Peminat Tomyam

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

February 20, 2012

Ketahui Di Mana Kita Sebenarnya

Kita sebenarnya.. ....
 
......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka
lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !
......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !
......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka
mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !
TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka !
Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???
 
WALLAHHUALLAM……

marilah sama-sama muhasabah diri kita..^^ 
 

February 2, 2012

Kurma Ini Memang Manis. Tapi Sayangnya Perangai Kamu Tak Berapa Manis!

Ini bukan rancangan Manisnya Kurma Ini atau Semanis Kurma yer.

 sedap pulak kurma ni.

Orangnya manis, orangnya kacak, orangnya sedap mata memandang. Tetapi....masyarakattt!!! Perangainyaa...dah menghilangkan kemanisan manisnya rupanya. (erkk..)

Entry ini umum tak mengutuk seseorang individu. Tetapi adalah ulasan untuk paparan berita-berita di akhbar setiap hari. Teruk.teruk. Orang kita semua dah gila. Bunuh sana, rogol sini, rompak sana. ragut sini. Zina sana. Buang anak sini.. Apaaaa pon tak bolehh!!

Kadang-kadang kita macam dah lali dengan hidangan berita-berita semacam itu. Sampai satu masa dalam hati boleh bercakap 'ohh...rogol je ke?' Sampai macam tu sekali ka?  Iyaa.. sebab hari-hari baca berita pasal rogol, dah macam xda nilai dah..dah terbiasa dah..dah muak dah.. Sama ja macam  hari-hari anda makan nasi ayam. Dh muak dah kan? 'Nasi ayam je ke?'


Itulah fenomena masyarakat hari ini yang terpaksa ditelan oleh semua orang. Polis bertambah kerja, umum semakin panik dan takut. Pergi mana saja dah tak selamat. Walaupun dah bersedia semua alat keselamatan tetapi jadi mangsa jenayah jugak. Ya Allah! Aku terfikir jugak kadang-kadang tu..andai perkara ini terjadi pada diriku..Apa yang akan aku lakukan?

MasyaAllah mintak simpang la 44 Malaikat kan? Aku tak sanggup kalau perkara yang tak mampu aku hadapi terjadi pada diriku.. Pagi-pagi keluar baca Bismillah..Ya..dengan mengingatiNya, jiwa akan tenang. dan Dia pon akan ingat kita jugak..

Itulah kadang-kadang si yang melakukan jenayah nie, tak kiralah lelaki atau perempuan, memang tak nampak pun pada mukanya tanda-tanda dia tu penjenayah. Ada je yang cun-cun terjebak. Tak caya tengokla pelacur-pelacur tu..cun kan? manis kan? Tapi perangai depa langsung tak manis! Ada jugak yang perogol-perogol yang terjebak tu muka baik dan hensem, tapi sayangnya perangai depa langsung tak hensem!

Betol kata peribahasa ' Don't judge a book by its cover' kan?

Tapi..sebagai masyarakat yang prihatin (yeka?), aku rasa kita memang bertanggungjawab bagi mereka (penjenayah) tu peluang untuk bertaubat. Mungkin depa ada sebab kenapa depa buat jenayah, kita pon bukanlah baik sangat..!^^

"Ya Allah, lindungilah aku, keluarga, sahabat-sahabatku dari sebarang bencana, keaiban, kejahatan dan kemaksiatan"

Haaaaaa...semputttt Mak Jemah tewww!!!! =)

January 30, 2012

Hanya 3 Ringgit Mampu Membuatkan Mereka Tersenyum

Entry ini mungkin mempunyai antonasi sedih..kerana penulis sedang bersedih (dah kata dah muka ja legend, hati kiut meh). Sila baca entry sampai habis jika anda mampu bersama-sama penulis menitiskan air mata dan mungkin kerana anda adalah Insan! Bukan Orang! (Tak paham, sila rujuk kamus).

Seperti biasa aku akan rempit atau istilah sopannya menunggang motosikal untuk pergi dan balik kerja. Macam biasa juga aku sentiasa sopan di jalan raya..menunggang 100km/j di highway.. Silala percaya aku sememangnya sopan. Korang boleh lihat aku memakai baju kurung, bertudung dan menunggang dengan kepit-kepit dan amat slow. -.- Korang mampu ke sopan camnie? Oklah abaikan kemerepekan aku, aku sebenarnya tengah mengumpul mood sedih supaya aku dapatkan hasil penulisan yang mampu membuatkan korang menangis terbahak-bahak tersedu-sedan sampai banjir!

