M A L A S satu sikap yang sering mengantui CT sekarang nie..sangat malas hampir setiap hari. Malas nak bangun pergi kerja. Lepas bangun solat subuh dan manidi, boleh pula tidur balik, walaupun tak nyenyak tapi malas nak bangun pergi kerja. Perangai huduh sungguh kan.. macam nak bagi pelempang kat diri sendiri. Tapi memang rasa malas dan mengantuk, lepastu boleh bagi alasan kat Bos tak sihat nak ambil cuti. Memang sifat yang huduh kan?
Huduh sungguh perangai malas tu bila kena pada anak dara kan. Ct pulak baru genap sebulan ja kerja. Tetapi langsung tak semangat apabila bangun pagi dan lepas solat, mandi dan siap boleh tidur balik. Huduh betoi...kan??
Lepas bangun, CT akan kunci jam balik, extend tidur..HUDUH toi..!
CT ada kesedaran juga tentang sikap huduh Ct nie (apa ingat orang tak insaf ke) huhu.. Selalu ja terfikir macam mana aku nak ubah perangai buruk aku ni. Ni bujang dah malas-malas, nanti dah berlaki, beranak pinak pagi-pagi mesti sibuk sediakan sarapan dan siapkan pakaian depa kan. Tapi, kenapa cuma ada kesedaran tetapi tak ada inisiatif untuk berubah?
Erm..sebenarnya CT ada dapatkan beberapa info daripada Pakcik Google tadi, MALAS ni adalah sikap yang berpunca daripada masalah minda atau masalah psikologi..(alamak..CT tak gila ok..! waras lagi neh..!)
"Kebiasaan malas timbul kerana kita cenderung mengaitkan masa depan dengan persepsi negatif. Anda menangguh pekerjaan karena cenderung membayangkan setumpuk tugas yang harus dilakukan di pejabat. Belum lagi berhubungan dengan orang-orang yang anda tidak sukai, misalnya.
Dalam beberapa hal, Anda pun mungkin akan kehilangan momen untuk berkembang ketika Anda mengatakan “tidak” terhadap sebuah kesempatan –Anda malas bertindak karena bayangan negatif tentang hal-hal yang memberatkan didepan."
Nah, segenuak fakta yang mana betul dengan apa yang CT alami. Ok, sebenarnya CT memang dah set dalam minda yang CT kurang berminat dengan kerja yang dilakukan di opis CT. Kerja CT sangat simple, tetapi nak selesaikan kena buat banyak kali dan ambil masa yang lama. Nak tau kenapa? Ok, CT ambil contohla, CT kena call pensyarah untuk dapatkan pengesahan sama ada depa free tak pada tarikh sekian. Tetapi nak call pensyarah tu punyalah berjuta (tipu ja) kali call, tapi tak da juga yang diangkatnya. Dari hari isnin sehingga hari nie (Khamis) pagi dan petang CT call nombor yang sama, pensyarah yang sama tetapi tak dijawab. T_T Sadis taw..macam orang bodoh saja kan?
Kadang-kadang tugas CT kena hantar emel kepada pensyarah untuk dapatkan maklumat tertentu, contoh Tajuk Persampelan bla..bla..Tetapi dah 3 minggu emel dihantar kepada 30 orang pensyarah cuma yang respon 4 orang ja. Dan..CT ambil insiatif hantar sekali lagi emel PERINGATAN, tak da juga yang respon. Hampeh..! Frust taw tak, macam buat kerja tah apa-apa... Ditambah pula bos selalu nak update maklumat yang diminta tuh. Tapi jawapan CT bagi mesti hampa kan? Dahtu ,nak buat macam mana, CT dah usaha macam-macam, tapi kerjasama dari orang tu susah bebeno nak dapat. Saborrr je lahhh....!
Tu antara tugas CT kat opis, nampak macam gampang kan? Rasa fedup kadang-kadang hentak ja talipon opis tu (tanda protes) Tapi tak da juga perubahan huh. Itulah antara punca CT malas nak p kerja, di samping sebab utama :
1. Membayangkan tugas yang tak mencabar dan hampeh kalau buat pun.
2. Berhubung dengan orang-orang yang susah nak dapatkan kerjasama.
3. Tak da kawan ( CT sorang ja jawatan RA Sosial kat sini, yang lain semua pegawai sains dan selalu tak da kat opis)
Dan..apa nak buat, tak kan CT nak dok di takuk lama ja, tak kan tak nak berubah untuk pencapaian diri yang lebih stabil kan..? Oii..CT tak kan biarkan begitu sahaja. Antara tips nya:
1. Yakin pada diri dan cakap 'Saya Lakukan Ini kerana Allah SWT'.
2. Fikirlah 'Pengalaman lebih Berharga walaupun tugasan macam orang bodoh'
3. Bersyukur tugas tak susah.
4. Kita bukan manusia sempurna..
InsyaAllah CT akan berubah menjadi orang yang rajin macam sebelum nie, (rajin ke?)
Apa-apa pun CT bersyukur sebab dapat tawaran ikut program Sektor Awam, maknanya CT akan berkhidmat sepenuhnya dengan sektor awam nie, sebab CT ni pemegang biasiswa JPA masa belajar dulu. Program nie baru ja dilancarkan oleh PM kita dan CT bangga juga sebab terpilih ntuk sertai pada batch pertama nie (Oktober 2011).Hanya 40 orang ja yang sertai. Gila tak riak kan? Haha =D Program tu dinamakan Talent Acceleration in Public Service (TAPS). Nak tau lebih lanjut sila klik SINI.
Alhamdulillah, selama ni CT bersabar dan Allah murahkan rezeki CT, terima kasih Allah..
Terharu =')
P/s : Lepas ni lehla ucapkan Baibai Ekomar...!! Babai Boss..!!^^
Don't be lazy ok..!
No comments:
Post a Comment