Peminat Tomyam

April 15, 2011

Bila Datang Bulan - Untuk Perempuan Sahaja..!

Assalamualaikum..

Semua dah lunch ka? CT dah lunch tapi tunggu nak makan Chicken Chop ja nanti..huehuehue..haipp..kan dah cakap entry ni untuk dibaca oleh kaum perempuan ja..yang laki-laki atau Kakbang tu p maen jauh-jauh..shuhh..shuhh...

Apabila perempuan datang bulan, mesti mood berubah..mula lah mengamuk sakan sampai boleh register dalam Band Amuk..benda kecik dibesar-besarkan, benda remeh temeh disukar-sukarkan, benda tak da diada-adakan..yang lama diungkit-ungkitkan..wahh..hebat dan dahsyat tak?..haa betoi tak wahai kaum perempuan...?

Tapi sejauhmana anda mengenali diri anda yang sudah berubah menjadi Hulk atau resaksa yang marah dengan otomen..? sejauhmana anda kawal diri anda yang sedang dilanda keresahan akan menghadapi, sedang menghadapi dan telah menghadapi kedatangan kebulanan itu? 

Meh CT nak bg tips/panduan melawan nafsu yang kacau bilau akibat rembesan hormon-hormon Gonadotrophine (GnRH):

1. Sedar diri yang anda akan/sedang datang bulan. Berusaha untuk bertenang jika rasa nak marah orang.
2. Bayangkan buruknya muka ketika menjadi amuk..(sebab tulah amuk pakai topeng sebab muka dia huduh..haha)
3. Mandi dengan kerap..sebab kadang-kadang kita bila datang bulan senang nak marah sebab rimas dan badan tak selesa akibat berpeluh dan berminyak.
4. Ingat marah tu dari setan..Jadi, tak kan nak biar setan menguasai diri anda?
5. Elak daripada duduk/join aktiviti di tempat ramai orang, banyakkan aktiviti yang private.
6. Banyaklah berehat. Jangan nak aktif sangat sebab bila kedatangan kebulanan ini, perempuan jadi lemah badan dan lenguh-lenguh, tak bermaya jadi cepat nak amuk.
7. Tarik nafas bila rasa nak marah dan tak puas hati.
8. Menangislah untuk meluahkan kemarahan anda...Anda akan tenang selepasnya.

dan..ini paling berkesan sekali :

JANGAN JUMPA ORANG SELAMA TEMPOH KEDATANGAN KEBULANAN ANDA. 
kalau seminggu datang bulan, seminggu la tak jumpa orang yerr..heee~~

(Tips ini hanya untuk perempuan yang mudah bertukar menjadi amuk mahupun Hulk..=p)

Dan,,ini paling penting untuk pengetahuan warga perempuan sekelian..! Take Note ok..!Bila dah suci dari kedatangan kebulanan/ haid ini, anda WAJIB:

Anda WAJIB qada' solat sebelumnya..:

Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang masyhur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasawuf dan padanya juga perbahasan Fiqh yang luas, inilah bukti kehebatan ulamak terdahulu.

Dalam BAB TIGA : “Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID :

Penjelasan terhadap solat yang perlu diqadha’ bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha’ solat Zohor dan Asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha’ solat Maghrib dan Isya'.

“Dan hal ini (qadha’ solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam al-Ghazali)

Paham? Tak paham? Tanyalah pada yang pakar tentang soal agama ni yer..CT hanya kongsi mana yang tahu ja..Bab agama, hukum hakam ini tak boleh dibuat main. Selebihnya serahkan pada yang pakar..^^



2 comments:

Ummi said...

memang tak nakjumpa orang. tapi mana boleh tak jumpa anak2 dan suami..

Unknown said...

normalkah kalau darah haid macam warna chocolate kemerahan?