Peminat Tomyam

September 23, 2012

Nota Untuk Bakal Mak Mertua (P)

(Versi Bakal Menantu Perempuan)

Assalamualaikum..

Hai Mak..! Opsss...makcik..apa khabar? Harap sihat hendak-Nya. Tujuan saya menulis nota yang tak seberapa formal ini adalah untuk memberi beberapa penjelasan mengenai persediaan secara lahiriah dan batiniah sebelum berlangsungnya pernikahan saya dan anak makcik nanti. Tapi makcik anggap je menulis nota ini macam menulis minit bebas kepada Ketua Pengarah atau KSU sebab betapa susah dan nervousnya nak buat ayat khas untuk makcik tau.

Makcik,

Sepertimana yang makcik telah ketahui (kalau tak tahu pun memang saya nak bagitahu), saya dan anak makcik telah mengenali antara satu sama lain setelah lebih kurang setahun dan sama-sama menyukai. Jadi, kami bercadang untuk meneruskan perhubungan ini selama-lamanya (maknanya nak nikah la..faham-faham je lah dah gatai ni). Sebagai menantu perempuan sulung, saya memang dah sedia maklum dan faham bebeno bahawa majlis yang julung kali bakal diadakan nanti adalah berkonsepkan meriah, gojes, glamer dan kebabom…(maklumlah pertama kali terima menantu)..Tapi..inilah tujuan saya menulis nota ini bagi ‘mengenalpasti’ dan ‘mencadangkan’ beberapa agenda bagi ‘memeriahkan’ lagi majlis kami nanti.

Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut, sukacitanya saya ingin memaklumkan serba ringkas mengenai latar belakang dan personaliti saya supaya makcik tak dapat darah tinggi dan sakit jantung apabila membaca agenda-agenda yang ingin disenaraikan sebentar lagi . Diharapkan kesihatan makcik bertambah mantap dan hebat selepas membacanya. Insya-Allah. Makcik, saya seorang perempuan yang simple (serba ringkas), sempoi dan agak kedekut. Saya bukanlah seorang perempuan yang suka mekap. Jadi, nanti masa nikah atau kahwin, saya rasa tak nak mekap boleh? Kalau nak nampak berseri jugak, boleh pakai bedak,  lips ice dan sedikit eye linear. Bulu mata palsu, eye shadow, eye bag, eye contact, black eyed peas, tak payahla.. Kan simple je kan makcik. Mekap sendiri je, tak payah upah juru mekap. Lagipun boleh terus solat zuhur dan asar tanpa perlu ambil cuti kecemasan (EL) seperti mana kebanyakan pengantin perempuan buat masa kenduri kahwin sebab leceh nak mekap balik. 

Selain itu, dari segi pakaian, saya nak pakai baju kurung moden biasa yang tak banyak kerawang dan tak banyak labuci.. Saya memang jenis erba ringkas, tak suka serabut.. Paling minimum pun 2 pasang baju sudahla…Tak payah membazir. Tudung pun saya akan beli di pasar malam RM10-RM20 je. Kasut tumit tinggi memang saya tak mampu pakai makcik, sebab saya tak biasa. Mungkin boleh pakai wedges je kalau nak tinggi jugak.

Bagi memberkati majlis pula, saya sarankan kita bagi doorgift berupa benda yang boleh diguna pakai untuk masyarakat sejagat seperti lampu suluh, tuparware, minyak gamat, pengepit kuku, sikat rambut, senduk dan gula-gula. Kebanyakan barang-barang tersebut boleh didapati di kedai RM2 je. Kan dah jimat tu..

Manakala dari segi hiasan dalaman mahupun luaran termasuklah persembahan, saya sarankan bahawa tiada penggunaan pelamin, kalau pengantin nak bergambar dengan keluarga dan sanak saudara pun boleh menggunakan kerusi plastik dan latar belakang gambar pemandangan yang cantik menggunakan pancaran projector kepada skrin putih atau dinding melalui laptop. Boleh google untuk mendapatkan gambar-gambar pemandangan dan hiasan pelamin yang cantik bangat! Projektor boleh pinjam di pejabat-pejabat berdekatan. Dari segi persembahan muzikal, saya sarankan tiada penggunaan sebarang lagu atau muzik yang akan berkumandang walaupun nyanyian nasyid kerana biarlah majlis nanti akan berlangsung dengan tenang dan diberkati oleh-Nya.

