Peminat Tomyam

October 19, 2011

Adoi..Macam Ni Punya Sekolah Pun Ada Ka?

Sekolah adalah tempat mendidik orang menjadi insan yang berguna untuk negara. Tetapi sekolah yang melatih pelajar menjadi penipu pun ada kat dunia nie.

Ikuti berita yang dipetik dari SUMBER


KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.




Cik Tomyam : lepas ni ada pula sekolah yang melatih menjadi perogol. Dunia akhir zaman. Siapa sangka kan?
P/s: Semoga kita terselamat dari menjadi penipu dan mangsa penipu.. 

October 15, 2011

Mesti Beli : Majalah Solusi Edisi Ke 36

Bagi orang yang cintakan ilmu, dahagakan dan lapaqkan ilmu, mesti mereka akan tercari-cari dan berusaha untuk mendapatkan medium untuk mereka menambahkan ilmu pengetahuan.

Antara medium paling mudah dan senang nak dilakukan ialah MEMBACA. Lagipon surah pertama dalam AL-Quran adalah 'Surah Iqra' ''. Allah suruh kita membaca untuk dapat ilmu dan jadi orang yang berguna. Jadi misi CT adalah untuk MEMPROMOSIKAN Majalah Solusi. Mungkin agak ketinggalan terlalu jauh bila pertama kali CT membeli majalah yang sangat menarik dan bermanfaat ni. Dulu dok usya ja hang taw dak, memang dah lama berkenan dengan Mamat Solusi nie, nak melamar macam ramai gila peminat dia, takut nak tegur dan masuk meminang, La nie, hati dak tak tahan memang nak sangat memiliki Beliau (Mamat Solusi). 

Alhamdulillah dapat jugak CT beli beliau (Majalah Solusi Edisi ke-36) dan bawak balik ke rumah, siap tidur sebantal lagi..HAHAHAHA =D

Tapi, terkejut juga lah CT tengok harga hantaran Beliau RM10, dulu dia letak harga RM9 ja. Amboii naik harga dah noo..Mentang-mentang harga diri Beliau mahal setanding dengan 'keperibadiannya'. HAHAHA =D

Ok, sebenarnya langsung tak rugi beli Majalah Solusi nie, Biarpun naik harga tapi isi kat dalamnya betol-betol lebih berharga taw. Memang bila baca macam dibuai angan yang indah. sangat menarik dan tertarik. Manfaat di dalamnya tak dapat disangkal, terlalu berharga berbanding harga yang kita bayar. Ilmu mana boleh diberi dengan wang ringgit kan. Tapi sejauh mana kita tukar ilmu tu jadi pengetahuan untuk kita amalkan bergantung kepada diri sendiri juga.

Antara kandungan yang menarik di dalam Majalah Solusi Edisi ke-36 tu adalah yang utamanya mengenai kewajipan Solat Subuh Berjemaah kepada kaum lelaki, dan solat Subuh di awal waktu bagi kaum perempuan. Umat Islam tak sedar bahawasanya Solat Subuh tu adalah tanda kemenangan umat Islam..! Ha..tak caya, Tapi itulah realitinya. Nak tahu selanjutnya, bolehlah dapatkan Majalah Solusi Edisi ke-36.

 Majalah Solusi Edisi ke-36

Antara lain ada cerita mengenai Sumpah, Khusyuk, Adab Menuju Jalan Tuhan, Cara Menjadi Penulis (bagus untuk blogger membacanya),  Cara Menyimpan Duit, Mencitai Saudara Adil Terhadap Anak-Anak dan banyak lagiiiiiiiiiii............Semuanya bermanfaat taw..!

Jadi, jangan lupa dapatkan Majalah Solusi Edisi ke-36 ok..!!!^^


Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, 
"ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja".

October 13, 2011

Kekuatan Umat Bila Bersatu Padu

Saja ubah tajuk sikit. Tapi ambil dari sumber INI.

