Assalamualaikum..salam ramadhan..alhamdulillah bulan sya'ban telah pon berlalu..kini umat islam menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan.. Di kesempatan ini, sy ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA kpd seluruh umat Islam dan kepada sesiapa yang mengenali diri ceq...Posa jgn xposa..Semoga kita sama2 merebut untuk 'topup' pahala2 dan hapus dosa2 y lalu..Xsemestinya dgn solat terawih ja..boleh gak abehkan 30 juzuk membaca Quran, sedekah, qiyamullail dan banyak lagi kan...
Semoga kita berada dalam rahmatNya..
Dari Abi Hurairah beliau berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
No comments:
Post a Comment