Peminat Tomyam

December 30, 2011

Kenapa Nak Salahkan Ibu Bapa Sahaja?

Masalah masyarakat, masalah negara, masalah kecil, masalah besar, lagi-lagi masalah sosial tak pernah nak habis kan.. Dunia sunyi tanpa masalah. Masalah sosial dalam kalangan remaja memang tak pernah menurun saban tahun pasti dan mungkin wajib untuk peratusannya meningkat. Lepastu mulalah semua orang berdebat mencari punca sebenar masalah sosial dalam kalangan remaja sekarang nie. Antara punca yang paling familiar atau terkenal atau top ialah punca daripada IBU BAPA

Kenapa? Kenapa nak salahkan ibu bapa sahaja dalam segenap isu atau masalah sosial? Kononnya ibu bapa tak pandai didik anak, ibu bapa abaikan anak, ibu bapa terlalu manjakan anak, ibu bapa tak faham naluri anak blablabla. Walhal jika diselidik,d ikaji banyak lagi faktor lain untuk mengaitkan punca terjadinya masalah sosial tersebut. 

Ok. aku ceritakan sedikit latar belakang ibu bapa aku dan sejarah hidup aku sampai saat aku menaip entry ini. Mak bapak aku bukannya orang cerdik pandai atau alim ulama, diorang pun tak ada nak didik kami jadi orang bijak pandai atau alim ulama, tetapi diorang didik ikut kemampuan diorang dan berlandaskan hukum Islam. Masa zaman sekolah dulu, mereka jarang bersama-sama kami buat kerja sekolah ajar kami satu persatu, jarang sangat, tapi Alhamdulillah aku dan kakak berjaya masuk universiti, abang aku pulak dah dapat kerja yang leh tanggung bini beliau. adik-adik aku pulak lain cerita sebab mereka hidup di zaman yang serba caca merba dan canggih manggih. Jadi, mereka ni agak nakal dan malas, aku pun tak tahu apa sebabnya, padahal didikan mak bapak aku bagi sama ja dari mendidik aku, kakak dan abang aku dulu kala, dan sebenarnya adik-adik aku lebih bertuah sebab zaman sekarang mereka lebih diberi perhatian memandangkan kakak2 dan abang mereka ini boleh 'sara' mereka jua. Tapi kenapa mereka jadi nakal pelik, pemalas nak belajar (terutamanya) dan ketegaq (nakal). Aku yakin ada punca lain yang mempengaruhi perkembangan diri mereka. Aku yakin juga punca tersebut ialah faktor persekitaran.

Faktor persekitaran ni banyak, dan aku sangat yakin yang menyumbangnya ialah faktor rakan sebaya dan teknologi. Aku taknak mengulas banyak mengenai kedua-dua faktor ini.Sebab korang mesti dah familiar masa zaman sekolah menengah dulu kan, Yalah kena buat karangan yang mana mesti faktor rakan sebaya dan teknologi tak kan ketinggalan sebagai ulasan karangan korang. Hahaha kan3? Teknologi mampu mendedahkan semua perkara baik dalam lubang cacing sampai ke ruang angkasa. semua benda korang dapat lihat, rasa dan ikut. Kalau korang yang jenis cepat terpengaruh memang korang akan terpengaruh. Aku bagi contoh, Facebook, simple ja korang yang tak pernah tahu pasal Freemason, Illuminati  apa kebenda tuh, korang boleh tahu dekat Facebook sahaja, kan? Korang tak tahu pun Seksualiti Merdeka kalau tak buka Facebook, kan? pengaruh tu semua pengaruh tuh.

Kenapa korang nak salahkan ibu bapa sahaja? Oh..mak bapaklah yang belikan korang laptop, belikan kan korang wifi, berukband? Tapi yang guna laptop dan berukband tu makbapak korang ke korang? Yang buka page-page, chatting lucah, upload gambar, bergaduh sesama geng tu mak bapak korang jugak ke? Mak bapak korang ke yang suruh dan ajar? Korang patut bersyukur dan menggunakan sebaik-baiknya kemudahan yang mak bapak korang bagi taw, kami dulu masa zaman muda remaja mana sempat nak tengok laptop dan berukband, Tak da semua tuh. bersyukurlah korang adik-adikku...

Ada kes, ibu bapa dah didik elok-elok anak tu, siap hantar pergi masuk kelas tahfiz dah, besar-besar anak tuh keluar islam, pergi clubbing, tudung labuh tu entah melayan gke mana.. malas aku nak bagi contoh korang google sendiri kes tuh. Ada kes mak bapak macam harem, dahlah rumah tangga perokperanda, anak-anak terabai, lepastu si isteri main jantan, yang suami main betina. Tapi anak-anak berjaya dan jadi orang berguna. Contohnya korang google sendiri. Takpun dalam kalangan kawan-kawan korang sendiri pun ada terjadi kan? Tak pun korang? Sory, aku bukan nak korang mengenangkan kisah lampau, tetapi aku nak masyarakat sedar yang jangan fikir satu aspek ja, kalau nak berjaya, nak jadi orang berguna tak perlu tengok orang lain, jadilah diri sendiri kan? Jangan ikut mak bapak korang.

Apa-pun korang kena tahu yang lebih penting faktor yang membawa pengaruh besar terhadap semua masalah dalam dunia ni yang tak dapat diselesaikan, malah lebih teruk ialah faktor IMAN. Kalau kita semua ni tahap iman tinggi sehingga kita percaya dan yakin sesungguhnya setiap perkara yang kita lakukan ada pahal dan dosa, ada balasan syurga dan neraka. Mustahil kita nak buat jahat, mustahil kita tak nak buat baik.

Fikir-fikirkanlah dan sama-sama kita muhasabah diri.

bersambunggg..(kalau rajin hehehe)

December 18, 2011

Tegur Aku

Tegur Aku..
Pabila aku leka..
Abai solat asyik bekerja..

Tegur Aku..
Pabila aku lalai..
Berpasangan sampai terbarai..

Tegur Aku..
Pabila aku alpa..
Pakai baju seksi dan seksa..

Tegur Aku..
Pabila aku leka..
Pakai tudung atas dada..

Tegur Aku..
Pabila aku dusta..
Pentingkan diri daripada mereka..

