Peminat Tomyam

March 16, 2011

Meniti Saat-saat Terakhir Bersamamu

Assalamualaikum..

Bila ada pertemuan, maka adalah perpisahan. Begitulah lumrah hidup. 

Sudah hampir 3 tahun cik tomyam hidup di bumi Selangor mencari seberkas ilmu yang berguna untuk masa depan, kini tiba masanya untuk mengorak langkah yang lebih maju. Banyak suka dan duka bersama dengan sahabat-sahabat, pensyarah dan semua individu yang terlibat dalam mewarnai hidup cik tomyam di UKM termasuk jugak si monyet2, anjing, kucing, ular dan makhluk Allah yang lain kalian semua banyak mengajar erti kehidupan secara langsung dan tak langsung.

Di UKM, cik tomyam belajar macam-macam perkara, bukan ilmu buku yang diidamkan, tetapi ilmu hidup yang lebih penting dan berguna. Pensyarah-pensyarah tak mengajar macam mana untuk jadi manusia yang kaya, manusia yang berkuasa atau manusia yang pandai. Tapi mereka mengajar macam mana nak jadi MANUSIA, yakni manusia yang berilmu, yang bijak dan yang hebat!

Orang cakap zaman belajar adalah zaman yang paling seronok, dan tak kan dapat bila di alam pekerjaan betol tak? Sedih, gembira, suram, semangat, terkilan semuanya bercampur baur saat ini. Sangat-sangat sebab cik tomyam hidup dalam kalangan orang-orang yang selalu buat cik tomyam gembira. Terima kasih semuanya.

Terlalu banyak untuk ku selitkan kenangan manis dan pahit, biarlah ia hanya kekal dalam ingatan memori atau gambar-gambar seperti di bawah:

bersama Persatuan Negeri Kedah

bersama coursemate

program-program kelab/persatuan

bersama kawan-kawan kolej

sukarelawan dan lapangan

santai dan lepaking
kalau ikutkan banyak lagi..tak boleh nak letak semua kenangan kat entry nie...kalau tak jadi novel pulak..huhu..

semalam...kelas terakhir kami dengan Dr. Chong, pensyarah kami yang pernah mengajar kami subjek Pengurusan Kesihatan dan Persekitaran, Hak Asasi Manusia dan Pembangunan Komuniti. Beliau ni, kalau tak kenai betoi2 ramai yang akan cakap beliau cerewet dan suka berleter. hal-hal remeh suka dibesar-besarkan.. Tapi bila dah saat terakhir bersama beliau, semua jadi sedih. T_T huhu..

Dr. Chong di sebelah kanan dan cik tomyam belah kiri yaa..=)

Banyak nasihat beliau sisipkan sebagai peringatan dan amanat terakhir kepada kami, antaranya:
1.Datang di awal waktu di mana saja kita pergi.
2.Jangan buang sampah semasa naik kenderaan melalui tingkap.
3.Buang semangat perkauman dalam komuniti.

Nampak remeh kan? Tapi kalau direnung-renung..benda remeh temeh tu lah yang menyempurnakan sesuatu..Betol tak?

Terima kasih kepada beliau dan cik tomyam mewakili bebudak kelas mohon seribu kemaafan kepada beliau sebab selalu mengumpat dan mengata belakang kepada beliau selama ini. hehehe

kenangan main futsal bersama beliau =)

Sekian...ikuti sambungannya...

**Wahhh...cik tomyam tengah menghitung hari-hari terakhir bersama sahabat-sahabat..sedih..='(


1 comment:

Anonymous said...

hahah..rindu dow saat2 nie..