Seterusnya, bab jamuan dan kudapan, saya serahkan kepada makcik bulat-bulat sebab saya tahu makan je. Kalau betul-betul makcik nak jimat, saya boleh cadangkan makcik buat kenduri pada bulan puasa. Boleh ke makcik?

Sehubungan dengan itu, segala perhatian dan kerjasama dari pihak makcik amatlah saya hargai. Sebarang kesulitan amatlah dikesali. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di kaunter pertanyaan atau bolehlah hubungi hospital sakit jiwa jika tekanan darah makcik naik mendadak.

Ok. Bye!

Yang Ikut Suka Hati,
Bakal menantumu.

Baca : Nota Untuk Bakal Mak Mertua (Versi Menantu Lelaki)

September 20, 2012

Aku Insaf Tak Kan Kutuk Bapuk Lagi..

Sejak kejadian itu, aku diburu rasa bersalah yang amat sangat. Aku sedar selama ni aku terlalu lalai dan perasan diri tu bagus. Aku terlalu memandang ke atas, tapi aku lupa untuk melihat juga di bawah. Beliaulah insan yang berjaya menyedarkan aku. Akhirnya dia bawak aku ke pangkal jalan. Aku berjanji tak kan ulang lagi perbuatan tu. Aku bersalah wahai akak eh abang..eh abang ke akak nie?...muahahaha.

(Propa gila kan ayat aku nak menunjukkan betapa insaf dan bertaubatnya aku akibat kejadian yang menimpa aku tempoh hari..HAKHAKHAK)

Perkataan "bapuk" dalam tajuk entry kali ni aku maksudkan seorang makhluk yang sopan dan boleh menyerupai dua wajah dalam satu masa iaitu sekali tengok macam lelaki dua kali tengok macam perempuan atau sebaliknya. Hakikatnya dia lelaki berciri-cirikan kewanitaan..Auwww...curlastttt gitewww jahh..

Salah satu hobi masa lapang aku adalah skodeng bapuk..

Wahh hobi pun macam gengster kan. Kau mampu macam nie? Sambil skodeng tu sambil kutuk-kutuk la.. Kata gengster kan..

Tempat paling strategik aku melakukan kegiatan 'mulia' aku ni adalah di BB (Bukit Bintang). Kat BB segala kategori bapuk korang boleh jumpa.. Bestt gilerrr skodeng..auwwwww...

Kalau nak tau, ada la sorang kakbang tu memang dh lama aku n membe aku usya..kira kalau p BB, mesti cari kakbang tu punyalah..Dia keja kat satu kedai kosmetik yang pemes kat situ.

Kakbang nie kalau dia jalan..mak aihhh..kalah lenggok mak limah noksss...
Kalau dia pandang...perghh pandangan mata dia tajam dan mencengkam butang baju cekak musang gitew..
Kalau dia berpakaian...perghh seksi dan seksa kalah neelopakk...
Kau mampu gitew nokss?

Mata kami yang kaki skodeng ni pun tengok tanpa berkelip-kelip dan air liur meleleh (akibat tak tutup mulut). Air mata turut meleleh disebabkan mata tak berkedip terlalu lama..pedih woo mataku! (Gila propa ayat dan sangat metafora ok)

Sampailah stau hari tu, aku memang terkezut babun tua la..kami terserempak dengan kakbang tu..dan dia pakai baju yang memang rare gila dari biasa...kira aku yang perempuan tulen lagi asli nie tak pernah pakai la baju camtu. Ala-ala hawaiiyiee giteww nokss..Kau mampu pakai camtu? huhuhu..

(nanti aku try cari gambar yang sesuai untuk digambarkan..sekarang masa tak sesuai..huhu)

Hot kan?
Dengan cara dia jalan lenggok mak limah lak tuu..
Aku yang berwajah serius ni akhirnya tergelak jugak tanpa dapat dikawal lagi..
Membe aku pun turut tergelak..

HAHAHAHHAHAHA!!
 
Dan kakbang tu pun berselisih jalan dengan kami..

Lalu dia berkata: "Gelak-gelak apa hal????" (sambil beliau cekak pinggang)

Sekali lagi aku terkezut babun tua..

Ayat tu satu hal..satu hal lagi suara dia....arghh GARAUNYAA....

Aku apa lagi..

Terus cabut lari (bayangkan la dalam shopping complex berlari-lari camtu..mesti orang ramai tengok semacam dan ingat kami adalah pencuri yang kena kejar) HAHAHAHAHAH!!