************
Aku baru balik dari kerja. Aku dah nak dekat sampai rumah. Aku brek dan berhenti sebelum aku masuk lorong untuk parking Alphard aku (perghh Alphard wehh..ko ada ka?). Lagi sikit lagi aku nak dekat sampai rumah. Aku brek sebab aku bagi laluan kat dua orang budak lelaki -aku agak dalam umur 5-6 tahun, mereka sedang menyorong wilcha (wheelchair) dengan riang. Di belakang mereka aku lihat, ayah mereka sedang memimpin ibu mereka berjalan. Aku agak ibu mereka yang sakit dan yang selalu duduk atas wilcha tuh, tetapi mungkin ibu mereka ingin sangat berjalan ketika itu dan dibantu oleh ayah mereka. Aku tahu sebab ni bukan kali pertama aku lihat mereka. Kali pertama aku lihat mereka sekeluarga pada beberapa hari yang lalu, pukul 1 pagi..Masa tu aku keluar cari makan.. biasalah perut kangaroo selalu lapaq..Masa tu, aku lihat ayah mereka menyorong ibu mereka yang sedang duduk atas wilcha..sambil ditemani anak lelaki mereka yang berjalan di sebelah. Aku terkejut juga sebab dah pukul 1 pagi pon ada lagi yang dok berjalan-jalan. Aku fikir mungkin mereka nak ambil angin malam dan aku fikir mungkin mereka nak gembirakan ibu mereka, atau juga mungkin itu atas permintaan ibu mereka!

Aku terfikir sejenak, aku kagum dengan si ayah kerana masih setia menemani dan menjaga si isteri yang sakit walaupun mereka bukanlah orang senang. Untuk pengetahuan korang mereka berbangsa India. Aku kagum masih ada golongan daripada bangsa sebegitu yang ikhlas dan setia terhadap pasangan. Aku juga kagum kerana masih ada anak kecil yang mampu memahami penderitaan si ayah dan si ibu. Aku kagum sebab mereka masih tersenyum riang walaupun mereka sebenarnya derita!

Berbalik kepada babak aku baru balik kerja tadi. Aku memandang dan memberi ruang untuk mereka lalu lorong tersebut. Aku masih di atas Alphard aku. Aku tersenyum kepada si anak dan mereka membalasnya. Aku menegur mereka 'Hai..nak pergi mana nie?'..Mereka menjawab sambil senyum, 'Hai..kami nak pergi kedai'..Aku membalas pula 'ok..hati-hati yer'. Mereka berhenti sebentar untuk menunggu ibu dan ayah mereka di belakang. Aku tersenyum pula kepada si ibu dan si ayah dan si ayah membalasnya sedangkan si ibu hanya memandang ke bawah sambil berjalan dengan perlahan dan berhati-hati. Si ibu mempunyai badan yang kecil dan kurus, mungkin sebab dia sakit dan tidak bermaya sekali.

Aku tergerak untuk bagi sedikit duit kepada si anak. Lalu aku pun membuka beg untuk mengambil duit. Si anak terperasan sambil tersenyum gembira, mereka seolah-olah tahu yang aku nak bagi mereka duit. Aku buka dompet aku, ada beberapa helai duit seringgit dan juga duit berwarna merah. Dalam masa yang sama aku berfikir berapa ringgit yang aku nak bagi. Terus aku capai RM3 dan bagi pada mereka. ' Nah..ambil nie' kata aku. Si anak yang kecil terus mengambilnya dan berkata 'Thank you aunty'..sambil melompat-lompat gembira.
(Ye..memang aku dah layak dipanggil aunty..sebab kalau aku dah kawin ketika ini, dah mampu ada anak pon. Aku terima hakikat). 

