Peminat Tomyam

August 2, 2010

Alahai Fesyen Tudung..!

Tudung oh Tudung...(bukan tudung periuk mahupun tudung saji tapi tudung utk orang yang bernama perempuan pakai kat atas kepala depa)..Ya..tudung hanyalah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kain..X kisahlah kain jenis apa pon cotton,nilon, tetron (xreti eja) ataupun kain kapan sekalipon..huhu
yang penting tudung fungsinya utk apa?
Mestilah utk menutup aurat kan.. (rasanya budak tadika pon tahu nak jawap ni)

Alkisahnya dalam dunia serba canggih lagi bombastic nie.. segala benda dalam dunia la ni canggih2 belaka.. 
bukan kata henpon saja leh flip flip..tudung pon boleh..haa..xcaya? xcaya sudah...
jom kita tengok pic kat bawah nie mcmna yang dikatakan tdung flip flip y ada la nie..
mai oiii ceq mai....


**credit to enchik google...utk pic2 di atas..

ceq lau nset ni xkesah sgt nak flip flip ka..flip flop ka..tp ni tdung..mau tercekik tengkok ceq maen flip flip..
 Huhu..betoi ka ampa tengok lawa...
Sah sah memang lawa..tp tdung ja la..
Kalu org pompuan pakai memang la lawa..tak dinafikan..tp lawa utk mata fizikal ja..bukan mata rohani..
Adeiii..apa lak mata rohaninya..
Mata rohani tu kiranya sesedap mata memandang seperti mana cantiknya luaran seperti tu gaklah canteknya hati gadis yang memakainya..
Tapi ceq slalu usya pompuan2 yang pakai tdung flip flip nie xda lak nampak cantek dr sdut hatinya..
Ya..memang xleh ukur orang dr luaran saja..mesti kena kenai hati budi kan..
Tapi..kalau hati budi baek pon..xmenutup aurat xguna gak kan..
Sama lah gak kalau menutup aurat pon hati budi xbaek..
Tak ke pelik..
Tdung fesyen sekrang nie..memng direka khas utk mendedahkan aurat ka? dengan singkatnya..jarangnya..nipisnyaa....
xcaya lagi? tengokla pic2 kat atas tu...
Shawl lagilah..walaupun memng xdinafikan design2 agak lawa (ada gak teringin nak pkai) tapi bila fikirkan balik utk apa aku pakai shawl mcm tu? utk agama ka? atau utk menunjuk2??
Penah tengok membe yang pkai shawl..alamak ai...kat belakangnya nampak leher n rambut daaa...
ermm lebeh baek TAK PAKAI TUDUNG kan?? kan sama jaa... betoi x?


Ceq bukan nak berleter ponjang2..sebab ceq memang xlayak pon nak berleteq soal2 aurat ka akhlak ni..sebb ceq pon xperfect sgt...But i'm trying myself to b d best..!!
Sekurang2nya kita (org pompuan/ gadis) ada pendirian..Tak biarkan keadaan menguasai diri kita..BIarlah akal yang menguasai diri kita...betoi x? Boleh ja nak berfesyen tapi pilihlah yang menepati hukum menutup aurat yang sopan dan manis..ada ja tudung fesyen yang labuh menutup dada ckit..xsalah kan3?
Soo..sama2lah kita fikir eh..^_~

p/s: nak up to date buleh...Tapi jgn sampai over dan lupa pada hukum..Hukum tutup aurat tetap wajib. .! ingat tu...=)

firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31]

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud] 

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 

Ya Allah..hindarilah  kami daripada semua perkara yang melalaikan kami dari MengingatiMu dan melaksanakan syariatMu..amin..

2 comments:

CikTomyam said...

:D

Adam said...

betul, Tuhan telah mencipta wanita istimewa bersekali dengan tuntutan menutup aurat agar diri mereka terpelihara ...