Betul jugak kan..bila umat bersatu padu, Tak kiralah umat bangsa apa sekalipun, agama apa sekalipun, kaum mana sekalipun, di situ terdapat satu kekuatan yakni keteguhan bangsa dan kuasa. 

Sepertimana ucapan Tun Dr.Mahathir Mohamad:

“Dalam sejarah, Sepanyol pernah berada di bawah kekuasaan Islam, namun ia jatuh ke tangan bukan Islam kerana umat Islam ketika itu berpecah-belah dan berperang sesama sendiri sehingga membuka peluang kepada musuh mengambil kesempatan.


“Di Singapura pula, orang Melayu yang beragama Islam sudah menjadi kaum minoriti dan kehilangan suara manakala di selatan Thailand, orang Islam sangat lemah, miskin serta sering menjadi mangsa tekanan. Tidak sampai 10 tahun lagi mungkin perkara sama berlaku di Malaysia,”


Ini buktinya yang menunjukkan kepentingan masyarakat Malaysia perlu bersatu padu..

Jadi, marilah kita semua bersatu padu dalam masyarakat majmuk nie. I Love Malaysia.!!.^^

Kat sini ada video Matlutfi buat tentang ' Made by Malaysian"

(tengok bg yang BELUM tengok ok..zass)



Sekian, entry ala-ala patriotik..kot..



Aku, Encik Malas dan Tips

M A L A S satu sikap yang sering mengantui CT sekarang nie..sangat malas hampir setiap hari. Malas nak bangun pergi kerja. Lepas bangun solat subuh dan manidi, boleh pula tidur balik, walaupun tak nyenyak tapi malas nak bangun pergi kerja. Perangai huduh sungguh kan.. macam nak bagi pelempang kat diri sendiri. Tapi memang rasa malas dan mengantuk, lepastu boleh bagi alasan kat Bos tak sihat nak ambil cuti. Memang sifat yang huduh kan?

Huduh sungguh perangai malas tu bila kena pada anak dara kan. Ct pulak baru genap sebulan ja kerja. Tetapi langsung tak semangat apabila bangun pagi dan lepas solat, mandi dan siap boleh tidur balik. Huduh betoi...kan??
Lepas bangun, CT akan kunci jam balik, extend tidur..HUDUH toi..!


CT ada kesedaran juga tentang sikap huduh Ct nie (apa ingat orang tak insaf ke) huhu.. Selalu ja terfikir macam mana aku nak ubah perangai buruk aku ni. Ni bujang dah malas-malas, nanti dah berlaki, beranak pinak pagi-pagi mesti sibuk sediakan sarapan dan siapkan pakaian depa kan. Tapi, kenapa cuma ada kesedaran tetapi tak ada inisiatif untuk berubah?

Erm..sebenarnya CT ada dapatkan beberapa info daripada Pakcik Google tadi, MALAS ni adalah sikap yang berpunca daripada masalah minda atau masalah psikologi..(alamak..CT tak gila ok..! waras lagi neh..!)

"Kebiasaan malas timbul kerana kita cenderung mengaitkan masa depan dengan persepsi negatif. Anda menangguh pekerjaan karena cenderung membayangkan setumpuk tugas yang harus dilakukan di pejabat. Belum lagi berhubungan dengan orang-orang yang anda tidak sukai, misalnya.

Dalam beberapa hal, Anda pun mungkin akan kehilangan momen untuk berkembang ketika Anda mengatakan “tidak” terhadap sebuah kesempatan –Anda malas bertindak karena bayangan negatif tentang hal-hal yang memberatkan didepan."

Nah, segenuak fakta yang mana betul dengan apa yang CT alami. Ok, sebenarnya CT memang dah set dalam minda yang CT kurang berminat dengan kerja yang dilakukan di opis CT. Kerja CT sangat simple, tetapi nak selesaikan kena buat banyak kali dan ambil masa yang lama. Nak tau kenapa? Ok, CT ambil contohla, CT kena call pensyarah untuk dapatkan pengesahan sama ada depa free tak pada tarikh sekian. Tetapi nak call pensyarah tu punyalah berjuta (tipu ja) kali call, tapi tak da juga yang diangkatnya. Dari hari isnin sehingga hari nie (Khamis) pagi dan petang CT call nombor yang sama, pensyarah yang sama tetapi tak dijawab. T_T Sadis taw..macam orang bodoh saja kan?