Korang mesti tertanya-tanya kenapa aku tak bagi duit berwarna merah? Adakah aku ni memang kedekut? Oh..tidak sama sekali. Aku bagi RM3 kerana aku bermain psikologi dengan si anak. Ternyata, mereka sangat gembira menerima walaupun hanya RM3! Mereka terlalu menghargai pemberian yang tak seberapa itu. Aku tahu ini bukan kali terakhir aku akan terserempak dengan mereka. Selepas ni, mungkin aku akan selalu terserempak dengan mereka. Dan, semestinya aku tak kan terserempak dan tersenyum sahaja, semestinya disertai dengan pemberian sesuatu-dan yang paling mudah bagi duit.. Kan? Bayangkan kalau aku bagi RM10, dan kali kedua kalau aku bagi RM2..apa perasaan mereka? Adakah mereka masih gembira menerimanya? Tidak kan? Biarlah aku bagi sedikit pada mulanya dan berikutnya, tetapi pemberian yang selalu itu sentiasa menggembirakan mereka. 

Tetapi, bukan itu yang penting. Semasa si anak menerima duit pemberianku. Si anak berkata pada ayahnya dalam bahasa ibunda mereka. Aku dapat paham yang si anak memberitahu bahawa aunty itu bagi mereka duit walaupun babak tu dapat dilihat oleh si ayah. Aku cuma sebak apabila mengenangkan betapa gembiranya seseorang anak kecil menerima duit yang hanya RM3!! Si ayah dan si ibu pun lalu di sebelah aku. Si ayah sempat mengucapkan terima kasih kepadaku sambil mengangguk. Aku hanya mampu tersenyum tanpa mampu berkata apa-apa. Hatiku sebak mengenangkan nasib mereka yang susah ditambah pula terpaksa menjaga ibu mereka yang sakit. Mereka terlalu menghargai duit yang harganya bagi segelintir kita tidaklah seberapa. Oh Tuhan! Dugaan kau berikan kepada mereka amat berat bagiku.


-sekadar gambar hiasan-

Berapa ramai di antara kita yang mampu menghargai duit yang sebanyak itu?
Kalau betullah korang menghargai, kenapa korang tergamak membelanjakan wang itu utk membeli Ais Krim McFlurry yang harganya termasuk harga tax lebih mahal? Kenapa korang tidak simpan sahaja duit tu kalau benar korang hargainya?
Sudahlah bukan sekali dalam setahun korang membelinya, berkali-kali..itu belum termasuk makan makanan lain yang mewah di restoran yang mahal.

Tepuklah dada, tanyalah hati:
Berapa kali kita bersedekah dalam setahun?
Berapa kali kita bergaul dengan anak yatim dalam seumur hidup kita setakat ini?
Berapa kali kita menahan lapar walaupun kita mampu membeli makanan yang mahal?

Aku tahu, korang berada, korang mewah dan korang senang. Tetapi tidakkah korang sedar ada ramai insan lain yang menderita dan tidak pernah merasai apa yang kita selalu rasa?

Korang tahu tak tatkala korang enak makan di KFC, McD, Kopitiam, RasaMas, tetapi ramai insan di luar sana yang sakit perut menahan lapar kerana tak ada duit untuk beli makanan?

Korang tahu tak tatkala korang tidur atas katil dan tilam yang empuk dengan lampu romantik, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya bertilamkan lantai dan bantal yang lusuh?

Korang tahu tak tatkala korang tersenyum gembira setiap hujung bulan bila gaji masuk, tetapi ramai insan di luar sana yang hanya tersenyum derita menunggu duit pemberian dari korang?

Korang tahu tak tatkala korang sibuk memikirkan kereta apa nak dibeli apabila gaji sudah cukup nak bayar deposit, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa jauh lagi nak jalan kaki untuk mencari sesuap nasi?

Korang tahu tak tatkala korang sibuk menambah koleksi pakaian korang dalam almari korang, tetapi ramai insan di luar sana sibuk memikirkan berapa lama lagi mereka akan memakai baju yang sama setiap hari?

Korang tahu tak semua nie?

Korang pernah ke ada rasa sedikit bersyukur terhadap rezeki yang melimpah-ruah dan mencurah-curah ke ladang gandum, tetapi kenapa korang selalu saja merungut?

Korang ada terfikir ke semua nie?

Korang ada terfikir tak, nak hidup susah walau seminit?sejam? sehari?

Ni bukan kali pertama aku berdepan dengan situasi macam ni, Bukan kali pertama aku menegur dan bersembang dengan orang susah. Bukan kali pertama aku sedekah kepada orang susah seperti itu. Bukanlah kali pertama aku buat entry macam ni untuk korang dan aku.