Tegur Aku..
Pabila aku terlena..
Tinggal akhirat mengejar dunia..

Tegur Aku..
Pabila aku ketawa..
Keterlaluan gembira sampai terleka..

Tegur Aku..
Wahai teman, wahai saudara..
Pabila aku leka, lalai dan alpa..

p/s : mari sama-sama tegur menegur..^^

December 15, 2011

Berdakwah Melalui Facebook

Nak berdakwah tak semestinya kena jadi ustaz, ustazah, pakai lebai, tudung labuh, orang biasa pun boleh berdakwah. Zaman sekarang nie, cara paling senang berdakwah adalah melalui Facebook. Hari-hari kita log masuk ke Facebook, lepastu ada sahaaja update status yang baik-baik daripada ulamak-ulamak dan kita sebarkan. Secara tak langsung kita berdakwah. Dah dapat pahala. Jom kita hayati puisi Facebook di bawah..=)

Facebook..
Hadir pada mulanya untuk menjatuhkan agama Islam,
Diwujudkan untuk merosakkan anak adam,
Tapi rupanya ukhuwah Islam senang dijalankan,
Agama Islam mudah disebarkan dan diikutkan,

Facebook..

Mudah maksiat dijalankan andai manusia salah gunakan,
Pelbagai fitnah telah disebarkan untuk pecah belahkan semua insan,
Namun wujud manusia sayangkan agama Tuhan serta perpaduan semua insan,
Membantu menyebarkan risalah Allah bagi kebenaran dapat diperkenalkan dan dilaksanakan.

Facebook..

Yahudi merancang merosakkan umat Islam secara pelahan,
Agar mereka dapat melumpuhkan segala dakwah yang dijalankan,
Tapi umat Islam tidak sebodoh yang disangkakan apatah lagi lemah seperti difikirkan
Menjadikan Facebook satu wadah penyebaran agama Islam agar semua dapat mengenali Islam lebih mendalam.

dah tak ingat ambil dari sumber mana, Kalau ada yang taw bagitaw. Aku nak kreditkan. ^^

Selamat berdakwah dengan Facebook ok..=)

December 13, 2011

Semua Serba Tak Kena

Susah kan kalau diri dah usaha nak capai apa yang diimpikan. Diri sendiri cuba jadi diri sendiri dan Alhamdulillah, Allah bagi kejayaan dan kesenangan yang lebih sikit sahaja dari orang lain dalam sesetengah perkara. Bukan susah untuk diri sendiri, tetapi susah bila ada yang dengki. Kenapa perlu ada sifat dengki dengan apa yang orang lain ada? Masing-masing ada hak dan masing-masing ada pembawakan hidup sendiri. Masing-masing ada cara sendiri nak ekspresi diri dan kebebasan untuk memiliki setiap impiannya. Kita berkongsi kejayaan dikatakan belagak, kita tak berkongsi dikatakan lupa diri dan kawan. Semua serba tak kena.

Sama juga - Bila kita tak lakukan apa yang orang lakukan seperti mengusik dan mengutuk kawan yang kurang perform, dikatakan kita budak baik. Padahal kita memang malas nak layan benda-benda bodoh sebegitu. Lebih baik buat hal sendiri, tengok kekurangan sendiri daripada menyibuk mengutuk orang lain. Bila kita mengatakan yang benar tentang sesuatu fenomena yang buruk - dikatakan kita ni tak jaga mulut dan bajet bagus. Semua serba tak kena.

Lagi - Bila kita dapat dekan dalam peperiksaan semester, dikatakan kita budak pandai. Padahal kita sendiri tak tahu mana datangnya pointer dekan tu. Kita sendiri pun study last minute, tak da pulak mengadap buku 24 jam. Lepastu dalam kelas kena perli budak dekan, budak dekan dan budak dekan. Apakejadahlahai aku tak rasa itu satu pujian malah menyampah aku dengar. Bila kita tak reti memberi pendapat, tak reti buat sesuatu tugasan, kena pulak diperli 'ko kan budak dekan..tak kan tak tahu kot...' oh dem..! ko ingat budak dekan tau buat semua benda ka?

Dan lagi - Bila kita dah berjaya dapat kerja lebih cepat dari kawan yang lain lepas grad, dan kita kongsi di facebook , dikatanya kita belagak, nak menunjuk-nunjuk dah jadi pegawai, gaji besaq, blablablabla..ok part nie paling aku muak. Nak ke dengar pulak kisah aku pernah keja kedai dobi basuh singlet/coli/spenda orang lepas aku grad sementara tunggu aku dapat kerja yang lebih bagus sekarang ni? Korang ingat aku senang-senang ja capai kesenangan?  Korang banyak tak tahu tentang aku. Dan Bila kita tak dapat kerja lepas grad, menganggur lah tu, orang kata budak dekan tak laku, harap pandai dalam akademik ja, tapi soft skills tak ada. Harap ngadap buku ja. blablabla. Semua serba tak kena. 

Jadi, aku sendiri tak paham apa yang korang dengki dan tak puas hati. Baik tengok kelemahan diri sendiri daripada mengutuk orang sana- sini, Tak pernah ambil positif dengan kejayaan orang, tetapi tahu nak pandang negatif sahaja. Inilah orang Melayu, tak pernah maju sebab selalu ada penyakit dalam hati. Bahaya wooo...!!

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
 "Janganlah kalian saling iri dan dengki.”
(HR. Muslim)

Ada ke yang berasa? Kalu ada..koranglah kan orang yang selalu tak puas hati dengan aku tu?

Ciktomyam : aku tetap jadi diri sendiri, aku tak pernah belagak dengan apa yang aku ada, aku selalu nak motivasi kawan-kawan aku secara tak langsung dengan apa yang aku capai, tetapi mereka belum capai. Aku tak pernah nak rasa belagak dan lupa kawan-kawan. Aku selalu tanya sendiri kawan-kawan tentang perkembangan depa. Itupun masih tak menghargai sifat ambil berat aku ka?. Aku harap korang ambiklah iktibar. Maju maju maju..!!!! Korang taw tak lagi korang dengki aku, lagi tu aku semangat nak berjaya. Ada korang taw? 