Kadang-kadang tugas CT kena hantar emel kepada pensyarah untuk dapatkan maklumat tertentu, contoh Tajuk Persampelan bla..bla..Tetapi dah 3 minggu emel dihantar kepada 30 orang pensyarah cuma yang respon 4 orang ja. Dan..CT ambil insiatif hantar sekali lagi emel PERINGATAN, tak da juga yang respon. Hampeh..! Frust taw tak, macam buat kerja tah apa-apa... Ditambah pula bos selalu nak update maklumat yang diminta tuh. Tapi jawapan CT bagi mesti hampa kan? Dahtu ,nak buat macam mana, CT dah usaha macam-macam, tapi kerjasama dari orang tu susah bebeno nak dapat. Saborrr je lahhh....!

Tu antara tugas CT kat opis, nampak macam gampang kan? Rasa fedup kadang-kadang hentak ja talipon opis tu (tanda protes) Tapi tak da juga perubahan huh. Itulah antara punca CT malas nak p kerja, di samping sebab utama :

1. Membayangkan tugas yang tak mencabar dan hampeh kalau buat pun.
2. Berhubung dengan orang-orang yang susah nak dapatkan kerjasama.
3. Tak da kawan ( CT sorang ja jawatan RA Sosial kat sini, yang lain semua pegawai sains dan selalu tak da kat opis)

Dan..apa nak buat, tak kan CT nak dok di takuk lama ja, tak kan tak nak berubah untuk pencapaian diri yang lebih stabil kan..? Oii..CT tak kan biarkan begitu sahaja. Antara tips nya:

1. Yakin pada diri dan cakap 'Saya Lakukan Ini kerana Allah SWT'.
2. Fikirlah 'Pengalaman lebih Berharga walaupun tugasan macam orang bodoh'
3. Bersyukur tugas tak susah.
4. Kita bukan manusia sempurna..

InsyaAllah CT akan berubah menjadi orang yang rajin macam sebelum nie, (rajin ke?) 

Apa-apa pun CT bersyukur sebab dapat tawaran ikut program Sektor Awam, maknanya CT akan berkhidmat sepenuhnya dengan sektor awam nie, sebab CT ni pemegang biasiswa JPA masa belajar dulu.  Program nie baru ja dilancarkan oleh PM kita dan CT bangga juga sebab terpilih ntuk sertai pada batch pertama nie (Oktober 2011).Hanya 40 orang ja yang sertai. Gila tak riak kan? Haha =D Program tu dinamakan Talent Acceleration in Public Service (TAPS). Nak tau lebih lanjut sila klik SINI.

Alhamdulillah, selama ni CT bersabar dan Allah murahkan rezeki CT, terima kasih Allah..

Terharu =')

P/s : Lepas ni lehla ucapkan Baibai Ekomar...!! Babai Boss..!!^^

Don't be lazy ok..!



October 12, 2011

Manusia Mudah Berubah

Hari tu CT ada buat entry pasal Manusia Memang Begitu, kali ni nak kongsi entry pasal Manusia Mudah Berubah pula. Tahla, rasa macam bila buat entry pasal manusia nie, rasa macam muhasabah diri. Apa-apa pun semoga kita sama-sama beroleh manfaatnya ok.^^

Manusia mudah berubah,
Bila ditabur wang berjuta,
hati gelap dan buta,
Gelap mata kerana wang,
Gelap hati kerana wang,
Bukalah mata, kerana wang bukanlah segalanya.

Manusia mudah berubah,
Bila hati berpaut cinta,
Manusia menjadi buta,
Sampai hasil cintamu haram dan dusta,
Dibuang anak merata-rata,
Ibu bapa kau tinggal merana.