Tetapi aku selalu terfikir dan nak ajak korang semua supaya tolonglah bersyukur dengan apa yang kita dapat. Aku selalu dikelilingi dengan kawan-kawan yang semua nak standard. Semua nak selesa dan semua nak nampak mewah dan bergaya. Aku dah muakla weh, aku nak ajak korang rasa sikit kesusahan. Aku nak korang ada rasa sedikit rasa simpati pada yang bernasib malang. Sedikit pun jadilah.

Kalau korang perempuan yang selalu mekap dan bergaya, korang mampu tak kalau aku ajak korang keluar dengan pakaian yang selekeh dan langsung tak bermekap, tak tempek walau senipis bedak? 
Korang mampu tak kalau aku ajak korang mcam nie?
Tepuk dada, tanya hati dan iman!

Kalau korang lelaki yang selalu macho dan standard, korang mampu tak aku ajak korang pergi rumah anak yatim atau orang susah, kita gotong royong dan bergaul dengan budak-budak macam adik kita sendiri? 
Tepuk dada, tanya hati dan iman!

Korang pernah tak terfikir nikmat yang korang dapat tuh boleh hilang dalam sekelip mata?

Korang, korang pernah makan tepi longkang tak? Aku pernah dan aku nak cabar korang buat jugak macam aku, boleh?

CikTomyam : Entry bukan untuk mengeji tetapi sekadar menguji.

Tahniah sebab korang baca sampai habis.Thanks!

Kalau rajin baca entry ni : Maka Nikmat Manakah Yang Kamu Dustakan?

December 18, 2011

Tegur Aku

Tegur Aku..
Pabila aku leka..
Abai solat asyik bekerja..

Tegur Aku..
Pabila aku lalai..
Berpasangan sampai terbarai..

Tegur Aku..
Pabila aku alpa..
Pakai baju seksi dan seksa..

Tegur Aku..
Pabila aku leka..
Pakai tudung atas dada..

Tegur Aku..
Pabila aku dusta..
Pentingkan diri daripada mereka..

Tegur Aku..
Pabila aku terlena..
Tinggal akhirat mengejar dunia..

Tegur Aku..
Pabila aku ketawa..
Keterlaluan gembira sampai terleka..

Tegur Aku..
Wahai teman, wahai saudara..
Pabila aku leka, lalai dan alpa..

p/s : mari sama-sama tegur menegur..^^

December 5, 2011

Kalau Nak Buat Maksiat...

Sepertimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995, maksiat di segi bahasa bermaksud derhaka. Manakala di segi istilah, maksiat ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasul-Nya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.


Muzakarah tersebut juga telah memutuskan bahawa jenis-jenis maksiat terbahagi kepada dua; pertama, maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintah-Nya dan melakukan larangan-Nya. Dan kedua, maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar dan maksiat terhadap harta awam. Sesungguhnya maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.

Justeru, bertaubatlah kita daripada segala maksiat yang pernah dan sedang kita lakukan. Sesungguhnya hamba Allah yang terbaik adalah mereka yang sering memohon keampunan daripada-Nya. Malah, orang yang memohon keampunan dianggap tidak berterusan melakukan maksiat, sepertimana yang dinyatakan dalam hadis daripada Abu Bakar as-Siddiq radiallahuanhu, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud):


“Orang yang memohon keampunan tidaklah dianggap berkekalan melakukan maksiat, sekalipun dia mengulanginya (maksiat) sebanyak 70 kali dalam sehari.”

(Riwayat at-Tirmizi)


Di samping itu, bersungguh-sungguhlah kita untuk terus mendidik diri agar tidak terus berbuat maksiat. Perkara ini memang tidak mudah, namun itulah harga syurga Allah. Jika kita teringat juga untuk melakukan maksiat kepada Allah, ingatlah enam pesanan Ibrahim bin Adham yang berikut, iaitu:


Apabila melakukan maksiat:


1. Dilarang makan rezeki yang Allah kurniakan. Sedangkan rezeki Allah melitupi langit dan bumi, layakkah kita melangggari suruhan-Nya?


2. Jangan menetap di negeri-Nya apabila teringin melakukan maksiat. Bagaimana hendak bermaksiat kepada-Nya, sedangkan langit dan bumi merupakan negeri-Nya dan di bawah kekuasaan pemerintahan-Nya?


3. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat, dan Dia tidak lalai daripada memerhatikan setiap gerakan dan tindakan ciptaan-Nya, hatta yang terlintas dalam hati sekalipun.