Aku Perempuan Normal

Sama. Aku sama seperti perempuan yang lain. Tetapi mungkin bila aku dedahkan habitat tabiat aku yang akan aku senaraikan nanti. Mungkin ramai yang akan kutuk aku perempuan selekeh dan kurang sopan. Yeah..! aku dah bersedia. sebab aku suka tunjukkan perangai aku yang sebenarnya. Secara umum, kalau korang tak kenal aku yang bebetul, korang memang akan pandang aku hina dan tak penting dalam hidup korang. Ada aku kesah? Ngeh3~ Hanya mereka dan mereka sahaja yang akan kenai aku sebetul yang mungkin.

Berikut merupakan fakta menarik (yeka?) tentang aku:
1. Aku seorang perempuan yang suka tengok org pakai mekap, tapi aku sendiri tak suka mekap dan sangat selekeh sehinggakan aku selalu keluar tak pakai bedak atau apa saja barang hiasan. Naturally face - sebab aku sangat malas nak belek dan tak suka bazirkan masa. Semua tu qenyah ok.
2.  Aku seorang perempuan yang suka nunggang moto, tak suka drive a car, even dah ada car atas nama aku - ya..bukan beli guna duit aku. Tapi aku merasakan drive a car adalah satu perkara yang lembap dan sungguh membazir masa apabila terperangkap dlm kesesakan. Aku rela meredah hujan lebat lagi..! ya..dengan berbaju kurung. Apabila ramai orang kata 'eh..bahayala naek moto'..Aku merasakan cara mereka berfikir sangatlah kolot, korang taw tak, kalau dah ditakdirkan mati dengan cara apa sekalipun boleh, abeh tu tak pernah ke berlaku orang mati terperangkap dalam kereta dan kereta terbakar, rentung..!?? Tawakal tu penting.. Korang bawak kereta pun belum tentu selamat.
3. Aku seorang perempuan yang tak suka bercakap tetapi suka menulis - Ya, aku suka bermonolog dalaman ja. Aku dalam diam maknanya aku cakap dengan diri aku sendiri. Kalau sekali aku bercakap tak berhenti pulak. Menyampah pulak orang dengar kan? Dan aku akan bercakap dengan lancar masa aku marah.
4. Aku seorang perempuan yang suka menunjukkan muka blur dan tak bersalah (innocent) - aku suka tunjuk aku bodoh dan tak reti apa-apa sehinggakan kawan-kawan aku menyampah dengan aku. Tapi cara mereka berfikir berbeza dengan cara aku berfikir. (Nak bg contoh banyak sangatla pulak..)
5. Aku seorang yang sangat fobia melihat tikus. Sangat ok..! Boleh termimpi-mimpi taw.
6. Aku seorang perempuan yang anti-kpop..haa ada yang marah ke? Eh..negara kita kan demokrasi. kalau korang suka kpop, aku anti-kpop, so masing-masing ada pandangan, perlu ke korang ban dan tak berkawan dengan aku yang anti-kpop? Taknak kawan sudah..pwerkkk =p..!!
7. Aku seorang perempuan yang suka makan kat warung berbanding kat restoran- sebab aku tak suka protokol dan menjaga kesopanan dan kesusilaan. walaupun aku seorang yang sopan..lolx. Jadi, aku tak kesah pun korang nak belanja aku kat warung Pak Mat tuh..
8. Aku suka tonton maharaja lawak dan gelak kuat-kuat kalau aku rasa itu memang lawak. Lepastu aku suka guna trademark yang raja lawak guna kat kawan-kawan. Tapi kawan-kawan aku tak ketawa pon..-.-
9. Aku pernah makan sambil duduk atas lantai dengan membe aku dalam KLCC tingkat atas- lepastu kena halau dengan pakguard. Kononnya tak elok mata memandang bila duduk atas lantai kat tempat macam tu. Lol.! Makan berdiri tu elok sangat lah kan??? letih doe jalan-jalan tetapi nak duduk tak da bangku disediakan. Buat bangunan beso-beso tapi nak buat kemudahan tempat duduk pun susah ka?
10. Tak suka keja makan gaji even sekarang tengah keja makan gaji. wuuu~~ kumpul modal dulu nak berbisnes nanti.

Cukuplah setakat tu ja. Entry ni khas untuk kawan-kawan yang baru kenal aku tetapi belum kenal aku, dan bagi kawan-kawan yang dah lama kenal aku tetapi masih tak kenal aku. Aku tak reti nak expose diri, tonjolkan diri, hanya dengan menulis di belog ja dapat aku kenalkan diri aku kat korang. Kalau korang nak aku kenal korang pulak. Silalah komen di bawah nie..

Sabor jelah..!~~

December 5, 2011

Kalau Nak Buat Maksiat...

Sepertimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 September 1995, maksiat di segi bahasa bermaksud derhaka. Manakala di segi istilah, maksiat ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul atau meninggalkan suruhan Allah dan Rasul-Nya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib. Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.


Muzakarah tersebut juga telah memutuskan bahawa jenis-jenis maksiat terbahagi kepada dua; pertama, maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintah-Nya dan melakukan larangan-Nya. Dan kedua, maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar dan maksiat terhadap harta awam. Sesungguhnya maksiat dalam apa jua bentuk sama ada kepada Allah dan Rasul, kepada manusia dan makhluk boleh merosakkan agama, iman, akhlak, kemuliaan diri dan kesejahteraan induvidu, keluarga, masyarakat, negara dan umat.

Justeru, bertaubatlah kita daripada segala maksiat yang pernah dan sedang kita lakukan. Sesungguhnya hamba Allah yang terbaik adalah mereka yang sering memohon keampunan daripada-Nya. Malah, orang yang memohon keampunan dianggap tidak berterusan melakukan maksiat, sepertimana yang dinyatakan dalam hadis daripada Abu Bakar as-Siddiq radiallahuanhu, Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda (yang bermaksud):


“Orang yang memohon keampunan tidaklah dianggap berkekalan melakukan maksiat, sekalipun dia mengulanginya (maksiat) sebanyak 70 kali dalam sehari.”