Manusia mudah berubah,
Bila rasa dunia mereka yang punya,
Bila kuasa dan perintah di tangan,
Menjadi ketua yang suka perintah,
Melenting tak tentu arah,

Manusia mudah berubah,
Bila emosi mengawal minda,
Sampaikan membunuh akal,
Merosakkan akal,
Mempertuhankan hawa nafsu,

Sedarlah manusia,
Umur dunia semakin singkat,
Hidup kita tak lama,
Kelak pasti binasa,
Adakah kita turut sama binasa?

Manusia Mudah Berubah..

October 10, 2011

Manusia Memang Begitu

Manusia,
hamba Allah yang cukup unik
Yang dikurniakan dengan Akal
Yang Dapat Membezakan Antara Hak dan Batil..

Tetapi,,
Sebijak-bijak Manusia, dalam Hatinya pebuh dengan sifat dendam dan dengki,..
Kenapa mereka seolah-olah tidak mengenal Tuhan dalam berbaik sangka
Mereka selalu berburuk sangka 
Mengetepikan yang hak.

Dalam dunia ini,
Ramai manusia yang tewas dengan segala kemewahan
Mereka jadi rakus dek kerana mengejar nama
Menjulang darjat dan pangkat
Mengumpul harta dan kekayaan..

Dan..
Anda tidak perlu terkejut jika di sekeliling anda 
Terdapat manusia-manusia yang mempertuhankan hawa nafsu
Anda tidak perlu terkejut apabila menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal,
lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada anda,

Dan..
anda tidak usah terlalu terkejut,
apabila orang yang anda beri tongkat untuk mengiring kambing gembalaannya
justeru memukulkan tongkat itu ke kepala anda
Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur
kepada Penciptanya sendiri
Yang Maha Agung dan Mulia.

Begitulah,
kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkari,
maka apalagi kepada kita yang bergelar manusia.

Manusia memang begitu..!


.

October 8, 2011

Bodoh dan Bangang!

CT bangun pagi harini dengan senyuman dan semangat, Tapi bila CT terbaca ja Harian Metro Harini, terus rasa menyampah dan bengang sangat. Hanya perkataan 'BODOH dan BANGANG' sahaja boleh CT cakap. Nak tau kes apa?? Baca kat bawah nie:

Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. 





Kan..kita baca mesti geram kan dengan si bapak setan tu kan..?

Tengok yang CT highlight kaler kuning tu, memang kejam macam whatthef**k..Grrr..
Kenapalah ada bapak yang macam tu kan?

Kalau ya pun sabar lah sikit, tunggula bini hang habis pantang dulu, Memang betoi2 gila seks ini olang la..

Hampeh.

Sekian entry yang emo.



October 7, 2011

Hidup Sekarang Terasa Lebih Muda...Apakah?



Sekarang nie, setelah hidup bertukar status dr seorang student ke seorang pekerja. Hidup terasa lebih muda. Ha..tak caya? CT pun tak caya la...hehehe. Ini bukan perasan taw, ini perasaan CT, seriously, sekarang nie rasa lebih muda di mana jua dan terasa lebih naif..(huhu kadang-kadang rasa macam rendah diri sangat). -.-

Antara situasi yang menyebabkan Ct terasa macam tu:

1. Bila ada meeting, mesti ahli-ahli yang hadir terdiri daripada pensyarah-pensyarah berpangkat Prof. dan Dr...wahh terasa diri nie naif sangat sebab CT sorang-sorang ja. Ct bertindak sebagai pencatat, so banyak diam dari bercakap. Walau ada benda nak tanya, tapi tanya dekat puan-puan pegawai sains di luar meeting saja. Malu beb.haha..