4. Apabila Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawa, katakan kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat!"


5. Apabila Malaikat Munkar dan Nakir datang, lawanlah mereka sedaya upaya mungkin. Itupun kalau terdaya.


6. Apabila sampai ke hadrat Ilahi dan Dia berfirman: "Masuklah ke dalam neraka." Katakanlah, "Wahai Tuhanku, aku tidak bersedia masuk ke dalam neraka."

Ciktomyam : astaghfirullahala'zim.. (insaf tetiba)
diringkaskan dari SUMBER.

November 27, 2011

Maal Hijrah dan Perubahan..

Hoii..bila nak berubah?
Masih dengan tabiat lama tak sudah-sudah
Masih buat maksiat dengan mudah
Masih tinggal solah
Masih subuh gajah

Hoi..bila nak berubah?
Masih tayang body dengan baju yang terdedah
Masih pakai tudung atas dada dan jaranglah
Masih tidak menutup aurat, free-hair?dengan megah

Hoi...bila nak berubah?
Usia dah lanjut umur bertambah
Kubur kata mari, rumah kata boleh blah
Main judi dan ambil rasuah
Bila ditegur buat tak endah

Hoi..bila nak berubah?
Masih kurang hajar dan buat salah
Merempit sana-sini tak tentu arah
Main awek dengan nafsu serakah
Berkepit sana -sini sampai lelah

Hoi..bila nak berubah?
Hisap rokok dan terlibat dengan dadah,
Nafsu didahulukan, syaitan diutamakankah?
Marilah berubah, tak perlu tunggu dah
Marilah berubah, marilah berhijrah.

Salam Maal Hijrah 1433H, 27 November 2011.

p/s: nasihat untuk diri dan semua umat Islam~ peace yoo..^^


November 26, 2011

Terima Kasih Atas Nasihat Itu

Hidup nie kalau tak da kekuatan memang jatuh ke lembah yang sungguh hina. Ya, tak mudah nak lalui hidup yang penuh dengan onak dan duri dengan jalan yang berliku-liku, Tanpa iman yang teguh, akal yang mantap, teguran yang berterusan, dan emosi yang kuat menjadikan kita lupa diri dan pelik. Ok, pelik ni di sini bermaksud kita dah lupa asal usul kita.

Bagi aku yang sukakan cabaran hidup sebab aku memandang bahawa cabaran itu akan mematangkan aku. Aku sentiasa dahagakan nasihat dan pedoman daripada orang yang hidup lebih lama a.k.a orang yang lebih tua dari aku. Jadi, ketika aku di zaman kampus, aku mengambil kesempatan dan peluan untuk mengumpul sebanyak mungkin nasihat dan peringatan daripada para pensyarah dan senior. Antara yang aku ingat (maklumlah nyanyuk sikit..hehe) aku senaraikan di bawah. Kata-kata mereka ini aku jadikan panduan dalam aku hadapi cabaran di alam pekerjaan yang lebih realiti. Layannn...

" Sakit yang paling sakit,adalah MATI. Jadi, cabaran hidup yang kita hadapi walaupun sangat-sangatlah berat tu, hanyalah sakit yang ringan sahaja. Jangan mudah mengalah" - Dr. Khadijah Alavi.

" Dalam dunia pekerjaan, susah nak dapat rakan yang setia, semuanya hanyalah sebagai rakan sekerja sahaja. Jadi, berhati-hati, jangan sesekali bercakap soal peribadi yang boleh mengaibkan diri kelak " -  Dr. Mustaffa Omar.

" Belajarlah apa sahaja walaupun hal remeh temeh, teruskan perjuangan" - Prof. Dr. Che Abd. Rahim Mohamed.

" Sentiasa majukan diri, tunjukkan kesungguhan dan daya saing. Jangan mudah putus asa " - En. Nik Hairi.

" Apa sahaja suasana dan keadaan kita berada, jadilah diri sendiri dan sentiasa rendah diri" - Kak Fizah.

" Bila kat tempat baru, jangan excited sangat, observe dulu, paham budaya di situ, tak banyak cakap pun takpa, biar orang boleh nilai hasil usaha kita daripada pencapaian kita sendiri" - Abg. Din.