Sejak hari tu,

Aku Insaf Tak Kan Kutuk Bapuk Lagi..

HAHAHAHA!!!

P/s: jahat gila entry nie..jatuh saham kemuslimahan aku.=p



September 19, 2012

Kau Dah Ada Pakwe Ke?

"Kau Dah Ada Pakwe Ke?"

Tanya seorang perempuan yang lebih tua dari aku.

Amboii..
Soalan tu macam poyo je?

Bajet la kan kalau aku jawab "Asal lak takda?"

Tapi lagi bajet untuk jawab soalan yang ditanya sebelum soalan di atas tu. Taw ke soalan apa?

"Kau bila nak kahwin?"

Amboooiiiiii...
Awatnya dah desperate sangat ke aku nak kalut-kalut kahwin di usia muda remaja (sangattt) sekarang ni? Dah tak da masa depan lain ke nak fikir? dan yang penting dah banyak duit berjuta-juta ke dalam simpanan???!! Hak hak hak =D

Tu soalan asas kepada wanita-wanita yang berumur 20-an dan muslimah (sangatttt) macam aku ni kan..

Aku dah lali la soalan macam tu..Akibat dah terrrbiasa gilerr dengan soalan macam tu. Aku dah ada skrip jawapan untuk aku jawab kalau disoal "Bila kau nak kahwin?" 

Cadangan jawapan (sila jawab mengikut masa, keadaan dan siapa yang bertanya)
1. Kalau perempuan bujang tanya
Jawapan : Kau sibuk tanya aku, kau tu bila?

2. Kalau lelaki bujang tanya
Jawapan : Asal kau nak masuk meminang aku ke?

3. Kalau perempuan sebaya mak kita atau tua tanya
Jawapan : Makcik, jangan risau nanti saya jemput makcik sekali ok.

4. Kalau lelaki dah berkahwin tanya
Jawapan : Maafla, kalau saya taknak kahwin sampai tua pun, saya tak nak jadi bini no 2/3/4 kau. So kau kisah?

5. Kalau bakal mak mertua tanya
Jawapan : Esok pun boleh makcik..woha!

Tapi jawapan aku yang paling senang dan relevan untuk semua keadaan, semua tempat dan semua golongan ialah:

"Sukahati aku la nak kahwin bila pun. Problem?"

Hahahahaha.

Eh..agak kuranghajaq la jawapan camtu. oklah aku bagi jawapan sopan lagi santun untuk korang jawab.

"Kalau Allah dah tetap lelaki tu jodoh kita, macam tu rezeki kita, bila masa kita akan kahwin, akan sampailah masanya, toksah dok kalut benda yang tak pasti".

Kan..sopan sangattttt kan...muliaa gitewww...Grrrr...

Kan..sure lepas-lepas tu depa tak kan tanya dah..

Tapi berbalik kepada soalan di tajuk entry ni " Kau Dah Ada Pakwe Ke", soalan ni kalau orang tanya aku, aku selalu main psiko ngan orang tu balik. Aku akan suruh dia teka pulak, aku ni ada pakwe ke tak..

Bagi situasi ni, ni jawapan perempuan tu kat aku.

"Errmmm..tahla hang ni nampak gengster. slumber ja..Kau mesti takdak pakwe kan?"

WHAT??
 tak baik auww tuduh orang gengster...OMG!

Aku yang sopan lagi tawaduk ni beliau kata gengsterr...Grrrrr....
Ok..ok fine (gaya shuib Sepah)..

Terus berlalu dengan gaya jalan ala-ala samseng kampung dusun.

Betulke aku gengster? Aku kaki pukul? Next entry aku cerita sebab apa gelaran aku dapat kejam camtu sekali..hukhukhuk..


July 4, 2012

Menyambut Nisfu Sya'ban..Sure Awesome!^^

Masuk maghrib nanti bermaksud masuklah malam nisfu Sya'ban.. Aku tak taw kenapa aku excited, aku ni tak dalah alim dan warak sangat. Tapi aku rasa ni je masa yang terbaik untuk aku  'sucikan' diri aku yang banyak giler dosa, seyes banyak gila dosa kecil dan besar aku...Lalai betul aku dalam dunia ni, kalau nak listkan dosa-dosa aku, kira macam boleh hasilkan satu novel!! Banyak kan...