(Riwayat at-Tirmizi)


Di samping itu, bersungguh-sungguhlah kita untuk terus mendidik diri agar tidak terus berbuat maksiat. Perkara ini memang tidak mudah, namun itulah harga syurga Allah. Jika kita teringat juga untuk melakukan maksiat kepada Allah, ingatlah enam pesanan Ibrahim bin Adham yang berikut, iaitu:


Apabila melakukan maksiat:


1. Dilarang makan rezeki yang Allah kurniakan. Sedangkan rezeki Allah melitupi langit dan bumi, layakkah kita melangggari suruhan-Nya?


2. Jangan menetap di negeri-Nya apabila teringin melakukan maksiat. Bagaimana hendak bermaksiat kepada-Nya, sedangkan langit dan bumi merupakan negeri-Nya dan di bawah kekuasaan pemerintahan-Nya?


3. Ingatlah bahawa Allah Maha Melihat, dan Dia tidak lalai daripada memerhatikan setiap gerakan dan tindakan ciptaan-Nya, hatta yang terlintas dalam hati sekalipun.


4. Apabila Malaikat Maut datang untuk mencabut nyawa, katakan kepadanya, "Tunggu sebentar, aku akan bertaubat!"


5. Apabila Malaikat Munkar dan Nakir datang, lawanlah mereka sedaya upaya mungkin. Itupun kalau terdaya.


6. Apabila sampai ke hadrat Ilahi dan Dia berfirman: "Masuklah ke dalam neraka." Katakanlah, "Wahai Tuhanku, aku tidak bersedia masuk ke dalam neraka."

Ciktomyam : astaghfirullahala'zim.. (insaf tetiba)
diringkaskan dari SUMBER.

November 27, 2011

Maal Hijrah dan Perubahan..

Hoii..bila nak berubah?
Masih dengan tabiat lama tak sudah-sudah
Masih buat maksiat dengan mudah
Masih tinggal solah
Masih subuh gajah

Hoi..bila nak berubah?
Masih tayang body dengan baju yang terdedah
Masih pakai tudung atas dada dan jaranglah
Masih tidak menutup aurat, free-hair?dengan megah

Hoi...bila nak berubah?
Usia dah lanjut umur bertambah
Kubur kata mari, rumah kata boleh blah
Main judi dan ambil rasuah
Bila ditegur buat tak endah

Hoi..bila nak berubah?
Masih kurang hajar dan buat salah
Merempit sana-sini tak tentu arah
Main awek dengan nafsu serakah
Berkepit sana -sini sampai lelah

Hoi..bila nak berubah?
Hisap rokok dan terlibat dengan dadah,
Nafsu didahulukan, syaitan diutamakankah?
Marilah berubah, tak perlu tunggu dah
Marilah berubah, marilah berhijrah.

Salam Maal Hijrah 1433H, 27 November 2011.

p/s: nasihat untuk diri dan semua umat Islam~ peace yoo..^^


November 26, 2011

Terima Kasih Atas Nasihat Itu

Hidup nie kalau tak da kekuatan memang jatuh ke lembah yang sungguh hina. Ya, tak mudah nak lalui hidup yang penuh dengan onak dan duri dengan jalan yang berliku-liku, Tanpa iman yang teguh, akal yang mantap, teguran yang berterusan, dan emosi yang kuat menjadikan kita lupa diri dan pelik. Ok, pelik ni di sini bermaksud kita dah lupa asal usul kita.

Bagi aku yang sukakan cabaran hidup sebab aku memandang bahawa cabaran itu akan mematangkan aku. Aku sentiasa dahagakan nasihat dan pedoman daripada orang yang hidup lebih lama a.k.a orang yang lebih tua dari aku. Jadi, ketika aku di zaman kampus, aku mengambil kesempatan dan peluan untuk mengumpul sebanyak mungkin nasihat dan peringatan daripada para pensyarah dan senior. Antara yang aku ingat (maklumlah nyanyuk sikit..hehe) aku senaraikan di bawah. Kata-kata mereka ini aku jadikan panduan dalam aku hadapi cabaran di alam pekerjaan yang lebih realiti. Layannn...

" Sakit yang paling sakit,adalah MATI. Jadi, cabaran hidup yang kita hadapi walaupun sangat-sangatlah berat tu, hanyalah sakit yang ringan sahaja. Jangan mudah mengalah" - Dr. Khadijah Alavi.

" Dalam dunia pekerjaan, susah nak dapat rakan yang setia, semuanya hanyalah sebagai rakan sekerja sahaja. Jadi, berhati-hati, jangan sesekali bercakap soal peribadi yang boleh mengaibkan diri kelak " -  Dr. Mustaffa Omar.

" Belajarlah apa sahaja walaupun hal remeh temeh, teruskan perjuangan" - Prof. Dr. Che Abd. Rahim Mohamed.

" Sentiasa majukan diri, tunjukkan kesungguhan dan daya saing. Jangan mudah putus asa " - En. Nik Hairi.

" Apa sahaja suasana dan keadaan kita berada, jadilah diri sendiri dan sentiasa rendah diri" - Kak Fizah.

" Bila kat tempat baru, jangan excited sangat, observe dulu, paham budaya di situ, tak banyak cakap pun takpa, biar orang boleh nilai hasil usaha kita daripada pencapaian kita sendiri" - Abg. Din.

" Kamu dah buktikan IQ kamu..dah cukup, sekarang apa yang penting dan kena tingkatkan ialah EQ." - Kak Fazni

Tapi, yang paling aku genggam quotation dan nasihat. Dan aku ingat sampai bila-bila di mana jua, aku cuba amalkan, adalah kata-kata dari tokwan aku sendiri

" Berbuatlah baik dengan semua orang, jangan sombong dan belagak. insyaAllah rezeki ada di mana-mana sahaja."
 - Tokwan

Terima kasih tokwan!
Terima kasih para pensyarah!
Terima kasih semua!

Terima kasih atas nasihat tu..!

November 25, 2011

Konsep Sebenar Perempuan Hot

Baru-baru nie, aku ada wat entry pasal Lelaki Macho, jadi kali ni aku nak bincang dan kemukakan pendapat peribadi tentang perempuan hot pulak. Aku tak terer sangat nak kupas isu nie, tapi macam biasa blog aku adalah tempat aku kongsi pendapat peribadi aku tak kira betul atau salah..dah nama pun pendapat, aku tak pandai nak cakap soal fakta, tetapi aku suka berkongsi berdasarkan naluri, pengalaman dan pemikiran aku. Janji pandangan aku tak salah di sisi hukum Islam. Kan..