" Kamu dah buktikan IQ kamu..dah cukup, sekarang apa yang penting dan kena tingkatkan ialah EQ." - Kak Fazni

Tapi, yang paling aku genggam quotation dan nasihat. Dan aku ingat sampai bila-bila di mana jua, aku cuba amalkan, adalah kata-kata dari tokwan aku sendiri

" Berbuatlah baik dengan semua orang, jangan sombong dan belagak. insyaAllah rezeki ada di mana-mana sahaja."
 - Tokwan

Terima kasih tokwan!
Terima kasih para pensyarah!
Terima kasih semua!

Terima kasih atas nasihat tu..!

May 10, 2011

Lelaki India Misteri Simbah Asid Pada Wanita, Wanita Diminta Berhati-hati

Assalamualaikum..

Walaupun kes lelaki misteri yang simbah asid pada wanita Melayu di Kuala Lumpur nie dh sebulan lalu, tapi CT rasa sangat panas untuk buat entry pasal nie. Tah, rasa macam menyampah dan panas hati sangat dengan kes bongok lagi bangang macam ni,. Mana taknya kes nie hanya bertumpu kepada golongan wanita Melayu, dan suspek ialah Lelaki India. Dua jantina dan dua bangsa... Hey..apa motif depa buat macam tu masih tak dapat diketahui....Lagilah menambahkan rasa panas dalam hati CT.. dan kamu semua jugak kan?

Difahamkan, kes simbah asid ini terjadi kepada wanita yang berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, sekitar Dang Wangi dan Sentul

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa.Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur".

Mangsa yang terdahulu sampai buta akibat disimbah asid tu.. sila baca SINI dan SINI.

CT pun jenis suka keluar sorang-sorang, bila dah jadi kes macam nie, takut sangat..! 
Jumlah kes sekarang ini dah 18...! maknanya dah 18 orang wanita menjadi mangsa. Weh,, tak dapat bayang  kalau kena dekat diri sendiri. Sampai kiamat, aku tak ampunkan si bangang dan bongok yang buat jenhayah tu..! Mintak simpang 44 la kan, xmaulah jadi mangsa kes macam nie..(amin..)

Kepada para wanita, berhati-hatilah, kalau boleh tu, nak keluar selalulah berteman dan jalan di tempat yang ramai orang. Jaga diri sendiri ya kamu2 wahai kaum sejenis saya..

Sekian..^^

dapat idea entry dari sini..hee~~

May 9, 2011

Tanda-tanda Orang Riya'

Assalamualaikum..

Eh..orang riya' nie pun ada tanda-tandanya taw..Nak taw tanda-tanda apa? Moh kita baca bawah nie:

Ali bin Abi Talib ra pernah berkata (yang bermaksud):
 
Orang riyak itu memiliki empat tanda":

1. Malas ketika bersendirian

2. Bersemangat ketika berada di tengah manusia ramai

3. Bertambah amalannya jika dipuji, dan

4. Berkurangan amalan jika tidak mendapat pujian.

Saja buh tulisan besaq-besaq..bg hangpa senang baca dengan jelas..haha..~~
Cer kita check, kita nie orang jenis riya' ke dok eh? sama2 lah muhasabah diri kita ya..

Terima kasih sudi baca..^^

Nawaitu is Niat

Assalamualaikum..

Tanpa berlengah lagi, hari ni nak berkongsi pasal Nawaitu atau kita selalu sebut Niat. Sebelum nie dah pernah bincang pasal entry berkaitan dengan niat juga... boleh baca kat sini. Jadi, entry kali ni adalah lanjutan dari entry hari tu. 

Apa maksud niat?

Bahasa : Kehendak hati atau tujuan hati.
Istilah : Gerak hati melaksanakan sesuatu perkejaan dengan tujuan mencari keredhaan ALLAH s.w.t

Pasai apa niat ni penting dalam setiap perkara yang kita nak buat? Meh baca hadis ini pula:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

Ha...dah jelas belum? Niat tu perlu tapi sangat perlu jika diiringi dengan KEIKHLASAN.
ke mana mahu pergi kalau tanpa niat?
Setiap muslim dituntut supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata’ala.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”.

Jadi, kalau kamu niat berblog (contohnya) kerana nak popular, nak dapat trafik atau nak dapat duit. Kirim salam lah, Allah tak terima amalan kamu berblog nie walaupun pengisian blog kamu penuh dengan dakwah islamik..Tapi, kalau kamu niat berblog kerana Allah..alhamdulillah, semoga Allah memberkati usaha murni kamu tu...