Aku tak ada persiapan yang aku buat untuk tunggu nisfu Sya'ban ni, kecuali aku tengok kalendar banyak kali supaya aku tak salah tarikh. Lagipun tahun lepas, aku tengah 'cuti bulanan', jadi sambutan Nisfu Sya'ban adalah hambar sekali..T_T...

Aku harap aku tak perasan sibuk malam ni nak sambut kedatangan Beliau..huhu.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”     (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Baca hadis ni je aku dah excited..!^_^

Nisfu Sya'ban 
1) Waktu mujarab untuk pohon Allah akan ampunkan dosa-dosa kita..
2) Waktu mujarab untuk pohon Allah murahkan rezeki kita..
3) Waktu mujarab untuk pohon bebas dari segala kesulitan/bala/kesusahan

Mungkin banyak lagi hikmah dan kebaikan Nisfu' Sya'ban ni yang kita tak tahu tapi Allah tahu. tapi yakinlah wahai saudara/saudari sekalian, janji Allah itu benar..cuma kita kena usaha, doa dan tawakal je^^



Amalan Malam Nisfu Sya'ban

A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita.

C. Solat-Solat Sunat:
  • Solat Sunat Mutlaq
  • Solat Sunat Isyraq
  • Solat Sunat Dhuha
  • Solat Sunat Rawatib
  • Solat Sunat Awwabin
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Tasbih
  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir.
 D. Membaca Al-Quran dan memperbanyakkan sedekah.

Sesungguhnya Malam Nisfu Syaaban ini adalah kesempatan untuk menyuci dan memperbaiki diri dengan meminta ampun dari segala dosa bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Oleh itu, sewajarnya kita memperbanyak melakukan amalan soleh pada malam berkenaan sebagai satu medan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak.

 sumber: LINK

wihu...tak sabarnya..semoga dipanjangkan umur untuk menikmati Nisfu Sya'ban..insyAllah..

p/s: kalaulah sambutan Nisfu Sya'ban seolah-olah macam sambutan tahun baru..semua orang excited menantikannya..kalaulahhhhhhh....hmm..



June 28, 2012

Bukan Kau yang Aku Cari Selamani..

Aku telah lama menunggu..aku menunggu sejak dulu, aku setia menunggu, aku yakin kau akan datang jua menemani hidup aku. Aku perlukan kau. Sebab tu aku tunggu kau. Biar berjuta tahun, aku tetap akan menunggu.

Kadang-kadang aku seakan berputus asa. Kenapa kau tak menjelma di saat aku perlukan kau. Aku tak demand kau adalah seorang yang sempurna. Tapi cukuplah kau faham aku, setia pada aku dan sayang aku. 


Kau...

Akhirnya setelah lama menunggu, kau muncul jua.

Aku gembira. Aku mengaku aku tersangat gembira. Terima kasih Tuhan, Kau datangkan dia dalam hidup aku sekarang.

Hidup aku bersinar kembali. Selama ni ramai yang datang dalam hidup aku. Tapi mereka tidak menepati ciri-ciri yang aku nak. Maka, hubungan kami tidak lama. 

Pada mulanya, aku memang yakin kaulah yang aku cari selama ini. Kau mampu membuat aku ketawa dan ketawa bersama-sama aku. Kau sangat sporting dan kau jua memahami aku. 

Tapi malang sungguh, semakin lama mengenali kau, semakin kau tunjukkan diri kau yang sebenar. Tahniah kau tak hipokrit.

Aku mula mencurigai sikap kau.

Kau ajak aku leka bersama-sama kau, kau selalu sengaja melambatkan solat.

Kau ajak aku menyusahkan diri bersama-sama kau. Kau suruh aku teman dan tolong kau macam-macam tapi kau tak pernah nak tolong aku.

Kau selalu bercerita mengenai kekasih dunia kau.Kau ingat kau seoang ada kekasih?

Kau jarang dengar aku bercerita, tetapi kau je yang selalu bercerita pasal kisah kau yang aku rasa aku pun buat tiap-tiap hari. Kau suka membebel.

Kau jarang berbincang hal keagamaan dengan aku. 

Kau tak hormati keputusan aku. Kau rasa kau je yang betul.

Kau suka membazir dan selalu aku tak sabar kalau keluar shopping dengan kau. Penat nak ikut bontot kau cari baju sehelai je. Aku pula bukan jenis minah shopping.