Maksud 'hot' di sini ialah perempuan yang digilai ramai dan menjadi rebutan lelaki-lelaki macho. Perempuan hot nie mempunyai ciri-ciri tertentu yang menjadi daya penarik semua orang tak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, bujang atau lelaki orang.. Contohnya, aku bagi Lisa Surihani, korang rasa dia hot kan...aku rasa ya, sebab dia memang digilai dan menjadi rebutan jejaka di luar sana.. Dan aku yakin ramai yang tak berani nak dekati Lisa sebab merasakan diri tak setanding Lisa kan..kalau yang berani pun mungkin dia perasan dia adalah lelaki macho atau juga lelaki tak malu. Maybe.

aku harap kak lisa tak marah aku cilok pic dia kat pakcik google..huhu~

Jadi, korang dah faham kan konsep asas perempuan hot, iaitu perempuan yang mempunyai daya penarik dan menjadi rebutan ramai, bukan sahaja daripada segi rupa paras, tetapi juga cerdik, berbakat, sopan dan bertatasusila (sopan macam aku...sila lempang muka sendiri) -.-

Aku sedar (aku harap korang pun), zaman serba canggih dan moden nie, betapa ramai perempuan merasakan diri mereka hot..Kita leh nampak dengan mata kita sendiri..Di pasaraya-pasaraya, perempuan yang berjalan dengan lenggang lenggok, sambil buat mulut muncung itik, berpakaian seksi dan fesyen up to date (la sangat kan..) dengan muka perasan ramai balaks yang usya..shawl lilit terbelit warna- warni adalah perempuan yang merasakan mereka itu perempuan hot. 

Tetapi, adakah ini merupakan konsep sebenar perempuan hot? Atau adalah fitnah dari media massa sahaja?

Bagi pandangan aku secara peribadinya, itu hanyalah psikologi budaya moden yang dicanang-canangkan oleh media  dan Yahudi sahaja. Perempuan/wanita pada masa kini berlumba-lumba menjadi hot dan kegilaan ramai, sudah semestinya mereka inginkan publisiti yang melampau sehinggakan ramai yang tak malu untuk menonjol dalam dunia yang tidak sepatutnya, dunia fesyen, hiburan dan realiti tv etc. Mereka dengan tidak segan dan tanpa silu menghiasi diri mereka untuk menjadi anggun dan cantik (kononnya) dengan mekap yang tebal, pakaian yang menjolok mata, penampilan diri yang menggoda dan berani di luar batasan. Inilah yang dicanang-canangkan  media masa kini. Perempuan-perempuan sebegini dilabelkan sebagai perempuan hot kerana kecantikan mereka menjadi pujaan ramai.

Adakah anda salah seorang perempuan yang terpedaya dan terpengaruh dalam berlumba-lumba mendapatkan gelaran tersebut?

Jika Tidak, Alhamdulillah.
Jika Ya, Nauzubillah..

Realiti dan sejarah membuktikan bahawa perempuan-perempuan hot dalam sejarah Islam ialah perempuan yang pandai menjaga maruah, menjaga auratnya daripada pandangan lelaki ajnabi, menjaga pergaulan dan tingkahlakunya, bijak, tinggi nilai peribadinya, sentiasa merendah diri dan sentiasa meningkatkan tahap keimanannya.

Jadi, bagaimana yang dikatakan konsep sebenar perempuan hot??

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; Rasulullah SAW bersabda; Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Jap..jap..ada lagi bukti hadis:

Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai". (riwayat Ahmad 1/191, Shahihul Jami’ no. 660, 66).

Haa...nampak tak..sangat berbeza apa yang Allah angkat dan labelkan martabat seorang wanita sebagaimana yang dikatakan perempuan hot dan pujaan ramai tu dalam konteks islam, dengan budaya perempuan hot pada zaman moden nie. Sangat berbeza dan bertentangan kan..

Istilah perempuan hot adalah perempuan yang tidak berhias-hias dan berlumba-lumba menonjolkan kecantikan mereka,

Allah berfirman di dalam al-Quran yang menunjukkan perintah kepada isteri-isteri Nabi :selawat yang bermaksud : Tetaplah kamu dalam rumahmu dan janganlah kamu berhias-hias seperti berhiasnya perempuan jahiliyah yang dahulu…» [al-Ahzab : 34].

Daripada segi berpakaian dan berfesyen,

"...dan jangan lah mereka mennampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur: 31) 
Tambahan lagi, syaitan akan mencantikkan wanita itu di mata lelaki, dan syaitan akan memandang wanita itu untuk menyesatkannya dan orang lain akan menjadi sesat disebabkan olehnya.

Kesimpulannya, entry ini mengingatkan diri aku dan kawan-kawan perempuan yang lain suapaya usahlah dikejar yang tidak kekal. Tu semua duniawi je tu..Justeru, Iman ditingkatkan, akhirat diutamakan. Peace =D

 INI CONTOH SAHAJA!!!

Kome rasa nak pilih perempuan mana kat bawah nie..untuk dijadikan isteri? 

INIKAH?
atau INIKAH???

Renung-renungkan dan selamat beramal..^^

p/s : Cik Tomyam tak hot. Cik Tomyam Cool.


November 20, 2011

Konsep Sebenar Lelaki Macho..

Waahhh...banyaknya sawang kat blog aku nie..lama bebeno aku dah tak update blog.. Bz dan perasan bz la katakan..Padahal banyak ja benda aku nak tulis kat blog aku. Mesti ada yang tertunggu-tunggu update entry dari aku kan..(haha perasan mintak pelempang..sapa pun tak baca blog hang cik nani oiii)..Kalini aku datang dengan semangat nak update entry dengan tajuk yang agak panas dan hot temper kalau yang membacanya terperasan terkena batang idong sendiri..hik3~~ sabo sabo ye..abang-abang di luar sana...

Niat aku baik (kononnya) nak berkongsi pendapat dan pengalaman aku sendiri...Walaupun aku bukan lelaki mahupun lelaki bertukar perempuan (maknyah), aku tahu serba sedikit tentang konsep lelaki macho berdasarkan pemerhatian aku..