Tiba-tiba CT pun rasa tersentak dan insaf juga lah kan. Kadang-kadang kita lalai, asyik nak kejar follower. Tapi kita lupa untuk apa kita buat semua tu kan?

Tapi, Allah tu Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, sebab apa? Mai baca bawah nie pula :

“Ketika engkau berniat melakukan perkara baik, maka engkau sudah peroleh satu pahala. Maka apabila engkau lakukan, dapatlah engkau satu pahala. Apabila engkau berniat tetapi tidak melakukannya, maka satu pahala sudah pasti milik engkau.”

Lihat kemurahan pencipta kita, selalu memudahkan hambaNya dalam urusan dunia, ALLAH tahu apa yg kita perlu. Kita lihat pula niat buruk;

“Apabila engkau berniat buruk, maka engkau tidak dapat dosa ketika meniatkannya. Tetapi apabila di susuli tindakan dosa itu, maka engkau akan dapat satu dosa. Namun, sekiranya engkau berniat sahaja, tiada dosa sehingalah engkau melakukanya.”

Sekali lagi, lihatlah kemurahan ALLAH. DIA amat menyayangi hambaNya. Sangat kasih akan hambaNya.
 
Ayuh, mulakan niat hanya semata-mata kerana ALLAh SWT. Memulakan hidup keranaNya, melakukan kerja keranaNya, menundukkan diri keranaNya, merehatkan diri keranaNya… Lakukanlah keranaNya.


Itu saja, kalau nak bincang pasal topik Niat nie sok lusa pun tak abeh, CT harap semua paham dan dapat manfaatnya ok. Sama-samalah kita muhasabah dan berhijrah.
Terima Kasih sudi baca....^^..







May 3, 2011

Lillahitaa'la (Kerana Allah Taa'la)

Assalamualaikum..

Puhh..harini masuk hari ke2 ceq prektikel..agak boring awal-awal pektikel..siap boleh balik rumah lagi..Daripada pemerhatian ceq la..keja opis nie tak berapa best la..baik buka biz sendiri..mungkin tak sesuai dengan jiwa ceq yang suka kerja-kerja mencabar nie..Kerja opis macam tak mencabar sgt, siap kakak-kakak di opis boleh gosip lagi..aigooo~~ apa kehe nya lah..sebagai budak prektikel, kononnya baiklah tak melayan semua gosip-gosip meliar tu..hahaha..~~ Padahal tak taw nak menyampuk orang-orang tua bersembang. =D

Alamak..mukadimah panjang lelebih pulak..Berbalik kepada topik, - 'Lillahitaa'la' -

Kadang-kadang kita tak perasan pun yang kita nie buat sesuatu perbuatan tu untuk apa, kerana apa? Adakah memang diniatkan kerana Allah? Atau kerana sesuatu yang lain? Kerana makhluk Allah yang lain?
Contohnya, pekerjaan yang kita buat hari-hari...Kita pi kelas adakah diniatkan untuk menuntut ilmu kerana Allah? atau sebagai takut kena marah dengan pensyarah? atau nak jumpa marka/awek? 

Hari-hari kita buat perbuatan yang sama macam mandi, makan, masak..untuk apa semua tu? Adakah kita ikhlas yang semua perbuatan kita tu adalah sebagai ibadat kepada Allah? 

Mungkin ada yang tak tahu, walaupun sekecil perbuatan/ kerja yang kita buat, contohnya gosok gigi, kalau diniatkan kerana Allah sudah dinamakan ibadat.. Masya-Allah dah dapat pahala kan?

Tapi, perlulah perbuatan yang baik-baik, janganlah pula nak mencuri spender anak jiran sebelah niat kerana Allah..hoiiii..! sungguh kurang ajaq ok..dh la curik spender...niat kerana Allah pula, mau bagi lempang laju-laju la kan...*_*

Jomla kita sama-sama muhasabah diri kita, adakah semua perbuatan yang kita buat diniatkan kerana Allah?  err..adakah kita berblog nie kerana Allah? hehehehe...cuba check balik..

p/s : gajah di depan mata tak nampak, semut di seberang bukan main ja nampak, maknanya perkara remeh yang sepatutnya kita buat, kita abaikan, tapi perkara besar yang tak dak pekdah yang kita kejar...hey..!!~~