2. Bila makan, ada staf satu opis ajak makan, rasa macam tak layak keluar makan ngan depa semua. Staf semuanya pangkat2 pegawai walaupun pegawai muda yang umur bawah 30, tapi sangat segan sebab depa semua dah kenal dalam 6-7 tahun. CT baru kenal dengan depa sebulan.huhu. (Terlalu segan sampaikan makan cover2 dan bg alasan dah janji nak makan dengan kawan..haha).

3. Mengenangkan status diri yang masih bujang berbanding staf-staf lain dan pensyarah yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Kadang-kadang CT kompius nak panggil puan atau kakak. Sebab depa membahasakan diri kakak, CT lak panggil puan. Bila depa melawak unsur-unsur orang dah kawin, CT terpinga-pinga dan tak dapat nak menyampuk. Adoii...ni yang terasa nak kawin cepat ni, sekurang-kurangnya sama jugakla taraf daripada segi status.. (haha leh lagu tu?)

4. Kalau pergi trip, CT lah paling muda dan rendah taraf, sebab CT staf baru, tak tahu menahu tentang company sangat dan selok belok tugasan,. Apa yang orang lain cerita dan sembang CT tak tahu menahu nak menyampuk takut dikatakan menyibok. Alahai boleh sengih-sengih ja dan sembang nagn abang driver saja.

5. CT selalu nebes (nervous) bila berhadapan dengan situasi-situasi seperti di atas. CT tak da kawan sebaya, CTlah paling muda (belum masuk 22 tahun). Rasa ada ja tak kena dan naif sangat. Tambah-tamabah kalau boss selalu tegur CT, 'alahai..anakku..anakku...'

'Erkk...bila masa kau kawin dengan mak aku...' (CT berdialog dalam hati..)

Sekian. itu sahaja di hari jumaat ini...^^

October 6, 2011

Perempuan Kuat Makan?

Sebenarnya kebanyakan perempuan kuat makan atau maksud lain makan banyak..
Betol ke?



Betol atau tidak. Ini bukanlah fakta tetapi persepsi awal yang dibuat oleh CT berdasarkan pemerhatian CT terhadap kawan-kawan CT sendiri. Banyak fenomena atau peristiwa yang boleh dikaitkan dengan peristiwa awal ini. Ok, CT bagi contoh dulu ye. CT ada ramai kawan perempuan yang kurus dan badan cantik. Tapi depa semua ni kuat makan tau. Kalau tengahari dalam pukul 11 pagi dah lapar, ok kami pun pergi makan, Lepas tu, dalam pukul 3 petang dah lapar balik, ok kami pergi makan. Makan malam pula dalam pukul 7 dan pukul 10 lapar lagi. 

Memang tak dinafikan ramai yang ambil makanan ringan je (yang bukan nasi) tapi kebanyakan perempuan selalu lapar dan mesti nak makan ja. Kalau tak makan, mulalah hilang mood. Sampaikan ada seorang kawan CT tu yang kalau tak dapat makan, dia akan marah orang.
Hahaha caya tak?

Dahsyat betol. CT sendiri mengaku CT kuat makan dan pernah makan depan kawan-kawan yang ramai 3 bungkus nasi berlauk....(APAA..tak caya ka?) Itulah realitinya, masa tu lapor giloo...sebab baru lepas bersukan..huhu tapi kawan-kawan paling banyak makan 2 bungkus ja, CT 3 bungkus..perghhh mak mertua tengok pun reject nie..HAHA..

Jadi, kepada kaum lelaki, janglah terpedaya dengan FIRST DATING bahawasanya awek hangpa ni diet dan jaga badan, sebab tengok dia makan sikit ja dan tak habis. Silalah jangan percaya sangat. (Padahal balik dari dating terus buka periuk cari nasi sebab tadi keluar dating makan tak kenyang..wakakaka)

Ini pengalaman ok. Ct tengok sendiri kat kedai makan, awek dan balak dia dating, tapi makan tak habis (malu le depan balak nak tunjuk perangai sendiri yang kuat makan kan).

