ke B?
apa yang terjadi pada mangsa?
Jadi, ini persoalan- persoalan yang timbul.
Dengan rentak muzik yang rancak..mendebarkan..
semua ini boleh menaikkan bulu roma kita...
wahhh seramnyaaa..............huhuhhhhhhuhuh

anda suka tak tengok citer seram?
jomlah kita menjadi pelik...tapi bukan menjadi hantu,,,,^^


Kepuasan Adalah Motivasi yang Terbaik

Assalamualaikum..

Dalam hidup ini...ada macam2 perkara yang kita perlu lakukan.
tak kiralah perkara yang kecil atau pun besar..
Adakala kita terpaksa untuk melakukannya...
Adakala kita memang nak lakukannya...
Kenapa kita lakukannya,..
sedangkan kita tak diberi penghargaan, tak diberi pujian,
tak disogok dengan wang..
Adakah kerana kita hendak mendapatkan kepuasan?
Ya..kepuasan adalah motivasi yang terbaik..
Saya maksudkan di sini adalah motivasi intrinsik ( dalaman )
Kita tengok kenapaseorang pelajar belajar dengan bersungguh- sungguh demi mendapat 8A dalam PMR, 10 A dalam SPM... sebab dia nak kan kepuasan... kadang- kadang ibu bapa tidaklah sangat mendorong dalam pelajaran...Tapi dia sendiri yang memilih jalan untuk berusaha kuat mendapatkan kecemerlangan.. Hasilnya apa yang dihajati tercapai... Apa yang dia dapat adalah kepuasan..
Teringat pula saya pada zaman persekolahan dulu.. Ya, saya akui saya merupakan salah seorang pelajar yang memasang impian untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya sanggup meluangkan banyak masa semata- mata nak kan impian itu tercapai...Saya nak kan kepuasan.. Bukanlah saya nak dapat pujian dari mak abah, nak dapat anugerah pelajar cemerlang, nak dapat hadiah daripada tok wan, tok...tapi sebenarnya kepuasan...saya nak apa yang saya lakukan mendapat hasil yang memuaskan....Jadi saya puas!

Contoh lain...kenapa ada pelajar ipt bangun pagi, lakukan senaman, membuat assingment...sanggup mengorbankan masa tidur,...sebabnya tidak lain nak kan kepuasan.. Mungkin mereka juga bakal menjadi pelajar yang cemerlang.. Apa saja yang kita lakukan kalau bukan kerana duit, bukan  kerana penghargaan dan pujian, tapi sebenarnya adalah kerana kepuasan..

Semoga kita bijak mengatur kehidupan dengan perkara-perkara yang memberikan kepuasan kepada kita..

insyaAllah..=)

December 28, 2009

Tiada Yang Pasti

Aku cuba lari dari dihantui
aku cuba lari dari dibayangi
oleh perasaan takutku sendiri

Terdiam
terdiam aku sendirian
terduduk aku kesepian
mencari jawapan yang pasti

Sepiku
sesepi mawar berduri
selayu-layu wajahnya
tiada seri lagi
sekadar menemani unggas
yang keriuhan
aku cuba mencari
aku cuba memahami
apakah rencana yang ditakdirkan
apakah masalah yang diperkatakan
aku terdiam lagi
mencari erti sebenar jawapan itu
sehingga aku kebingungan dan
ketandusan.

December 25, 2009

HiDUP

 "HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :

Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ... apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya ... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :

Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ... Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ... lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa ... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

Aminn...

December 23, 2009

Kembali Pulang

Salam....ceq dah kembali meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Dah masuk sem 4 dah ceq kat cni.. cepat sgt masa berlalu..Berbekalkan semangat dan azam baru sem ini.Ceq tekad utk mengekalkan pencapaian ceq sem lepas.

Alhamdulillah..ceq puas dengan pencapaian itu. Hari pertama masuk claz, dah dapat assingment...huhu.. gila2 punya tugasan dia..mencabar tu..tapi I like that subject.. Pengurusan Kesihatan dan Persekitaran. Best kan..belajar ttg diri kita..

an hari ini adalah hari ke3 ceq di sem baru ini..semua claz yang ceq masuk untuk kali pertama..semuanya dah dapat assingment. Nampaknya cabaran semakin hangat...(**) . Mungkin Ceq xsempat nak update blog untuk sem ni..

Jadi, kepada bloggers dan kawan-kawan, jangan berkecil hati kalau ceq tak lalu lalang di blog kome ye... Maka, akan bersarang dan bersawanglah blog ceq ni..huhu.. Jika ada masa lapang, ceq akan jalan2 kat blog kome2..ok.. selamat berblog kepada semua bloggers! smile owez...

p/s : Sesibuk mana pun kita..jangan sampai dunia memegang kita...jangan sampai kita membelakangi akhirat.