Kau selalu lambat bersiap. Dahla kau bangun lambat. Aku tak ada masa nak tunggu kau belek bulu muka satu-satu... tahu?

Kau hanyut dengan panahan kecantikan dunia. Kau selalu berhias untuk kaum ajnabi. Aku bosan dengan kepalsuan diri kau itu.

Kau selalu pakai ketat-ketat dan singkat-singkat konon untuk cantik. Tapi kau tak sedar ke aku yang sejenis dengan kau pun geli?

Kau..kenapa kau tidak langsung menepati ciri-ciri yang aku tunggu selama ni?

Sahabat..susah untuk mencari sahabat sejati yang bersederhana dari segala cara. 

Aku tak pernah demand menginginkan sahabat yang baik akhlaknya, kerna aku juga manusia yang tak sempurna.

Tapi cukuplah, kau bersama-sama aku menjadi sahabat di dunia dan akhirat. Kau bimbing aku, aku bimbing kau. Kita sama-sama membimbing Kau tegur aku, aku tegur kau. Kita sama-sama menegur. Tapi kau datang seolah-olah mahu menghancurkan dan menjebakkan diri aku yang sedia lemah iman ini ke arah kehancuran.

Sahabat..

Aku perlukan kau sebagai orang yang selalu menasihati aku, mengingatkan aku kepada kematian, dan menyedarkan aku dari lalai. Aku tak mampu menjalankan tugas ini seorang diri. Jadi, aku perlukan kau.

Kawan..

Ramai yang datang dalam hidup aku silih berganti.

Tapi..bukan kau yang aku cari selama ini. Kita hanya sekadar kawan. Bukan sahabat.

Dan aku..

Aku akan terus menunggu...aku tak akan putus asa.

p/s: Mana nak cari sahabat sejati weh?



June 27, 2012

Orang Bertanya..Aku Menjawab..

Kadang-kadang mereka sering 'mengambil berat' terhadap diri aku. Aku pun rasa teruja dan gila bangang sekali. Yalah aku yang entah siapa-siapa ini mereka suka 'ambil berat'. Dan aku mengaku aku propa bahawasanya 'ambil berat' itu bermaksud menyibuk dan mereka merasakan mereka bajet bagus dari aku yang selekeh ini. Mereka ingin tahu sangat kenapa aku buat begitu, kenapa aku buat begini. Aku tanpa rasa tidak malu dan menghargai pertanyaan mereka. Maka mereka pun bertanya.....dan aku pun menjawab..


Orang bertanya : "Kenapa kau pakai stokin? Pakai sendle pun nak pakai stokin"
Aku menjawab : "Aku pakai sebab Tuhan aku suruh tutup aurat. Kaki pon termasuk aurat. Pakai stokin bukannya wajib, tapi tu je cara senang aku nak tutup aurat kaki aku. Apa hang ada cara lain?"

Orang bertanya : "Aku tengok muka kau lesu ja. Kau tak mekap ka? Mekap la baru lawa"
Aku menjawab : "Seyes aku malas nak mekap-mekap ni. Aku jenis simple lagipun bertabarruj itukan haram. Aku lebih suka benda yang original bukan fake. Duit aku pun jimat.."

Orang bertanya : "Kau ni pendiam eh? Tapi kadang-kadang aku tengok banyak cakap jugak dengan orang tertentu"
Aku menjawab : "Aku memang pendiam. Aku juga banyak cakap. Aku hanya bercakap banyak dengan orang yang aku selesa. Aku lebih suka diam dan berhati-hati dengan orang yang aku tak kenal dan tak rapat. Manusia ni macam-macam jenis. Lagipon, banyak bercakap kadang-kadang boleh menyakitkan hati orang kan.."

Orang bertanya : "Aku tengok cara kau berhati-hati je pilih kawan..Yaka?
Aku menjawab : "Opkosla..aku suka kawan dengan orang yang sederhana dan tak menyusahkan. Aku paling pantang kawan yang tak boleh berdikari dan banyak songeh. Yang penting kawan tu buka jenis hari-hari cerita pasai pakwe dia..memang pegi mampusla aku nak layan cerita tu semua!.."

Orang bertanya : "Kau tak nak beli kereta ke? Kau kan dah ada gaji, dah mampu pun beli kereta"
Aku menjawab : "Memang aku mampu, tapi mampu bayar deposit je lah, Kalau aku beli sekarang, bulan-bulan kena hutang jugak. Aku tak nak berhutang dan menyusahkan keluarga aku..Lex lu..hidup masih muda, mana enjoy muda-muda dah berhutang.."