Eh..perempuan tak payah la hipokrit, tunjuk ja perangai kamu yang sebenarnya. Kalau dia tak terima dan tak suka, whatthehal, terus cari balak baru, sebab ni membuktikan dia tak terima kamu seadanya. Jangan dah kawin, dok serumah, sebumbung dan sekatil baru nak tunjuk yang kamu sebenarnya 'kuat melantak'. Dah kawen baru tunjuk perangai yang huduh-huduh, dan akhirnya CERAI.

So?..makanlah selagi terdaya...=p

Sekian^^

**ramai kawan perempuan CT, semuanya kuat makan termasuk CT..wihuu!

ini sedap tak? adoii lapaq pizza pulak aih~

October 5, 2011

Pakai Cantik-cantik Tapi Naik Motor, So?

CT tengah siap-siap nak p pesta konvo, mestilah kena pakai lawa-lawa kan, sebab menyambut hari bersejarah bagi diri sendiri sebagai manusia yang ada Ijazah (kembang pungkuk), bersyukur dan bangga sebab berjaya menamatkan pelajaran Ijazah Sarjanamuda (je pun). Alhamdulillah..syukur sangat..=)

Masa nak konvo semua nak pakai lawa-lawa la kan (lawa ke?). CT kan pakai spek bila konvo terus buka spek, pakai konteklens (kaler hijau youuu), kira mata lawa dah la..(muntah).. Masa dh di'touch up' oleh kak CT, lepas tu kami get ready nak bertolak ke dewan konvo, CT pun ambek helmet sebab pergi dewan konvo bawa moto ja, bonceng kakak sebab kami memang takda kereta masa kat UKM. Kalau you oll nak taw, CT memang minah rempit (kategori sopan dan tutup aurat ok). CT memang selalu naik moto ja p mana-mana pun, kalau drive kereta, kompom CT langgar dinding rumah orang atau tayar masuk longkang...(sila jangan gelak). Ok, CT orang yang gelojoh (harap tidak di malam pertama =p) dan sangat tidak sabar apabila kena queue di traffic light. So, CT prefer naik moto sebab senang nak celah dan tak tersangkut dalam traffic jam.

Lepas dah ambil helmet, ada membe CT tegur ' laa..pakai cantik-cantik tapi naik moto'..

erk..CT rasa terkedu, kenapa dengan naik moto, salah ke? Atau naik moto hanya untuk orang yang pakai selekeh dan comot je?

Ermm..orang perempuan ni, CT taw ada sesetengahnya (rasa ramai kot) yang tak reti bawa moto, dah tu dengan alasan, 'bahaya la bawak moto', 'nampak macam jantan laa', 'mak tak bagi' dan bla,bla,,bla..

Dah tu, CT mampu beli moto je buat masa sekarang nie, kereta mainan boleh la beli, kereta betol tak boleh lagi.hik3~~ padahal ada ja kancil kat rumah kat kedah tu, Tapi memang CT suka bawa moto, sebab sempoi dan senang (kalau hujan dan terlalu jauh memangla tak kan)

Maka, CT pun jawab kat membe tadi, 'Naik moto la senang dan cepat, tak payah cari parking teruk-teruk'

Kan....

Eh..nak perbetulkan cikit la minda hangpa wahai gol.perempuan, nak jumpa en.maut, bukan sebab naik moto je taw, kalau bawa kereta pun kalau ditakdirkan, mati tersepit dalam tu jugak.. 

Dan..

Kalau naik moto, anda masih boleh menjaga tahap kesopanan, kecunnan dan keayuan anda ok!

****erkk CT tengah berangan nak beli moto Superbike...erk..!Yamaha Ninja ok tak?


October 4, 2011

Blog Aku Takda Orang Baca, Ada Aku Kesah?

Sensitif ka kalau tulis entry panjang-panjang tak da pon sorang hamba Allah yang nak baca?

Touching sangat ka kalau buat blog tak da orang yang tahu?

Kecewa ka kalau apa yang dicerita kat blog tak dapat sebijik komen pon?
Frust sangat ka kalau blog tak ramai follower?