Aku tahu korang lelaki macho paling stylo di abad dunia akhir zaman nie..
Aku tahu korang lelaki macho paling hanco di abad dunia akhir zaman nie..


Aku buat dua perbezaan nie supaya korang cermin-cerminkan diri korang supaya korang meletakkan standard ke'macho'an korang di tahap yang sesuai


Sebelum tu, korang taw ke lelaki macho nie kena ada beberapa kriteria penting untuk dimartabatkan sebagai lelaki macho? Kalau tak cukup/lengkap kriteria nie, korang adalah lelaki macho yang hanco (macam tu pun bolehhh)..dan kalau korang lelaki yang berjaya memiliki kriteria-kriteria tersebut, korang memang lelaki macho yang diidam-idamkan oleh setiap wanita cun di dunia akhir zaman ini...Mari kita kaji setiap kriteria yang aku nyatakan di bawah ni:

1. Korang tak pernah tinggal solat lima waktu setiap hari. Korang memang macho la...!
2. Korang solat setiap waktu pada awal waktu dan berjemaah. Korang memang macho la..!
3. Korang selalu jaga hati mak bapak korang, korang tak menyebabkan mereka susah hati di kampung dan bimbang tentang masa depan korang. Korang memang macho la..!
4. Korang ada perancangan nak kahwin awal..sebab korang tak nak tambah dosa maksiat..Korang memangmacho la..!
5. Korang tak sesuka hati dan pankreas korang je nak bawak dan mengusung anak dara orang merata-rata tanpa pengetahuan mak bapa perempuan tersebut. Sebaliknya, korang mintak izin dulu..Korang memang machola..!
6. Korang ada janggut ciput mcm kambing..oh sangat macho la korang...!!
7. Korang pandai tunggang motosikal..err..aku tak leh terima kalau ada lelaki tak reti bawak moto..seyes malu sama gua la bro..gua yang perempuan ayu lagi bertatasusila nie pun  (lempang) reti bawak moto..Machola sikit bro..!
8. Sentiasa cool kalau ada masalah kecik dan besar menimpa..Korang memang macholah..!!
9. Korang tak ek..walaupun korang banyak kelebihan tapi korang sentiasa humble dan berkawan dengan sesiap saja..Korang memang lelaki macho...!!
10. Yang nie tolongla bro..tolongla letak ringtone henset korang dengan nada dering yang sesuai..lelaki macho  tak kan letak lagu 'Hatimu...Hatiku...Menjadi Satu Cinta...' atau 'Cindailah mana...hendak berhias...' (sekadar contoh...oh whatthenyah..aku rasa macam nak lempang seseorang kalau fenomena ini berlaku di depan mataku...kan...kann?? 
11. Korang lelaki yang humor..aku pelik dan sangat tak leh terima kalau ada lelaki tu dah macho tetapi kalau lawak kaklimah dan lawak raja lawak jozan yang aku buat, dia leh tak gelak, dia tetap dengan muka perasan  macho..(konon cool la kan)..Aku tak rasa itu cool sebab aku berpandangan bahawa lelaki macho lagi macho kalau jenis yang humor..tolong jangan jadi arnold susahnakeja dalam filem Terminator yang tak da perasan tu..

12. Korang merupakan anti-kpop atau anti-gaypop..Weh..kalau muka macho mengalahkan aaron aziz sekalipun kalau korang fanatik dengan kpop dan korang gay..aku dengan yakinnya melabelkan korang 'lelaki paling hanco di dunia azkhir zaman ini!!!'

Ini ja yang mampu aku senaraikan buat setakat nie..banyak lagi kriteria lain yang boleh dijadikan kayu ukur lelaki macho nie..

Sekian, terima kasihla kalau baca entry merepek aku nie. Korang memang macho la...!!^^

October 19, 2011

Adoi..Macam Ni Punya Sekolah Pun Ada Ka?

Sekolah adalah tempat mendidik orang menjadi insan yang berguna untuk negara. Tetapi sekolah yang melatih pelajar menjadi penipu pun ada kat dunia nie.

Ikuti berita yang dipetik dari SUMBER


KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.

Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.

“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.

“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.




Cik Tomyam : lepas ni ada pula sekolah yang melatih menjadi perogol. Dunia akhir zaman. Siapa sangka kan?
P/s: Semoga kita terselamat dari menjadi penipu dan mangsa penipu.. 

October 15, 2011

Mesti Beli : Majalah Solusi Edisi Ke 36

Bagi orang yang cintakan ilmu, dahagakan dan lapaqkan ilmu, mesti mereka akan tercari-cari dan berusaha untuk mendapatkan medium untuk mereka menambahkan ilmu pengetahuan.

Antara medium paling mudah dan senang nak dilakukan ialah MEMBACA. Lagipon surah pertama dalam AL-Quran adalah 'Surah Iqra' ''. Allah suruh kita membaca untuk dapat ilmu dan jadi orang yang berguna. Jadi misi CT adalah untuk MEMPROMOSIKAN Majalah Solusi. Mungkin agak ketinggalan terlalu jauh bila pertama kali CT membeli majalah yang sangat menarik dan bermanfaat ni. Dulu dok usya ja hang taw dak, memang dah lama berkenan dengan Mamat Solusi nie, nak melamar macam ramai gila peminat dia, takut nak tegur dan masuk meminang, La nie, hati dak tak tahan memang nak sangat memiliki Beliau (Mamat Solusi). 

Alhamdulillah dapat jugak CT beli beliau (Majalah Solusi Edisi ke-36) dan bawak balik ke rumah, siap tidur sebantal lagi..HAHAHAHA =D

Tapi, terkejut juga lah CT tengok harga hantaran Beliau RM10, dulu dia letak harga RM9 ja. Amboii naik harga dah noo..Mentang-mentang harga diri Beliau mahal setanding dengan 'keperibadiannya'. HAHAHA =D

Ok, sebenarnya langsung tak rugi beli Majalah Solusi nie, Biarpun naik harga tapi isi kat dalamnya betol-betol lebih berharga taw. Memang bila baca macam dibuai angan yang indah. sangat menarik dan tertarik. Manfaat di dalamnya tak dapat disangkal, terlalu berharga berbanding harga yang kita bayar. Ilmu mana boleh diberi dengan wang ringgit kan. Tapi sejauh mana kita tukar ilmu tu jadi pengetahuan untuk kita amalkan bergantung kepada diri sendiri juga.