Orang bertanya : " Aku tengok kau asyik pakai baju yang sama je.. Tak bosan ke?"
Aku menjawab : "Aku ni jenis kedekut, tak suka membazir dan setia. Nak bertukar-tukar tunggu benda dah expired la beb...Ada paham?



Orang bertanya : "Kau ada pakwe?"
Aku menjawab : "Ada..tapi  kadang-kadang aku tak rasa pun dia pakwe aku, sebab kami jenis bangang sikit (sikit je ok), suka main kutuk-kutuk, kutuk orang, sepak menyepak, buli membuli...memang tak suweet laa.. Ayat kami guna pun camni 'Wei gemuk'..'Ko ni bangang doh'..hermm Kau mesti tak caya kan?"


Orang bertanya : "Kau selalu ke makan kat restoran atau food store yang standard?
Aku menjawab : "Sorryla..taste aku gerai tepi jalan..dapat makan laksa dan cendol tepi jalan memang terangkat..Kau nak taw tak Pizza Hut tu hari-hari aku lalu, tapi tak pernah singgah pun.."

Orang bertanya : " Kenapa kau tak tukar henpon baru. Pakaila Blackberry ke, iPhone ke..Android"
Aku menjawab : " Malas aku, aku nie jenis yang loklaq dan tak cermat..Pakai henpon mahal-mahal letak merata-rata buat hapa? Henpon ni pun aku beli sebab henpon aku dulu rosak. Kalau tak memang sepanjang zaman la aku pakai henpon buruk tu."

Orang bertanya : "Kalau kau marah orang..Apa kau buat?"
Aku menjawab : " Kalau aku boleh bersabar, aku diam ja..buat bodo ja kat orang tu. Kalau aku tak boleh bersabar, memang aku tegur direct ja orang tu"

Orang bertanya : "Bila kau nak kahwen?"
Aku menjawab : "errrr.....Mak mertua aku, eh bakal mak mertua aku tak mai pinang aku lagi..macam mana nak kahwen? hahahaha"

Aku manusia yang juga tak sempurna. Macam korang. Tapi aku cuba jadi yang terbaik, terutama di depan Tuhan Aku, Allah SWT. Aku pun penat, penat nak jaga pandangan orang, tak kanla semua benda nak cover. Biarlah orang nak kata apa kat kita, janji kita jadi diri kita yang sebenar kan? Apa-apa pun yang wajib jangan lupa buat!


June 23, 2012

Tunggu Aku Sat


Tunggu aku sat..
Aku tahu korang hebat..
Bawak motor laju macam kilat..
Menyelit celah kereta bukan main ligat..
Tayar depan belakang dua-dua boleh angkat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jelita bak model berbakat..
Berlumba-lumba pakat nak tunjuk aurat..
Masing-masing nak pakai baju ketat tak cukup sifat..
Kalau tak pun pakai baju singkat nampak pusat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jiwang karat..
Dating berdua duk lawan peluk siapa lagi erat..
Lepas tu mula la perut yang kempis jadi bulat..
Akhirnya dapat anak dibuang merata tempat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang smart..
Dah habis belajar nanti nak kerja dalam pejabat..
Gaji mahu beribu-ribu ada impian nak kaya cepat..
Tapi tak ada maknanya kaya cepat kalau tak mahu keluar zakat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang tokoh korporat..
Pantang ada projek pasti dirembat..
Pembangunan negara kita pun makin meningkat..
Tapi ingat tempat maksiat pun akan tumbuh macam kulat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jahat..
Aku pun sama jahat..
Tapi kita sama-sama la peringat..
Tak lama lagi dah nak kiamat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang bangsat..
Aku pun sama bangsat..
Ingat la wei, mati tu amat dekat..
Ingat la woi, ajal tak akan lewat walaupun sesaat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang keparat..
Aku pun sama keparat..
Aku takut nanti kita kena laknat..
Oleh malaikat dan Allah yang Maha Hebat..

Tunggu aku sat..
Aku tahu korang jahat, bangsat dan keparat..
Aku pun sama jahat, bangsat dan keparat..
Marilah kita sama-sama bertaubat..
Sementara masih sempat, sebelum kita terlambat.

credit to : kainkapan.