Bagi CT la kan, memang kita buat blog untuk berkongsi sampai ada jugak yang buh nama blog ' Sharing is Caring'..

tapi kena ingat kalau kita buat blog, tulis entry sampai sehari 2,3,4,5,6,7 entry, untuk up trafik lepastu kejar follower, lepastu dok blogwalking ja memanjang (macam dah tak da keja laen nak buat dalam hidup ni) dah lari dr niat asal la kan...Tu belum tengok lagi pengisian entry, dengan mengutuknya, dengan syok sendirinya (macam aku..hohoh)..CT sangat tak caya kalau seorang blogger tu ada beriban-riban follower tapi entry dia macam whatthehey! perlu ke cerita pasal ini dan ini?

Kalau blogger gegurl : itew nak ceritew pasai semalam itew mimpi dipatuk ular, lepastu itew bergaduh dengan mak sebab berebut remote control...sungguh malang naseb itew..bla..bla..bla..

(muntah purple boleh?***)

Kalau blogger lelaki : gua rasa tak leh blah dengan awex pkai shawl kalerful, dengan beg kaler pink, perghhh senyuman beliau menarik hati gua beb...dan..dan..dan..%&$&$*#1fh (unsur lucah)...atau entry kutuk mengutuk..tak terlepas perkataan whatthef***k, p***m*k,cam har**m, dan..dan.dan...

Ya, itu dinamakan berkongsi, dengan harapan (di dalam hati semua blogger), ada yang nak baca, simpati, bertimbang rasa,dan KOMEN..! (sama ada komen kesian, setuju atau sama2 mengutuk..

Betul kan? Hangpa semua jangan nak tipu, mesti akan rasa macam tu setiap kali tulis entry kan? (sebab aku pun selalu rasa camtu, wakakaka...! dan psttt sudah berangan akan ada yang komen entry nie...wakakakakakakakakaka - sory terpanjang gelak) -.-

Secara terang lagi bersuluh lah, CT pun ada jugak blogwalking dengan besar buahdada hati, ada blogger lain yang sudi singgah dan komen entry blog CT nie. Sekurang-kurangnya ada yang caring dengan naseb dan kehidupan harian kita yang selalu malang nie... (geliketiakaku)

Tapi,,,,..... lama-lama macam bosan/ cemuih dengan cara pengeblogan macam tu, setiap kali tulis entry (selain ping kat group blogger), mesti nak blogwalking...honestly, CT dh bosan nak buat macam tu, banyak keja laen lagi kot nak buat kan.. Jadi, kesimpulannya, CT dah tak kisah ada yang nak baca entry kat blog CT ni, nak komen ka tak ka, ada aku kisah?

**Lagipun ini memang tujuan asal CT buat blog,CT taw taip apa yang CT rasa, CT fikir, dah CT luah ja kat blog CT. tak da orang baca pun tak pa, tapi zaman akan datang bila kita baca balik semua entry kat blog kita, best.. kan...??(konon mengimbau kenangan)

Sekian..^^

-sekadar tulis apa yang difikirkan, betol ka salah ka, this is my perception, what's yours?



drBook tu apa?

CT tak taw apa tu drBook.. td dok blogwalking jumpa la natang nie, CT usya ja dulu lum sign up lagi, CT tak mau gelojoh dan gopoh kena tengok respons dr blogger dan fesbukian dulu... Yang pasti drBook ni diasaskan oleh Dr.Rozmey kita (alah yang pengasas produk Jusmate5 tu)...

Best ka memberi pekdah sgt ka, kalau dah terbukti berkesan (konon macam pakai Jusmate5 lak haha) barulah CT join..apa2 pun jom kita tengok sejauh mana kebestannya (adoiii rosak bahasa kan) teheee~~


klik sini atau pada gambar di bawah untuk ke page drBook.



Ini pulak drRozmey punya page kat drBook. berani addlah..haha


Sekian, entry malas pada pagi ini..^^