Peminat Tomyam

March 2, 2011

Kerana Suaranya Saya Jatuh Cinta...!!

Assalamualaikum...

Serius..! Tak taw nak cakap lagi masa dia start bercakap tu, cik tomyam dengar suara dia terus terpikat..!! Cik tomyam betul2 jatuh cinta..waduh2 sih..gimana sekarangnyaa? 
kompom malam ni cik tomyam tidor tak lena, esok pagi mandi tak basah, dan makan pagi, makan tengah hari dan makan malam tak kenyang...erk! sumpah bohong belaka tang makan tak kenyang tu...huhu..

Masih terngiang-ngiang lagi suaranya yang merdu gila..bak mendengar alunan muzik yang mengasyikkan..sungguh mendayu-dayu..
serius sangat..! hangpa semua jangan la gelak..cik tomyam mana reti nak jatuh cinta macam ni..
bila dah jadi,..terus gelabah wat entry..hahahaha!

Bila terdengar ayat pertamanya...
'Bismillahirrahmanirrahim...'

cik tomyam masih boleh steady..

Dan beliau menyambung bersuara...
'Alhamdulillahirabbila'lamin..

puh...cik tomyam dapat rasakan sungguh...sungguh mendayu-dayu...
sedap sangat..cik tomyam pernah dengar bacaan Al-Fatihah macam tu dekat masjid..tapi tak ingat masjid mana..

Dan..beliau meneruskan bacaan sampai habiss..
...Amin...

terasa macam nak pengsan...serius cik tomyam khusyukkk sangat-sangat berimamkan beliau masa solat Isyak kat surau tadi..waduh2..alhamdulillah cik tomyam jatuh cinta dengan kalimah Allah yang suci itu..Tak da satu makhluk pun yang boleh mencipta ayat suci segempak itu..ditambah pula apabila dibaca dengan alunan yang syahdu lagi mengasyikkan...sungguh..! gua cakap Amy Search pun tak buleh lawan la bro..!

syukurlah cik tomyam sentiasa berada di atas jalan yang diredhai..
semoga cik tomyam dan anda semua berada salam kecintaan yang diredhaiNya..kecintaan mutlak hanya kepadaNya..

aminn...

adik nie baca al-quran pun sedap..sungguh mengasyikkan... <3 <3

5 comments:

fRaMe+LenSeS said...

perghh.. betoi tau.. kalu y sedap tu.. rasa asyik ja dok dalam saf.. huuu.. seyes..

CikTomyam said...

<:X>

CikTomyam said...

betul tu..mau intai2 ja kat di sebalik langsir..sapalah tok imam merdu tadi..ahaha

al_hakim said...

setiap org ade kelebihan masing2 kan cik tomyam..apa pun semua tu hanya pinjaman Allah..=) tapi adik tu bce mmg sedap..

CikTomyam said...

betol3 hakim ^^