June 20, 2012

Nasib Baik Sempat Tekan Brek




Sebuah kereta Honda Civic yang dipandu laju oleh lelaki untuk pulang ke kampung halaman bersama isteri dan anak-anaknya yang tersayang bergerak menyusur di atas jalan raya biasa. Kereta dipandu laju di jalan yang lurus dengan sangkaan jalan yang lengang itu adalah selamat walaupun dipandu laju melebihi 100 km/j. Tiba-tiba sebuah Proton Saga datang dari arah sebelah kanan terus menyusur keluar dari simpang tiga lebih kurang 100 meter di hadapan.. Streetttttttttttt… bunyi kebingitan pedal brek ditekan dengan kuat…

“Fuhhh…nasib baik sempat tekan brek” kata lelaki berkenaan setelah keretanya berhenti betul-betul di sebelah Proton Saga itu.

Walaupun brek mengejut yang ditekan itu berjaya menghentikan pergerakan kereta daripada merempuh kereta yang sebuah lagi, namun mereka masih terkejut dengan kejadian yang tidak disangka akan berlaku itu.

“Itulah abang, pandu laju sangat.. kan saya dah cakap tadi..” keluh si isteri yang berada di sebelah.

“Kereta tu yang salah, keluar simpang tak berhenti dulu..”

Dua orang anak mereka yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa yang sedang berlaku masih terpinga-pinga. Seorang daripada mereka menangis ketakutan.

“Alhamdulillah.. syukur kita selamat sayang.. nasib baik Abang sempat tekan brek” kata lelaki itu lagi.

Ungkapan ‘nasib baik sempat tekan brek’ seolah-olah menyamai ungkapan ‘nasib baik sempat elak’, ‘nasib baik aku tak pergi sana semalam’, ‘nasib baik aku tak buat perkara tu’, ‘ nasib baik aku tak jumpa dia’, ‘nasib baik aku datang hari ini’ dan macam-macam lagi ungkapan yang seerti dengannya.

Dan diikuti dengan ungkapan ‘Kalau tidak……bla, bla dan bla..’

Inilah persepsi kebanyakan manusia apabila terselamat daripada kejadian yang tidak diingini terus merasakan nasibnya baik walaupun mereka telah melakukan perkara-perkara yang terlarang dan tidak mengambil sebarang langkah pencegahan terlebih dahulu. Tetapi selepas itu, mereka mengulangi perbuatan yang sama seolah-olah tiada nilai keinsafan dalam diri mereka.

Apa punca semua ini? Apakah kita tidak pernah mengambil iktibar daripada perkara yang telah berlaku sebelum ini? Atau kita harus menunggu terjadinya sesuatu yang buruk kepada diri kita mahupun keluarga kita baru hendak terngadah?

Apakah kita hendak memakai topi kelendar ketika menunggang motosikal dan mematuhi had laju ketika memandu kenderaan setelah kita parah akibat kemalangan?

Apakah setelah kita dirogol baru hendak menutup aurat sepenuhnya?

Apakah setelah ibu bapa kita meninggal dunia baru kita hendak menziarahi dan berbuat-buat baik kepada mereka?

Apakah kita perlu menunggu Malaikat Maut datang untuk mengambil nyawa baru kita terkocoh-kocoh hendak bertaubat?

Apakah setelah kita dihumban ke Neraka Allah baru kita hendak menunaikan segala perintahNya yang selama ini kita ingkar?

Astaghfirullahala’zim…

Kita tak mahu semua ini berlaku, tetapi kita masih tidak sedar. Kenapa? Kenapa kita masih hendak menunggu saat ‘brek ditekan’? Kenapa kita tidak mahu mengambil sedikit masa untuk mengambil langkah pencegahan?

Mendengar Nasihat Orang Lain

Terjatuhkan ego anda apabila anda mendengar nasihat daripada orang lain? Seeloknya pandangan orang lain diambil kira terutama dalam membuat sesuatu keputusan. Kenapa perlu ego? Adakah kita sudah hebat sehingga tidak memerlukan pendapat orang lain?

Sikap tidak mahu mendengar ‘suara’ orang lain adalah antara sikap pentingkan diri sendiri. Orang yang pentingkan diri sendiri hanya mahu mengikut suara nafsu dan keinginannya saja, padahal perbincangan bersama mempunyai seribu keberkatan.