Antara kandungan yang menarik di dalam Majalah Solusi Edisi ke-36 tu adalah yang utamanya mengenai kewajipan Solat Subuh Berjemaah kepada kaum lelaki, dan solat Subuh di awal waktu bagi kaum perempuan. Umat Islam tak sedar bahawasanya Solat Subuh tu adalah tanda kemenangan umat Islam..! Ha..tak caya, Tapi itulah realitinya. Nak tahu selanjutnya, bolehlah dapatkan Majalah Solusi Edisi ke-36.

 Majalah Solusi Edisi ke-36

Antara lain ada cerita mengenai Sumpah, Khusyuk, Adab Menuju Jalan Tuhan, Cara Menjadi Penulis (bagus untuk blogger membacanya),  Cara Menyimpan Duit, Mencitai Saudara Adil Terhadap Anak-Anak dan banyak lagiiiiiiiiiii............Semuanya bermanfaat taw..!

Jadi, jangan lupa dapatkan Majalah Solusi Edisi ke-36 ok..!!!^^


Sabda Rasulullah SAW, riwayat Abu Naim daripada Anas r.a, 
"ilmu pengetahuan itu menambahkan mulia dan meninggikan taraf seorang hamba kepada raja".

October 13, 2011

Kekuatan Umat Bila Bersatu Padu

Saja ubah tajuk sikit. Tapi ambil dari sumber INI.

Betul jugak kan..bila umat bersatu padu, Tak kiralah umat bangsa apa sekalipun, agama apa sekalipun, kaum mana sekalipun, di situ terdapat satu kekuatan yakni keteguhan bangsa dan kuasa. 

Sepertimana ucapan Tun Dr.Mahathir Mohamad:

“Dalam sejarah, Sepanyol pernah berada di bawah kekuasaan Islam, namun ia jatuh ke tangan bukan Islam kerana umat Islam ketika itu berpecah-belah dan berperang sesama sendiri sehingga membuka peluang kepada musuh mengambil kesempatan.


“Di Singapura pula, orang Melayu yang beragama Islam sudah menjadi kaum minoriti dan kehilangan suara manakala di selatan Thailand, orang Islam sangat lemah, miskin serta sering menjadi mangsa tekanan. Tidak sampai 10 tahun lagi mungkin perkara sama berlaku di Malaysia,”


Ini buktinya yang menunjukkan kepentingan masyarakat Malaysia perlu bersatu padu..

Jadi, marilah kita semua bersatu padu dalam masyarakat majmuk nie. I Love Malaysia.!!.^^

Kat sini ada video Matlutfi buat tentang ' Made by Malaysian"

(tengok bg yang BELUM tengok ok..zass)



Sekian, entry ala-ala patriotik..kot..



Aku, Encik Malas dan Tips

M A L A S satu sikap yang sering mengantui CT sekarang nie..sangat malas hampir setiap hari. Malas nak bangun pergi kerja. Lepas bangun solat subuh dan manidi, boleh pula tidur balik, walaupun tak nyenyak tapi malas nak bangun pergi kerja. Perangai huduh sungguh kan.. macam nak bagi pelempang kat diri sendiri. Tapi memang rasa malas dan mengantuk, lepastu boleh bagi alasan kat Bos tak sihat nak ambil cuti. Memang sifat yang huduh kan?

Huduh sungguh perangai malas tu bila kena pada anak dara kan. Ct pulak baru genap sebulan ja kerja. Tetapi langsung tak semangat apabila bangun pagi dan lepas solat, mandi dan siap boleh tidur balik. Huduh betoi...kan??
Lepas bangun, CT akan kunci jam balik, extend tidur..HUDUH toi..!


CT ada kesedaran juga tentang sikap huduh Ct nie (apa ingat orang tak insaf ke) huhu.. Selalu ja terfikir macam mana aku nak ubah perangai buruk aku ni. Ni bujang dah malas-malas, nanti dah berlaki, beranak pinak pagi-pagi mesti sibuk sediakan sarapan dan siapkan pakaian depa kan. Tapi, kenapa cuma ada kesedaran tetapi tak ada inisiatif untuk berubah?

Erm..sebenarnya CT ada dapatkan beberapa info daripada Pakcik Google tadi, MALAS ni adalah sikap yang berpunca daripada masalah minda atau masalah psikologi..(alamak..CT tak gila ok..! waras lagi neh..!)

"Kebiasaan malas timbul kerana kita cenderung mengaitkan masa depan dengan persepsi negatif. Anda menangguh pekerjaan karena cenderung membayangkan setumpuk tugas yang harus dilakukan di pejabat. Belum lagi berhubungan dengan orang-orang yang anda tidak sukai, misalnya.

Dalam beberapa hal, Anda pun mungkin akan kehilangan momen untuk berkembang ketika Anda mengatakan “tidak” terhadap sebuah kesempatan –Anda malas bertindak karena bayangan negatif tentang hal-hal yang memberatkan didepan."

Nah, segenuak fakta yang mana betul dengan apa yang CT alami. Ok, sebenarnya CT memang dah set dalam minda yang CT kurang berminat dengan kerja yang dilakukan di opis CT. Kerja CT sangat simple, tetapi nak selesaikan kena buat banyak kali dan ambil masa yang lama. Nak tau kenapa? Ok, CT ambil contohla, CT kena call pensyarah untuk dapatkan pengesahan sama ada depa free tak pada tarikh sekian. Tetapi nak call pensyarah tu punyalah berjuta (tipu ja) kali call, tapi tak da juga yang diangkatnya. Dari hari isnin sehingga hari nie (Khamis) pagi dan petang CT call nombor yang sama, pensyarah yang sama tetapi tak dijawab. T_T Sadis taw..macam orang bodoh saja kan?