Ketepikan pangkat dan darjat untuk mengambil pandangan orang lain. Ketepikan status dan kuasa. Contohilah Nabi Sulaiman a.s yang sanggup mendengar suara dan pendapat luar walaupun daripada seekor burung hud-hud mengenai negeri Saba'.

Begitu juga Nabi Muhammad s.a.w mendengar pendapat dan pandangan sahabat, kemudian bersama berfikir mengenai cadangan dan akhirnya memutuskan kesimpulan yang dipersetujui. Bukankah itu memberikan kejayaan?

Dalam kehidupan ini, ada 3 suara yang kita perlu dengar, iaitu suara mereka yang dekat dengan kita seperti suara hati suami, isteri, anak, teman dan sahabat kita, kedua ialah suara pelanggan kerana kadangkala ilmu dan hikmah datang daripada suara mereka dan ketiga ialah suara lawan kerana melalui kritikan mereka kita tahu kelemahan diri kita.

Manakala seorang suami sepatutnya mendengar pandangan daripada isterinya dan tidak memperlekehkan walaupun pandangan tersebut tidak bernas.

Mulai sekarang marilah kita belajar mendengar nasihat orang lain, bukan sahaja kata-kata tetapi juga perasaan mereka.

Elak Pisang Berbuah Dua Kali

Kesilapan yang pernah dilakukan memang perlu diambil pengajaran untuk kita ketahui kelemahan diri dan seterusnya memperbaiki diri. Tetapi bagaimana jika kita asyik mengulangi kesilapan yang sama sahaja? Adakah itu merupakan suatu usaha untuk memperbaiki diri sendiri?

Oh..tidak! Jangan ulang kesilapan yang sama berulang-ulang kali, sebab nanti kita tidak jumpa jalan untuk berpatah balik.

Mengulangi kesalahan yang sama mencerminkan peribadi kita yang teruk. Manakan tidak, seorang yang berjalan dan jatuh longkang pada hari pertama, adakah dia akan lalu di jalan yang sama dan jatuh longkah lagi untuk hari kedua? Tidak kan!! Kalau ya, memanglah patut dia dikatakan tidak waras! Takkanlah kita nak ulang kesalahan yang memalukan dan menyakitkan jika kita adalah seorang yang waras!.

Kesalahan yang pernah kita lakukan dulu, kita kaji apa puncanya, apa kesannya, dan apa iktibarnya. Kalau ini yang berlaku, kita mungkin tidak akan selalu ‘tekan brek’ malah kita akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Jangan bodohkan diri dan diperbodohkan. Apabila sudah bertaubat, maka akan disusuli dengan usaha supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Memang perit untuk berubah menjadi lebih baik, dugaan dan rintangan sentiasa menghalangi, namun ingatlah bahawa Allah S.W.T itu Maha Penilai. Kesungguhan yang ditunjukkan kita sedikit sebanyak akan mendapat keberkatan daripadaNya.

Yakin dan percayalah bahawa setiap usaha ke arah kebaikan itu akan membuahkan hasil.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. ( Al-Imran:200)

Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati

‘Prevention is Better Than Cure’ adalah satu pepatah yang menarik di mana mengingatkan manusia supaya mengambil langkah pencegahan mengenai perbuatan yang akan dilakukan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku berbanding apabila sudah ditimpa bencana, baru hendak beringat.

Berhentilah! Jangan lakukan! Tinggalkan! segala perkara buruk, jahat, sia-sia, mungkar dan maksiat yang terang-terang membawa kesan buruk kepada diri sendiri dan orang lain.

Beringatlah sebelum terkena! Jangan mudah mengikut hawa nafsu dan bisikan syaitan, dan jangan pula merasakan bahawa nasib sentiasa baik. Kita tiada kuasa untuk menentukan nasib kita, sebaliknya kita mampu untuk berusaha menjadi lebih baik.  

Janganlah pula ‘sudah terhantuk lagikan terngadah’. Nasihat orang tidak didengari, kesalahan lalu pula diulangi, kelak nanti memakan diri. Apabila berlaku sesuatu perkara, baru hendak menunding jari kepada orang lain, padahal pentingkan diri sendiri.

Adakah kita yakin esok kita masih hidup?

Adakah kita yakin dapat menikmati syurga?

Selagi terdaya, berusahalah menjadi lebih baik, berusahalah mengelak kemurkaanNya dan berusahalah jauhi azabNya.

InsyaAllah kita tak akan ‘tekan brek’ selagi masanya belum tiba.