Kadang-kadang tugas CT kena hantar emel kepada pensyarah untuk dapatkan maklumat tertentu, contoh Tajuk Persampelan bla..bla..Tetapi dah 3 minggu emel dihantar kepada 30 orang pensyarah cuma yang respon 4 orang ja. Dan..CT ambil insiatif hantar sekali lagi emel PERINGATAN, tak da juga yang respon. Hampeh..! Frust taw tak, macam buat kerja tah apa-apa... Ditambah pula bos selalu nak update maklumat yang diminta tuh. Tapi jawapan CT bagi mesti hampa kan? Dahtu ,nak buat macam mana, CT dah usaha macam-macam, tapi kerjasama dari orang tu susah bebeno nak dapat. Saborrr je lahhh....!

Tu antara tugas CT kat opis, nampak macam gampang kan? Rasa fedup kadang-kadang hentak ja talipon opis tu (tanda protes) Tapi tak da juga perubahan huh. Itulah antara punca CT malas nak p kerja, di samping sebab utama :

1. Membayangkan tugas yang tak mencabar dan hampeh kalau buat pun.
2. Berhubung dengan orang-orang yang susah nak dapatkan kerjasama.
3. Tak da kawan ( CT sorang ja jawatan RA Sosial kat sini, yang lain semua pegawai sains dan selalu tak da kat opis)

Dan..apa nak buat, tak kan CT nak dok di takuk lama ja, tak kan tak nak berubah untuk pencapaian diri yang lebih stabil kan..? Oii..CT tak kan biarkan begitu sahaja. Antara tips nya:

1. Yakin pada diri dan cakap 'Saya Lakukan Ini kerana Allah SWT'.
2. Fikirlah 'Pengalaman lebih Berharga walaupun tugasan macam orang bodoh'
3. Bersyukur tugas tak susah.
4. Kita bukan manusia sempurna..

InsyaAllah CT akan berubah menjadi orang yang rajin macam sebelum nie, (rajin ke?) 

Apa-apa pun CT bersyukur sebab dapat tawaran ikut program Sektor Awam, maknanya CT akan berkhidmat sepenuhnya dengan sektor awam nie, sebab CT ni pemegang biasiswa JPA masa belajar dulu.  Program nie baru ja dilancarkan oleh PM kita dan CT bangga juga sebab terpilih ntuk sertai pada batch pertama nie (Oktober 2011).Hanya 40 orang ja yang sertai. Gila tak riak kan? Haha =D Program tu dinamakan Talent Acceleration in Public Service (TAPS). Nak tau lebih lanjut sila klik SINI.

Alhamdulillah, selama ni CT bersabar dan Allah murahkan rezeki CT, terima kasih Allah..

Terharu =')

P/s : Lepas ni lehla ucapkan Baibai Ekomar...!! Babai Boss..!!^^

Don't be lazy ok..!



October 12, 2011

Manusia Mudah Berubah

Hari tu CT ada buat entry pasal Manusia Memang Begitu, kali ni nak kongsi entry pasal Manusia Mudah Berubah pula. Tahla, rasa macam bila buat entry pasal manusia nie, rasa macam muhasabah diri. Apa-apa pun semoga kita sama-sama beroleh manfaatnya ok.^^

Manusia mudah berubah,
Bila ditabur wang berjuta,
hati gelap dan buta,
Gelap mata kerana wang,
Gelap hati kerana wang,
Bukalah mata, kerana wang bukanlah segalanya.

Manusia mudah berubah,
Bila hati berpaut cinta,
Manusia menjadi buta,
Sampai hasil cintamu haram dan dusta,
Dibuang anak merata-rata,
Ibu bapa kau tinggal merana.

Manusia mudah berubah,
Bila rasa dunia mereka yang punya,
Bila kuasa dan perintah di tangan,
Menjadi ketua yang suka perintah,
Melenting tak tentu arah,

Manusia mudah berubah,
Bila emosi mengawal minda,
Sampaikan membunuh akal,
Merosakkan akal,
Mempertuhankan hawa nafsu,

Sedarlah manusia,
Umur dunia semakin singkat,
Hidup kita tak lama,
Kelak pasti binasa,
Adakah kita turut sama binasa?

Manusia Mudah Berubah..

October 10, 2011

Manusia Memang Begitu

Manusia,
hamba Allah yang cukup unik
Yang dikurniakan dengan Akal
Yang Dapat Membezakan Antara Hak dan Batil..

Tetapi,,
Sebijak-bijak Manusia, dalam Hatinya pebuh dengan sifat dendam dan dengki,..
Kenapa mereka seolah-olah tidak mengenal Tuhan dalam berbaik sangka
Mereka selalu berburuk sangka 
Mengetepikan yang hak.

Dalam dunia ini,
Ramai manusia yang tewas dengan segala kemewahan
Mereka jadi rakus dek kerana mengejar nama
Menjulang darjat dan pangkat
Mengumpul harta dan kekayaan..

Dan..
Anda tidak perlu terkejut jika di sekeliling anda 
Terdapat manusia-manusia yang mempertuhankan hawa nafsu
Anda tidak perlu terkejut apabila menghadiahkan sebatang pena kepada orang bebal,
lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada anda,

Dan..
anda tidak usah terlalu terkejut,
apabila orang yang anda beri tongkat untuk mengiring kambing gembalaannya
justeru memukulkan tongkat itu ke kepala anda
Itu semua adalah watak dasar manusia yang selalu mengingkari dan tidak pernah bersyukur
kepada Penciptanya sendiri
Yang Maha Agung dan Mulia.

Begitulah,
kepada Tuhannya saja mereka berani membangkang dan mengingkari,
maka apalagi kepada kita yang bergelar manusia.

Manusia memang begitu..!


.

October 8, 2011

Bodoh dan Bangang!

CT bangun pagi harini dengan senyuman dan semangat, Tapi bila CT terbaca ja Harian Metro Harini, terus rasa menyampah dan bengang sangat. Hanya perkataan 'BODOH dan BANGANG' sahaja boleh CT cakap. Nak tau kes apa?? Baca kat bawah nie:

Bayi 23 hari diliwat bapa

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.

“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera. 





Kan..kita baca mesti geram kan dengan si bapak setan tu kan..?

Tengok yang CT highlight kaler kuning tu, memang kejam macam whatthef**k..Grrr..
Kenapalah ada bapak yang macam tu kan?

Kalau ya pun sabar lah sikit, tunggula bini hang habis pantang dulu, Memang betoi2 gila seks ini olang la..

Hampeh.

Sekian entry yang emo.